sometimes it do make me give up of anything. but sometimes it did give me a new strength. i dont know where it begun and when this will end but i know i have that skills to survive. sometimes i wondered why this is happened to me when it was not the right time, but HE told me that it should on right time, just be patient.

i know i did a lot mistakes yet everyone else did too, but sometimes i knew that this will erase half of my mistakes, at least.like a wind come whispered to me, sometimes i wondered when it would come again or that is the last. but, i have to wake up and fight again on what i have did on my way.

life is goddamn short. i would never take a chance to think about me and myself but yet i still do worried about anything else. just enjoy it would be the simplest things ever but i still cant do it. how stupid and ridiculous is it..

every single moment i felt down, i appreciates it as i would never have that feeling after that, cause HE always save me from anything, gives only what it should belong to me. its just me that want everything in my life until i loss what it should be.

every single moment, i do ask HIM, why i must face all this, HIS answer is one, because HE knows everything what will be front and behind me. i wondered if i knew everything that not happen yet, what will happen to me? the answer is one, i will loss all the best part in life that is surprise and gift.

life is goddamn short when we only have to think about what we want in life for tomorrow but yet, we still have today to do it. why must have later or tomorrow for us to do what should be done today. sometimes i want to ask that question to me because i always wait for tomorrow as well as i hope it would be a new day for me. but, at last, i just let the best moment i have go far away until i cant ever reach it again.

but, everything that i wrote down here is not for everybody know how strong i am facing all this,but i just want to motivate myself and the others as well that, we must appreciate every single moment we have. so, let's see, how i will turn the lemon in my life into a delicious grapes juicy for me to drink during my goddamn short journey...

btw, i do miss my mama alot, my abah, my adik2, and not to be forgotten, my RMC brothers. you taught me how to survive, now, let's move to the upper stages.


thanks so much, hahaha...
~mr.thinker~

dalam banyak ayat yang terlahir dari secebis minda akhirnya ayat ini a yang tertype oleh jari, menghagai dan bersyukur tentang segala yang sudah ada dgn kita pada ketika ini.apa yang terlintas di benak fikiran ini xkan sama dgn apa yg tertype kerana masih bnyk yg perlu diperbaiki. hargai dan syukur adalah dua perkara yang berbeza tetapi berkait rapat antara satu dgn yang lain.

menghargai bererti kita menjga segala yang ada di sekeliling kita dgn sebaik mungkin seolah inilah apa saja yang kita ada.menikmati segala kurniaan dgn cara yg plg baik juga salah satu perkara terbaik untuk kita menghargai sesuatu.aku bukannnya selalu sgt sedar tentang sesuatu hal tetapi, aku akan tetap menhargai sesuatu hal dgn cara aku sendiri.

syukur dgn apa yg ada pada diri kita membuat kita lbh mengenal tntang apa yg dianugerahkan dan mula menghargai dgn hati yang ikhlas.segala yg ada ini harapan ygmungkin pada bila2 masa saja akan ditarik tetapi sebelum ia berlaku, hargai dgn sebaik mungkin. setiap perkara yang datang akan tetap jua pergi sebenarnya, cuma bergantung kepada penerimaan kita terhadap sesuatu.sedangkan manusia yang hidup datang ke muka bumi ini sekalipun akan tetap pergi, apatah lagi perkara picisan yang nak dijadikan alasan kukuh untuk nersedih kerana kehilangan nya.

yang penting, hidup ini satu perjalanan, nikmati perjalanan ini walau sepahit mana sekalipun ia, jika ia manis, maka, syukurlah. jika ia pahit, hargai lah kerana itu asas syukur.

menilai sesebuah kehidupan ini bukan senang, dalam mengkaji seseorang yang bernama insan, pelbagai perkara perlu ditimbang tara.baik buruk seorang manusia adalah berdasarkan kepada amalan dan ibadahnya tapi, jgn dilupakan bahwa keikhlasan hati juga penting.

setiap dari kita mampu hidup dan mempunyai kehidupan, tapi yang susahnya mencari ialah keberkatan dalam kehidupan, keredhaan ALLAH dlm memberi kehidupan seharian kita tenang dan berjalan lancar. segala perlindungan itu berada dlm kekuasaanNYA, kita cuma berlindung dgn keberkatan ini.

~xtau la plak tibe2 duk type ayat ini~
hahaha

takala semua org sedang nyenyak tidur di perbaringan, bangkit seorang lelaki memulakan harinya dgn lebih tenang dgn mengharapkan keberkatan dan keredhaan dari pemegang nyawanya, mengambil wuduk lantas kaki mula berjalan menuju ke jalan syurga dunia iaitu surau,

mendengar alunan azan subuh berkumandang membuat diri ini diam duduk dan tertunduk malu di hadapanNYA kerana terasa bahwa diri ini sgt kerdil untuk memahami segala hal. segala yang didatangkan membuat fikiran seciput yang dianugerahkan ini digunakna semaksima mungkin supaya jalan yang lebih bijak dicapai.

dua rakaat sebelum dua rakaat yakni memberi lebih ketenangan dalam keheningan subuh membuat hati bertambah tenang dgn segala ketentuan, membuat otak berfikir lebih bijak dan jiwa tidak lagi meronta-ronta. tatkala takbir itu diangkay, hanya lidah mengeluarkan kalam bahawa ALLAH MAHA BESAR, hati tunduk pasrah...

hari ini bermula dgn baik dgn harapan segalanya akan menjdai lebih baik kelak, hidup dan mati ku hanya padaMU YA RABB. semoga segala kekuatan akan mendampingiku dlm menghadapi hari ini...


~hahah, baru siapkan assignment finance,alhamdulillah, hidayah milik ALLAH~
~lapar gler~hurmmmm

ok, dapat idea nak update blog ini, tajuk ini aku letak sbb aku rasa aku nak letak, dan aku rase xde org bace kan? so ok la kan.. aku ni lelaki tau.. jadi bnyk perkara yang aku kena galas dalam hidup aku ini, tiada masa untuk satu permainan yang di cipta oleh manusia terutamanya yang bernama perempuan..

ok, aku hidup 19 tahun, tapi, aku suka mengkaji dan berfikir, lantas bnyk yang aku perolehi, baiklah, aku faham tentang erti kematangan dlm hidup, kesopanan bicara seorang lelaki, dan keegooan seorang manusia. aku juga punya semua itu, tapi untuk aku pertsaruhkan semua itu dalm hidup aku mungkin tidak. ada sebab kenapa aku mengeluarkan statement ini..

aku yang nak jadi imam, aku yang nak jadi suami, aku yang nak jadi ayah, aku yang nak jadi kawan, aku ayng ank jadi pemimpin. jadi mmg patutla aku terima semua ini kan? so, untuk apa lagi aku nak claim yang aku kena bnda ini semua. hidup aku pun mudah jer sebenarnya, aku buat baik pada sesiapa jua walaupun at last, orang tue, buat nath pape dgn aku, kesian kat diri aku coz terpaksa ikhlaskan hati aku sebaiknya untuk org. jika kau ini sekadar tempat yang diperlukan ketika ada masalah, aku blh ckp ALLAH itu maha hebat krn DIA sentiasa ada untuk hambaNYA.

kepada semua, hidup kita ini satu kitaran, jika hari ini, kata2 itu kita lemparkan untuk org, maka, esok, kata2 itu juga yang kita akan telan...

kepada diri sendir, amer, sabar bnyk2, syukur atas apa yg dah jadi, coz, hanya insan2 terpilih jer yang kena mcm nie, dan yang fikir cmnie... aku anggap ko menang arini amer..dan yang paling penting, jaga hati dan diri ko elok2, xpayah la duk fikir org sgt, kesian kat diri ko dulu...

btw, post ini xditujukan kepada sesiapa pun as wll as that xde sape pun bace blog ni...hahahha.

~terasa mcm nak duk sendirian ja untuk seketika tnpa ada gnguan dari sape pun, tapi, kene sedar juga, hidup ini bermasyarakat~
~bile lar agaknya nak jumpa jodoh ni??? leh gak marah2 dia kalu dia ada fb ke twittter ke, formspring ke,, huh!! jaga lah dia untuk ku ya ALLAH, amin~

selamat pagi dunia>>> dgn harapan yang dunia membaca blog aku ini, hahah, aku pun mula lar menggatal atas keyboard laptop ini.. persoalan menarik untuk pagi ini adalah apa itu cinta? apa itu rindu? apa itu sayang? or just kesian?

hahha, sebenarnya aku pun xdela mahir giler dlm memahami semua ayat2 cinta cmtu tapi aku pun manusia gak belajar tentang bnk perkara, jadi aku tahulah apa yang ptt kan...ok, aku leh la lepak share dgn dunia hari ini tentang apa yang aku rase tentang semua ini..

cinta, knp manusia nak cinta? itu fitrah manusia sbnrnya, dah mmg ALLAH letak dlm hati manusia ini cinta supaya kita sentiasa menjaga mereka yang berada hampir dgn kita. tapi, selalunya manusia ini slah tafsir cinta lantas terjerumus lah mereka dalam golongan mereka yang hilang perasaan. aku bkn penah bercinta pun tapi, aku sedar yang kdgkal aku nie, cepat sgt buat baik dgn org... jadi apa yang aku buat itu bukan kategori cinta. tapi, hati2, cinta pun ada jugak sbb kesian tau. kalu dapat yang ni, naya lar jwbnya... kita lyn org tue sbb smata-mata kesian kalu xlayan...hahah, bahya2, cemane la nak jwb dgn mungkar nakir nnti.. cinta kpd ALLAH, hmm, yg ni tgi sgt kot, nak type pun xberani, kalu da selalu g umah DIA, selalu ingat DIA, selalu jumpa DIA, ok la, msti hepi kan...


rindu? hurm, rindu ini ialah sejenis perasaan yang terbit dlm diri manusia tatkala kita teringat seseorg. kalu kita ingat kambing jiran pak mat pun dikire rindu jgkla...hahha, tapi, jgnla smpai cmtu sedih tau...hurmmm, mcm mls ja nak type bnda alah rindu nie, jiwang la plak pg2 nie... kita bergerak ke point seterusnya..

sayang.... hurm, mls type dah mula menguasai diri, jadi aku leh ckp yang sayang=cinta. jadi fikir2la...

kesian??? aku kesia kat sape2 yang terbace post ini, msti mcm blur dgn apa yang aku type.... hurm, so..

hehehe, ntah mood ilang, jadi kita g mandi..

~sblm hari ini berakhir~

~oh, tuhan, untuk kali ini saja, beri aku kekuatan, tuk menatap matanya, oh tuhan untuk kali ini saja, lancarkanlah hariku, hari bersamanya...hahahah, untuk diri sendiri~

~lagu ini untuk sesapa jer yang saya pun xtau sape, i swear it all over again.. hahahhai am seriously..hcisdijwjwneiaajksaxishnsjiwja~

lalalalalalalala, merasa bosan dgn blog ini cos saje2 bosan dan tiada sebab yang kukuh. aku berjalan dan melihat tentang kehidupan tapi aku pelik dgn kehidupan. satu perkara yang aku baru belajar iaitu kita sebagai menusia selalu fikir akan perasaan orang lain terlebih dahulu sebelum perasaan kita. fitrah manusia untuk berbuat sedemikian. apalah ada sgt dgn diri sendiri dan diri mereka sehinggag org lain diutamakan melebihi diri sendiri. ape2pun, i love myself.

kedua, aku pelik dgn org yang selalunya buat hidup ini begitu complicated, dan pelik. hidup ini lebih mudah jika kita sentiasa fikir bahwa tiada yang perlu difikirkan melainkan ALLAH.aku cuba menjadikan hidup aku mudah untuk difahami oleh aku sendiri tapi selalunya mcm gagal ja. aku sendiri pun pelik coz aku rase aku ni aggresif person tapi knp kali ni aku duk lemah semcm ja. aku duk biar je ape nak jadi kat aku kan, biar jer apa org nak buat kat aku kan sebelum nie, aku kemain kuat algi, ombak api pun aku redah sesudah bomba padamkan api tuh, tapi kali ini, aku mcm lalang la plak, duk ikot gerak angin ja....

ketiga, aku baru lepas debat BM dan BI, alhamdulillah, debat BM walaupun kalah, tapi aku dapat title best speaker hahaha, walaupun xde pengalaman sgt dlm debat BM.. dan untuk debat BI pulak, aku menang, johan dan juga dapat 1st rank best speaker... hahahha walaupun xberlatih langsung... teruk giler kan... tapi, xpelah,aku buat yang terbaik untuk diri aku ja...

keempat, semasa aku type post blog ni, aku berada dalam bilik 24jam di library,jam menunjukkan 0535 ptg, dan aku sdg memakai headphone mendengar lagu alhamdulillah versi english. lagu ni best juga untuk didengar walaupun dan berulang kali aku dgr lagu ni,,,aku kurang sehat arini jadi aku gatu dah mama aku yang aku rasa aku xdapat nak p kelas arini, mama ckp ok jer, tapi aku kena make sure aku rehat lah. tapi, aku xrehat pun, aku g duk kat bilik 24jam ni, tadi study math, skg study POM jap,,, rase mcm berdenyut2 ja kepala kau, tapi aku ok kot,, duk sorang2 kat sini tanpa ada sesape tepi aku buat aku rase mcm kerdil gler kat uni nie... hahah, xpelah, aku yakin ALLAH ada dgn aku, amin..

tadi, aku dah buat seseorg marah kat aku coz katanya kau xlayan dia. hurm, cube kita same2 bayangkan, cemane aku nak layan dia kalu dia dah ada ramai org yang layan dia, aku pun mula ar rase rendah diri jer nak kawan dgn dia. org lain yang kawan dgn dia sume mcm hebat gler jer, aku nie, mane ade ape2.. ntahlah, aku redha jela ape nak jadi, aku xnak pk, aku nak jadi budak2 lg best kot... hahha, kalu org tue bace post aku, aku tau die msti bengang gler dgn aku, aku cuma nak ckp, aku btl2 xreti nak faham pempuan, aku nie budak2, xreti nak pujuk org juge, n aku nie manje gler kot. so, abaikan jela saya...

kelima, aku dah lama xupdate blog ni bukan sbb ape, sbb kdg2 aku nak bangun balik dari segala kejatuhan aku, aku nak bgn blik dan aku nak berdiri di atas dunia yang nyata, realiti. bukan hidup dlm blog atau laman2 sosial yang lain yang membuatkan aku rimas dan lemas dgn cara pergauylan maya cmtu...

keenam, aku dah nak final exam untuk sem ini, sekejap jer rase dah nak abes dah sem ni, aku belum sempat lagi knl uni ini sepenuhnya apatah lagi berfoya foya dgn suasana uni ini... jadi, aku dapat rasa kalu aku xbuat sesuatu dalm mase yang terdekat ini, aku akan kehilangan sesuatu yang aku syang dan hargai, aku xnak lepas kan jer cmtu apa yang aku nak. mesti kejar punya. strive, stand up and fight...

ketujuh, nenek aku aka mak kpd mama aku sudah kembali ke rahmatullah 3mgu yang lepas. walaupun aku xde kat tepi arwah semasa arwah nak hembuskan nafas terakhir, tapi aku puas hati coz aku yang angkat arwah untuk dimandikan, aku yang angkat arwah dlm van jenazah, aku yang bnyk pegang arwah, aku yang solatkan arwah dan yang penting aku yang berada dalam liang lahad, meletakkan arwah di tempat itu.. jadi sejuta perkara terbayng dalm benak fikiran aku ketika itu.. hurmm. sorry grandma 4 what i did..

kelapan, aku nak gtau sesape ja yang membaca blog aku yang xguna sgt ni, aku mcm dah lemah jer arini, mcm dah blur jer untuk seketika.. mcm xtau apa yang patut aku buat, biarkan je,  aku lepaskan jer atau aku fight untuk itu... tapi, pengalaman lama mengajar aku untuk lepaskan ajer coz mungkin ada org yang lebih baik untu mereka kan?? hahahha, so, mungkin aku lepaskan je kot, jika benar untuk aku, pasti xkemana juga kan...

kesembilan, skg ni dah bulan 12, aku mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka yang lahir pada bulan 12 dan aku ingat ada seseorang yang lahir pada bulan ini. xmau ar komen panjang2, biar jela mereka dgn hidup masing2, aku xkacau and aku xharap ape2...


kesepuluh, aku ni jenis cepat rendah diri tau sebenarnya, aku cepat rase terhina depan org lain, aku cepat muhasabah dir aku blk atas apa jua yang org ckp tentang aku, org buat kat aku. sbb tue, kadang2 aku down sensorang tanpa ada orgtahu..hurm, tapi xpelah, ALLAH tahu apa yang jadi kat aku..

kesebelas, semalam tibe2 aku terfikir tentang jodoh aku, aku fikir siapa ek yang akan jadi isteri aku nnti, yang sanggup hidup dgn aku yang pelik ini, hdup susah dan senang bersama aku. sape ek yang sgup lahirkan anak kembar aku nnti,sape ek yang sgup tahan dgn perangai budak2 aku yang kdg2 suka beli mainan yang pelik. sape ek yang sgup buatkan aku air milo+horlicks+susu ais.... sape ek yang sgup teman aku yang xmakan langsung makanan laut , ikan yang bnyk tulang atau kalu nak aku makan ikan, kene tolong buang tulang.. dan sape ek yang sgup teman kau berjaga malam2 coz aku nie selalunya tiddo lewat mlm2.....tapi, aku tahu jawapan itu ada pada ALLAH, biar lah juga...

kedua belas, aku juga xsuka dgn org yang buat masalah dgn aku, tapi lpas buat masalah sibuk pulk nak maaf2 dgn aku, time marah tue xpk perasaaan aku, tapi xpela, aku abaikan jer coz bnda yang xpenting pun untuk di fikirkan....

ketiga belas, agak2nya bile lar aku blh jadi seseorg yang mampu tarik org ke jalan ALLAH, hurm ,aku nie mcm gagal jer nak tarik kwn2 aku ke jalan ALLAH, aku mcm biarkan jer mereka cmtu, sedihlah cmnie, tapi aku juga percay bahwa hidayah itu milik ALLAH, xde siapa mampu bg hidayah dan tunjuk jalan yang benar kepad seiapa juga tanpa kebenaran dan izin ALLAH.

keempat belas. aku rindu gler kot dgn kwn MTD aku, dulu time kene kat sane, kami same2 rase apa yang patut, same sengsara dan same2 gelak bila kene. hurm , skg , ape pun jadi, aku keseorangan. xde spae nak duk teman kau. kalu aku type and cite kat sini pun bukan nya ade orng bace pun so, aku xde ar risau sgt.... seme org pk hidup aku ni ramai kawan coz aku famous, KAN??? walaupun, tapi sebenarnya kau lebih pentingkan mereka yang ikhlas bersama aku, kenal aku bukan dari apa yang pernah aku capai, tapi, kenal aku dgn diri aku yang sebenarnya, terima baik buruk aku, tapi susah kot nak cari teman cmtu.. tgu jela sape jodoh aku nnti, tgk cemane dia expect aku nie...

kelima belas, aku rindu kat mama aku, mama mcm da marah jer kat aku ni yang asyik sibuk jer menjang smpai nak kol mama pun jarang dan xsempat, hurm, aku ngaku aku mmg agak sibuk dan xsempat nak kol mama, soryla mama, alg jarang nak kol mama dah skg tapi along janji, along xmau sibuk dah. heheheh

keenam belas, kepada sesapa yang terbaca post mengarot ni, time nie, aku ngah sakit kepala sgt2 jadi abaikan jer ayat pelik2 dan scary dari aku...

ketujuh belas, aku rase lapar sgt skg coz aku xmakan pape lagi arini dan semalam aku mkn roti ja.... hur, sedih gler kan...

kelapan belas, aritu aku ada beli spagetti, ingat nak masak guna heater air jer, tapi disebbkan xretilantas benda alah tue xjadi, frust gler xdpt makan spagetti smpai skg... kecewa...

kesembilan belas, aku minta maaf kpd semua yang ada terasa hati dgn aku mahupun marah kan aku yang pelik ni, aku minta maaf sgt2, aku mmg xdpt nak faham semua org dan aku mmg pelik, jadi xpayahla pk aku sgt2...

kedua puluh aka yang last sekali tntang arini...aku amer afizal azmee, minta halal dan maaf dgn sesape pun, lalallalakalu rase awak jodoh saya, datanglah dan duduk lah dgn saya. kalu rase x, xpe, saya faham je....

~dah lama aku diam tanpa sepi, mengukir setiap kenangan yang aku cipta sendiri, hahah herm... lagu ini untuk hidup aku yang sentias bersambung dalam apa jua yang aku buat.. wpun kdg2 kita rasa kita tahu tapi sebenarnya di situlah saat bermulanya kita mula xtahu...hayati hidup ini seindahnya~

~tanpa salam~

perghhhh!!! dgr tajuk mcm pelik jer kan? bunyi macam baik jer kan? kalu kita bercakap tentang bersangka baik ni mmg semua org tahu dah.. tiap kali kalu kita bercerita ada org buat jahat kat kita ke ape ke, seme org terer dalam memberi nasihat yakni, bersangka baik la, mane tahu die xsengaja ke? betul x?

hahha, kdg2 aku pun mcm nie gak, kalu bab dgr cite org, khusyuk jer aku dgr, pahtu aku ckp ar, "alar, mane tahu dia ade niat lain..." tapi padahal, yg berlaku kat diri sendiri, pandai pulak nak pk lain...

kdg2 aku sendiri naik pelik dgn diri aku, ckp kat org boleh jer buat itu, buat ini, tapi bile diri sendiri terkena, amek ko jah!! merana gak sesaat dua..hahah tapi, nasib baik ALLAH ader kan..

tapi, ape2 hal pun, itu fitrah manusia yakni dalam kita mengenal erti kehidupan, banyak yang perlu kita pelajari, samada dalam sedar atau tidak...

bukan nak ckp bnyk gak, nnti ade yang claim ckp die da tahu so xpyh nak gtau lgda, tp ini kan blog aku, so, suke ati akular... hahah, kasar bahasa nie....

dan, lagi satu hal, kita kena ingat yg kita akan sentiasa diuji terutama dalam hal yang berkaitan dgn perkara yang terbit dr lidah kita sendiri...

ape kaitan pic nie dgn tajuk nie pun aku xtau da...
renung2kan dan pk2lah

assalamualaikum, setelah sekian lama aku xupdate yang sebetulnya update blog aku, hari ini, aku macam nak type sikit lar. dah agak lama jari ini xmenype2, jadi, aku rasa mungkin masanya sudah tiba untuk aku type sikit. sikit je lar yer..

ok, aku masih hidup, syukur untuk itu. alhamdulillah, aku juga masih diberi peluang yang xdisangka2 dalam hidup aku. aku masih mampu berjalan walaupun ada yang cuba menjahanamkan aku nie. hahaha. RMC has taught me how to survive.

alhamdulillah, segalanya datang dari DIA. ok, puas hati kan untuk sape2 yang terasa. haha, dahla aku dah lupakan dah pun. lain kali jangan buat lagi ye budak2.. hahah skg, aku mcm banyk layan youtube jer, jadi masa aku untuk blog nie, agak kurang sikit.hahah

kepada semua yang asyik bertanya tentang laman2 sosial aku, minta maaf ye semua. saya xde facebook, saya xde twitter. saya xde formspring. saya ada blog sahaja, itupun jarang nak update.

jadi, kepada sesiapa yang mencari saya, hanya face to face sahaja dibenarkan. hahha. xdela maen2 je...

saya nak buat biodata diri hari ini, xtau apesal ntah jadi mcm ni hari ini, tido cukup kot semalam..
hahhaha, oke, jum kita kenal sape amer afizal azmee;

NAMA: MUHAMMAD AMER AFIZAL BIN NOOR AZMEE

TARIKH LAHIR: 8 APRIL (TAHUN RAHSIA)

HOBI: TALKING, SPEAKING, MUMBLING, STALKING >hahhaa, yang last tue best<

INTEREST: saya berminat kepada kereta dan motor yang berkelajuan tinggi, saya suka kelajuan. hahaha. n saya juga suka discover. sbb tue sy selalu layan discovery channel..

RELIGION: saya MUSLIM, ISLAM, MUKMIN.. tapi saya masih berusaha menjadi orang2 yang bertakwa...

SPORT: i can play all, except polo air. coz saya xjarang nak jumpa kolam renang... hahahah

HABIT: saya suka beli tiket bus last minutes walupun hari raya, tapi, alhamdulillah, selalunya ada yang tersimpan untuk saya.

ape lagi ek?????

alar, aklu tulis banyak pun, xde orang bace pun.. buat pengetahuan encik dan cik yang terbaca blog ini, blog ini adalah blog tersimpan, xde siapa yang dapat menjumpai blog ini dalam mane2 laman sosial pun.. hahah.

ok lah, rase macam dah muak je type nie, jaga diri, jgn kacau org, nnti mak die marah.. hahha, ok, salam.

tercatat 36 followers dlm blog tanpa blog ini diketahui oleh mana2 laman sosial mahupun dada akhbar yang terkenal di seluruh malaysia membuatk saye merasa agak berbangga walaupun saya tahu, ada follower yg dah pergi.. hehe, bye2



thanx for this song. it fits when it comes to fit it.


appreciate yourself before you appreciate anyone else.


you are in the million. berjaya lahir ke dunia. great for that.


teruskan perjalanan, keep moving even it is the hardest part in ur life. tapi, video ini saje je, xde kaitan..


after a moment, terjumpa satu video yg menarik. tiada maksud ape2, cuma satu hari nanti, terasa akan tanggungjawab itu. menjaga dunia akhirat. mesti berat kan. ringan di bibir, tapi di bahu.. fikir2kanlah jika sudah bersedia.

~mr.thinker~




~selalu sahaja aku alpa dan buta dalam menilai cinta sebenar, cinta itu sendiri aku kurang kenal apatah lagi untuk mengetahui hadirnya cinta. lagu ini sekadar lagu,tiada yang melainkan lagu.~




~just a song, not really meant anything~

kadang-kadang aku punkurang jelas dengan mood aku yang semakin lama semakin sukar difahami oleh tuan punya badan. terlalau banyak aku simpan seorang diri kot, tapi xmengapalah, asalkan aku sakit pun sorang2 jer.. ada seorang pernah cakap dgn aku, yang lebih rela sakit seorang diri dari sakit dengan orang, jadi, aku pun rasa benda yang sama, yakni, biar ar aku sakit sorang2..

setiap benda yang aku buat, pasti ada sebab aku sendiri, yang pasti, setiap benda yang aku buat, bukan untuk kepentingan diri aku sbb aku xpenah pk untuk diri sendiri melainkan hanya untuk kebahagiaan dan kesenangan orang. aku sedar. segal yang aku simpan bakal menjadi rahsia hidup aku. aku rasa mungkin lebih baik orang ingat aku kejam dan jahat bila aku buat something daripada bila akhirnya, aku yang tersiksa.

~saya tahu mungkin saya dah banyak melukakan hati semua, tapi, biarlah rasa benci dia itu kat aku. mungkin ini yang terbaik mampu aku buat. aku pun harap kebahgiaan itu datang untuk dia.~

~sekadar petikan kata hati tanpa menujukan kepada sesiapa pun~



~aku terjumpa satu video ini dalam laptop kawan aku, dan ketika aku tgk video ini, aku pulak macam ngah ntah pape, jadi aku share lar dgn sape2 yang sudi untuk bukak blog aku. lawa kartun ni, congrates kpd yang lukis. n kredit kpd semua nama yang tercatat, pandai buat. lagi satu, bagi aku, kalu kita sayang seseorang dan mencintai dia dengan penuh rasa hati kerana ALLAH, bagi aku, kebahagiaan dia lebih penting, hati dia akan aku utamakan, dan bila kita sayang seseorang, lepaskan lah dia. semoga ALLAH mengembalikan dia kepada kita di akhirat kelak. tapi, jika kamu boleh dapat dia duniawi dan ukhrawi, jaga lah dia elok2.. sekadar butiran hati. xde makana apa2.~

~aku mmg budak jiwang coz aku hargai apa yang ada dengan aku,sebelum aku hilang apa yang aku mulai sayang~



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

~sekadar satu lirik yang kadangkala menepati apa yang tersirat di hati, harap tiada hati yang terasa. love is happiness. i love myself.~


~kisah tentang bagaiman jika rasanya kita mula kehilangan akan seseorang yang selalu bersama kita. hanya lirik dan tiada unsur lain yang terpengaruh. sekadar pekongsian, jadi tidak perlu ada rasa hipokrit atau tersentuh dengan mana-mana pihak yang tidak berkaitan~


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta.

~sekadar perkongsian ilham saudara~
*terimalah hakikat bahawa kita hanya bergantung sepenuhnya kepada DIA YANG MAHA ESA, hanya DIA~

biarkan jatuh, kemudian dia akan belajar untuk bangun sendiri.

biarkan jatuh, kemudian dia akan tahu untuk menghargai.

biarkan jatuh, kemudian dia akan tahu untuk berfikir.

biarkan jatuh, kerana hanya melalui jatuh, dia mengenali dirinya sendiri.

biarkan jatuh.

Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A laugh that healed the broken heart with all that it could.

Lived the life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could.

Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Plans of what our features hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind.

Where you can say,
You can stay awake forever.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.

Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live eternally.

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
I have so much to say but you're so far away.

I love you
You were ready
The pain is strong enough to despise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands are tied.

So far away.

And I need you to know

So far away
And I need you to,
Need you to know...

terlalu bosan dengan pelbagai drama dunia yang sedang bermain membuat aku semakin lemas dengan diri sendir yang terlalu hebat dalam emnilai kata-kata. siap aku untuk menilai semua itu tanpa kau sedar bahawa aku terpernagkap dalam dunia kau sendiri.

aku rasa aku perlu bersendirian. diam. tanpa kata.

bagai menikam di hati setelah dihiris secara halus dengan sembilu yang tiada kesannya. terasa dalam dan ngilu yang membuat aku terus berada dalam kesakita yang semakin nyata. aku berjalan melintasi sebuah kehidupan di mana sejuta nilai kehidupan yang pelajari, renungi dan membuat aku mula berfikir dengan tenang dan bijak. yakni, segala ketentuan ILLAHI adalah yang terbaik dan terhebat. manusia akan juga selalu diuji dengan kata-kata mereka sendiri.


jika hari ini kita berkata kita adalah manusia yang paling tabah dalam dunia ini, ketahuilah bahawa diri akan diuji dengan kata-kata itu. jika hari ini ada sekelumit rasa tenang dalam hati ini, ketahuilah bahawa ketenangan itu datangnya dari ALLAH dan jika kita leka, ketenangan itu pasti akan ditarik semula. kita akan mampu untuk hebat berbicara tentang cinta, agama dan pemikiran. tapi kita akan gagal dalam memikirkan tentang diri kita sendiri. melihat ke dalam hati seolah-olah kita sedang mengenali insan yang baru lahir ke dunia tanpa sedar bahawa sagalanya adalah paling hampir dengan kita yakni diri kita sendiri.

setiap masa dan ketika kita belajar dan belajar. tanpa kita sedari kita sebenarnya tidak pernah mengerti tentang satu pelajaran yang paling penting untuk kita iaitu kehidupan kita. aku melangkah dengan langkah yang perlahan dengan harapan agar aku menjadi orang yang lebih berhati-hati. tetapi syaitan itu sangat licik dalam menyesatkan manusia. hidup ini adalah segalanya tentang satu perjalanan yang penghujungnya boleh sampai pada bila-bila masa sahaja. saat-saat terakhir itu akan tiba tanpa kita sendiri pasti bila. aku meratap akan diri ini yang sangat kasihan akan inisan lain tanpa sedar bahawa dirinya sendiri dalam kekalutan yang memerlukan bantuan.

namun, dalam kita mentarbiahkan diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik, satu sifat yang mesti ada dalam diri kita ialah istiqamah yakni secara berterusan. hanya ini sahajalah yang menjadi kunci kejayaan kepada mereka yang benar-benar ingin berubah ke arah kebaikan. bukannya untuk menjadi orang yang baik pada hari ini, maka hari ini terbaik untuk kita. ingatlah bahawa dunia ini pentas lakonan yang hebat untuk setiap dari kita emmpelajari dan membuat penilaian yang terbaik untuk kita. jalan yang kita pilih haruslah bijak dan membawa kita semakin dekat dengan DIA yang mencipta kita.


aku juga insan biasa yang pada luarannya, aku bersyukur kerana ALLAH masih meminjamkan aku segala yang ada pada diri aku pada ketika ini. aku sedar aku tidak punya apa-apa dan aku masih lagi ingin mengenali dunia. padahal, bukankah melihat dunia dari kaca aspek akhirat itu lebih baik. segalanya terpulang kepada tahap pandangan masing-masing yang kelak akan membawa mereka kepada penilaian terbaik untuk diri mereka. ingatlah bahwa setiap penilaian ini memerlukan pertaruahan yang besar, silap langkah, maka fikir-fikirkanlah.

~maaf kepada semua dengan harapan dosa aku juga diampunkan~

berdetak-detak degupan jantung melalui saat-saat waktu yang dipinjamkan oleh yang MAHA KUASA.setiap saat itu mampu untuk jadi saat-saat terakhir untuk aku, setiap masa itu mampu menjadi kenangan terakhir untuk aku. bukan untuk bermadah kata mahupun bijak berkata-kata. tetapi inilah hakikat yang harus setiap dari makhluk terima.

siapa kita untuk menentukan hari esok sedangkan perkara sesudah jari ini menaip pun belum pasti akan apa yang terjadi. merenung kepada nasib diri, hati hanya mampu menuturkan kata alhamdulillah dengan rasa rendah diri yang teramat hina. lidah mapu mengeluarkan kata-kata yang meberi semangat kepada sesiapa sahaja tetapi janji itu hanya ALLAH yang mampu tunaikan tanpa rasa ragu-ragu lagi.

saat demi saat yang berlalu membuat aku lebih mengenali siapa diri aku, membantu aku mengawal apa yang ada dalam diri aku, memberi aku lebih peluang untuk menghargai diri aku, hati aku dan jiwa aku. aku sedar aku bukan sesiapa yang mampu untuk merubah apa yang ada tetapi aku percaya bahawa ALLAH sentiasa ada bersama hamba-hambaNYA dan aku adalah hambaNYA. segalanya itu datang dari ALLAH dan kepada ALLAH segalanya akan kembali.

berada di sini sehari lagi seakan memberi aku satu peluang baru untuk aku meneruskan kehidupan aku di atas muak bumi ini. walaupun aku tahu aku pasti akan di uji dengan segal yang ada di sekeliling aku, tapi aku juga yakin bahawa semua itu datangnya dari ALLAH yang pasti mempunyai hikmah yang terselindung. bagaikan merangkak dalam kegelapan aku mencari satu nur kasih yang mampu membantu aku menyinari kehidupan aku yang sangat serba kekurangan ini. segala cahaya, hidayah dan petunjuk yang datang dalam hidup aku kadangkala tanpa aku sendiri sedari. aku berdoa agar jika hadayah itu sampai, jangan pula aku dipesongkan kembali.

bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH, bersyukur keran aku msih diberi segala nikmat yang membantu aku mengenali diri aku dan alam yang indah terbentang ini. bersyukur di atas segala nikmat kurniaan ALLAH yang tiada tolok bandingan. bersyukur di atas kesempatan yang masih diberi di atas segala kesempitan dan kesulitan. moga ALLAH menjaga apa yang ada dengan aku dan bersama aku.

aku pernah berkata dalam entry aku yang lepas, bagi sesiapa yang hadir dalam hidup aku, akan aku hargai sepenuhnya dan sebaiknya. hubungan yang terjalin itu hanyalah semata-mata kerana ALLAH, kesucian hubungan itu janganlah dicemari dengan segala fitnah dunia. tapi, sekiranya aku sudah mula di salah anggap dan di salah ertikan, maka, pergilah dari hidup aku keran fitmah itu mampu membunuh dan menggangu hidup aku. YA ALLAH, jauhkanlah aku dari segala fitnah dunia. dan sekali kamu pergi dari hidup aku, maka cukuplah hubungan kita sebagai saudara sesama islam.

mungkin aku ini teralu baik dan baik ini di salah ertikan. aku minta maaf. salam

memulakan langkah dengan keadaan lemah membuatkan aku mula mengenali siapa aku jua apa yang aku inginkan dalam hidup aku. menjadi seseorang yang mempunyai latar belakang berani semat-mata demi hak kita dan hak diri, aku tegar dalam mencari sebuah jawapan.

bermula langkah yang sederhana, aku mula mencari siapa amer afizal yang aku ingin mereka kenali. adakah seorang lelaki yang hebat dalam berkata-kata atau seorang lelaki yang merendah diri tapi mampu dapatkan apa yang hajat di hati? aku mula berfikir dan terus berfikir tentang apa matlamat aku sebenarnya.

akhirnya aku ketemui sesuatu yakni seseorang yang mengajar aku tentang cara menjadi seseorang yang aku inginkan dalam hidup aku.kata-kata yang dilontarkan menggambarkan ketenangan dan kematangan yang sangat mendalam. aku bukan ingin menjadi seperti lalang yang hanya menurut kehendak tiupan angin. tapi, aku belajar dari mreka yang lebih mengetahui. bukankah itu pasti sesuatu yang lebih baik?

bukan untuk menjadi seorang yang ego tapi aku pasti jika aku berusaha dengan sebaiknya pasti akan ada jalan untuk aku keluar dari jalan ini, dari sesuatu masalah ini. aku pasti mampu.

apa yang aku harus fikirkan sekarang adalah apa yang aku mesti capai suatu hari kelak, yakni sudah tidak punya masa yang lama, hanaya beberapa bulan dari sekarang. dan dari sekarang aku harus mulai belajar untuk merubah diri aku, perangai aku, sifat aku dan siapa aku, agar aku menjadi seseorang yang aku ingin jadi kelak.

tidak mustahil jika tekad ada dalam hati. aku harus mulakan sesuatu bukan esok tapi sekarang yakni saat ini juga. mungkin sudah tiba masanya untuk aku benar-benar fokus dengan diri aku pula yakni mula 'pentingkan diri'... hahahhaha

nama saya amer afizal azmee, saya dari smk tg ibrahim dan smk badak. the rest, just keep it as my story.

~thanx to all my brothers oaths~

setiap lankah aku ambil dalam hidup ini membawa aku kepada pelbagai memori yang tercipta. setiap perkara itu membawa aku kepada setiap kenangan yang terpahat kemas dalam fikiran aku. melintasi setiap ruangan waktu membawa aku kepada ingin memintas apa yang ada di hadapan aku. aku juga bukan kuat untuk hadapi semua ini, tatkala mereka mula bermain dengan kata-kata hati aku. aku tahu aku juga punya hati tapi pasti sahaja hati aku diam dalam mengatakan sesuatu. mungkin kerana kau sudah terbiasa untuk diam dan pendam, jadi aku dapat rasa ini yang terbaik untuk diri aku.

seorang teman aku pernah berkata, ' bercintalah kerana ALLAH, yakni melakukan sesuatu dan bersama sesiapa sahaja hanya dengan niat kerana ALLAH'. aku cuma tersenyum endengar kata-kata itu lahir dari bibir seorang teman kerana dulu aku juga mampu berkata sedemikian. tapi aku di uji dengan kata-kata aku sendiri. aku mungkin tidak akan pernah mampu untuk memenangi perlumbaan ini, tapi aku masih berlari dan berlari ke garisan penamat. kenapa aku rasa diri ini seolah tidak dihargai? di atas segala usaha yang telah aku lakukan tetapi aku masih merasakan bahawa aku tidak dihargai. adakah kerana hanya niat di hati aku yang ingin meraih perhatin dan cinta manusia. kerana itu aku gagal? bagaiman untuk menjadi seseorang yang hebat? hebat dalam mendiamkan diri tatkala cinta manusia mendampingi diri?

aku tertarik dengan nukilan hati sebuah kumpulan yang mencipta lagu ini. kata-kata yang lahir dari hati mereka sangat bagus. mungkin kata-kata ini dalam bahasa inggeris tapi aku yakin, kamu mampu faham dengan jelas.

"Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired"

"Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade..."
kadang-kadang dalam hidup ini kebahagian yang kita rasai bukan kerana kita tetapi sebaliknya. kadang-kadang kebahagian kita ini harus dikorbankan untuk seseorang yang benar-benar mengharapkan cinta dan kasih kita. namun, sekiranya ini pilihan kita, apa jua risiko yang kita bakal tempuhi, kita harus ikhlaskan hati sepenuhnya dan sebaiknya. tatkala semua mengharapkan kita tetapi kita pula yang seakan masih mengharapkan sesuatu yang belum pasti, adakah adil untuk mereka yang berfikir? sedangkan keajaiban itu berlaku setiap masa. kita harus yakin dan percaya. apa sahaja yang terlintas dalam hati kita bukan nya segala berkaitan tentang kita. ini tentang cinta seseorang sedangkan hati sendiri? masih kelu untuk segalanya. masih kelu atau hati ini masih menanti seseorang untuk hadir?  tidak mungkin, hati juga harus di ubati dengan cara yang terbaik.

seorang teman aku pernah berpesan kepada aku. " tolonglah jangan buat lagi apa yang kau dah buat pada aku dekat orang lain. cukuplah aku menjadi orang yang pertama dan terakhir yang kau buat macam ini." maafkan aku, aku masih buta dalam menilai antara kaca dan permata, aku masih ikutkan hati nafsu yang hanya pentingkan diri aku sendiri sahaja. aku tidak mampu memahami semua orang.

teman aku juga pernah berkata,"keep moving amer.memang agak susah tapi you have too. kalau aku boleh, kau mesti lagi boleh." aku tidak akan pernah lupakan kata-kata itu. dalam hidup aku ini, aku pernah membuat seseorang itu menagis kerana aku. kenangan itu, xkan pernah aku lupa.

sampai suatu masa nanti, aku akan diamkan diri aku lebih dari aku diam dari segala-galanya. mengenali hidup yang lebih baru dan mungkin segalanya akan lebih baru untuk aku. termasuk blog ini.

~segala-gala kata ini sekadar kata-kata yang lahir dari hati subuh. jangan pernah dianggap ada maksud tersirat walaupun sememangnya, sejuta maksud terkandung dalam entry kali ini. aku ingin bersendirian. ALLAH, bantulah aku.~

op amerafizal.

semalam,
aku menjengah seketika ke arah masa silam aku, mengintai seketika ke arah kenangan masa dulu. aku tersenyum sendiri.sekarang ini, aku banyak kehilangan idea untuk mengeluarkan kata-kata kerana aku sendiri kurang pasti dengan penyebab perkara ini berlaku. aku cuma tersenyum melihat kenagan yang sudah tercipta dalam hidup aku. dan sekarang, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku memulakan perjalanan baru tanpa perlu aku fikir lagi. kenapa aku masih takut untuk bergerak? aku seolah masih terperangkap dengan diri aku sedangkan aku seharusnya sudah bergerak jauh ke depan.

hari ini,
aku masih lagi di berikan peluang untuk membuka kelopak mata ini dengan segala sistem badan yang masih di beri peluang untuk bersama aku, alhamdulillah. perkara utama yang aku fikir sebaik sahaja aku memulakan nukilan aku adalah untuk menulis dengan mencurah segala yang aku simpan selama ini. hari ini mungkin hari terakhir dalam hidup aku, tapi, aku harap ALLAH masih memberi ruang dalam hidup aku supaya aku masih mempunyai peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. aku bersyukur di atas segala nikmat yang di berikan namun, aku juga harus berusaha untuk menjadi lebih baik.

nama aku muhammad amer afizal bin noor azmee, aku masih tercari- cari apa yang aku nak dalam hidup aku dan aku rasa aku tahu kenapa ALLAH masih menyimpan semua ini dari aku. aku cuma seorang remaja yang lahir di atas dunia ini dengan teriakan yang mengganggu orang lain ketika itu. kata-kata ini di tulis dan di fikirkan dengan sebaiknya, namun, aku sendiri masih samar dengan apa yang aku ingin. sudah lama tidak bernukilan, rasa kekok itu masih menebal dalam diri ini. namun, aku harus juga tulis kerana ini langkah kedua aku untuk menghilangkan beban di hati.

meniti perjalanan di ruang yang sempit ini memberi aku rasa ragu-ragu untuk terus bergerak tapi pada masa yang sama, aku masih lagi punya ruang untuk meneruskan perjalanan aku. alhamdulillah. walaupun aku tidak sehebat mereka tapi, aku masih aku yang mempunyai kehidupan aku, aku harus faham dengan ketentuan ini.
aku mungkin akan kehilangan segala-segalanya dalam usaha aku mendapatkan sesuatu tapi, aku rasa aku masih kuat untuk tenangkan diri aku dan tidak melatah dengan semua ini.

semoga kenangan aku masih kuat dalam ingatan aku ini.
segalanya yang terbaik untuk semua.
aku masih di sini.
jadi, biarkan aku.
aku akan okay.

~op amerafizal~

alhamdulillah, being here already and start my study fo a level higher than before. but, few days, i like to be quiet. silently is calmness. herm. oklah.

i am amer afizal azmee. hemm, i am a person that sometimes i dont know what should i do in order to survive in this world. sometimes i lost in my own fight, sometimes i won without struggle towards it. ssshhhhhh!! to those mouth that easily saying that it is ok for me coz i am amer that also got nothing.. hurmmmmmmmm


~spechless~~~

herm, i am just writing here coz dont know, maybe because there were no one standing for me. hahha, its okay. im still can stand alone. thanx for anyone who care about me 'silently', but im sory. stop it ok? im not comfort with that, u make me wonder who u are and i dont like..

to anyone who really wanna care about me, thanx alot. but never hope anything from me as well as i never hope anything from you.

if u feel comfort by being beside me, do stay. if not, plez leave me and never come back. ok?

~kesemua kata2 di atas hanyalah kata2, sekadar kata2 dan satu kata~
op amerafizal.

liku-liku hidup di tempat baru seakan mencabar tahap kemampuan aku untuk terus berdiri sendiri, menguji apakah aku mampu untuk terus berdikari sendiri tanpa bantuan sesiapa melainkan hanya DIA. namun, segalanya pasti ada sahaja cubaan hidup yang membuatkan hati dan iman ini semakin goyah dalam diam. merangkak perlahan dalam mencari rentak baru hidup untuk Azzam sememangnya membuat hati Azzam sentiasa bertaubat.

meniti sehari demi sedetik yang berlalu membuat aku lebih belajar tentang ilmu ALLAH, kini aku lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan yang hanya sebentar sedetik ini. selangkah demi selangkah langkah berjalan mengenali semakin ramai mereka dalam kehidupan mengajar aku tentang pelbagai perkara.gelak aku dalam diam kerana dalam kekautan kudrat diri mencari secebis kasihNYA, kadangkala tersungkur jua di hadapan pentas dunia.

hari ini, cuti hujung minggu, jadi masa ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran aku yang kian nya makin jauh meninggalkan aku. namun, segalanya tidak mustahil, pasti mudah dengan bantuanNYA. dalam asyik leka aku melihat segala ilmu yang terkandung dalam senaskhah bukuan itu, jari ku laju menaip satu lagu yang mungkin belum pernah aku dengar selama ini. Azmeer yang kebetulan berada di sebelah aku, melihat sahaja kelakuan budak kampung ini. agak pantas jarinya dalam menaip semua itu.  sesudah itu, satu lagu yang agak menenangkan jiwa kedengaran dari laptop milik Azmeer.


lagu ini membuat aku teringat tentang erti cinta sebenar, maksud inginkan teman sebenar dan erti penghargaan sebenar. Azmeer hanya melihat keletah aku dalam melayani lagu yang mungkin agak mustahil untuk aku dengar, yakni lagu yang berkaitan dengan cinta. aku cuma tersenyum kepada Azmeer. Tuhan berikan aku cinta, aku juga berhak bahagia. apakah segala maksud yang terkandung dalam secebis lirik itu? berlatarkan sebuah filem yang sangat membangunkan jiwa nurani, mengajar erti ketabahan hidup, apakah segalanya memberi secebis makna? lelaki dalam watak itu juga bernama Azzam, sama dengan nama aku, jadi apakah aku berhak untuk tabah sepertinya,atau adakah itu hanya watak dalam sebuah permainan lakonan?

aku jadikan secebis itu sebagai kekuatan aku buat seketika. aku terdiam di tepi Azmeer. Azmeer melihat perubahan emosi itu, lantas menutup lagu tadi dengan menukarkan ia kepada muzik video yang lebih ceria. aku cuma tersenyum hambar. aku serahkan segalanya hanya kepada takdir.

for everyone, anyone and all
credit to littlemuslimah diary
op amerafizal

formy frens~ if got it.
op amerafizal

walking and keep walking near all the parts make me wonders who i am. sitting here and there make me know all the people. but, why i keep thinking about them? life is journey so juz keep them as a memory, should be enough right? also, gave me a good lessons how to become a good loser. im not gonna win this fight, but then, juz let me be a good loser. hahah, i am a man, coming from ROYAL MILITARY COLLEGE. facing all the situations in a seconds, strike all the borders in a day and become a champ in a months. how come i be a losers juz for a small pieces of junks? think about it...

talking and talking sometimes make us being more nonsense and ridiculous. wierd with all of this sudden? this is life. everything is inside, never ever pretend to be an adult when you are not yet become a teenagers. a man is a fren, a fren is in your heart. a man is appreciation but he never hope to get that back.  i juz wrote it down here juz for my own heart. i will be no longer here after this, and maybe, i am not here anymore. but i always hope that i will be there for anyone, everyone. i can be ur fren of laugh and for fun. but i al so can be ur fren of tears and cry, plus i always have tissue for you.


it is not easy, share it when u r ready, i will be listening, if i am not listen to you, juz think that, i am thinking the solution for you. ok? u can come anytime u want, i hope that i always be there for you. but when the time come that i not answering you. juz think that mybe i am no longer live in this world, ok?

stop crying my frens..

ok?
from,
op amerafizal

[1]
Yaa, Siin.
[2]
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
[4]
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
[5]
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7]
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
[8]
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[10]
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
[11]
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21]
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]
"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
[31]
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
[32]
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[33]
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
[34]
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
[35]
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
[36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[41]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[42]
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
[43]
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
[44]
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
[45]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).
[46]
Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[47]
Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
[48]
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
[49]
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
[50]
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
[51]
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
[52]
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
[53]
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[54]
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
[55]
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
[56]
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
[57]
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
[58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
[59]
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
[60]
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[62]
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63]
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
[64]
"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
[67]
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
[68]
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
[69]
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
[70]
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
[71]
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
[74]
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
[75]
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
[76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
[77]
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
[79]
Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
[80]
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

~salam~

sebagaimana aku telah hidup selama 19tahun ini, sebegitu jua lah aku berjalan di atas muka bumi ini. alhamdulillah.

bermula dengan tumpang kelas yang umur mereka 4tahun lagi tua dari aku, aku memulakan langkah sebagai seorang pelajar. tapi aku masih mampu berjaya menjadi yang terbaik.

diiringi dengan aku menjalani tahun6 sebanyak dua kali dulu, tapi aku masih mampu untuk menjadi yang terbaik, tetap kental.

kemudian, aku melangkah ke sekolah menengah di setiu terengganu. sebagaimana, aku di sana yang sangat2 memboikot akan sekolah itu dulu, tetapi di sekolah itu lah aku mencapai pelbagai kejayaan selama 2tahun aku di sana.

kemudian, aku melangkah ke sekolah menengah biasa di kampung, sebegitu juga aku masih mampu berjaya dalam PMR walaupun kemungkinannya susah untuk aku.

aku masuk MTD, Maktab Tentera Diraja, sebagaimana aku mampu untuk menjadi yang terbaik antara ribuan yang memohon dan berjaya menjadi 188putera yang terbaik tamat pengajian di MTD pada tahun 2009, sebegitu juga aku harus untuk berjaya sekarang.

melangkah ke Kolej Matrikulasi Kedah, memberi aku sejuta pengajaran yang membuat aku belajar banyak benda.mengingatkan aku tentang pelbagai perkara dan menegur aku akan segala hal. tapi, adakah aku patut tewas untuk itu? atau adakah aku harus mengalah hanya kerana setahun di kolej matrikulasi? di mana kekuatan aku sebelum ini? yang membuat aku untuk terus hidup selama ini? hanya kerana secebis hal, aku putus asa?

jadi, apa yang harus aku buktikan? buktikan yang aku masih kuat? buktikan yang segalanya akan ok sahaja? buktikan yang aku masih aku yang dulu? buktikan yang aku masih nak menanti perkara yang menghancurkan aku? memperlahankan rentak kehidupan aku? begitu???

sekian sahajalah untuk segala hal, lupakan segala hal, mulakan sesuatu yang baru sekarang. i should have my own life after i gave it to others. now, let me make it right as gentleman. no need to hide from anyone or anybody. i am me, the one who cannot accept amer afizal azmee, there a door to you.and, once you step out, the door is locked out.

aku adalah aku, jadi jangan pernah minta atau teringin nak ubah apa yang ada dengan aku. khalifah bumi ALLAH, adalah untuk mentadbir apa yang ada di bumi ini dengan adil dan baik, izinkan aku YA RABB. lupakan lah segala perkara yang kurang baik untuk aku.aku memohon.


segalanya akan bermula pada hari ini, dan aku akan terus berjalan dan berjalan. jika perlu lari, aku akan lari. aku akan sendirian dalam segala hal. cukuplah ALLAH bersama aku.

~salam~
~mr.thinker~


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]
Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10]
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]
“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”
[49]
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
[50]
“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.
[51]
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
[62]
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]
(Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]
“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
[71]
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
[74]
Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
[76]
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
[82]
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]
Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[91]
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]
Serta bakaran api neraka.
[95]
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

sesudah mula mengemas barang-barang di ruangan yang tersedia, Azzam mula duduk dan memandang ke arah teman baru yang juga merupakan teman sebiliknya. ditemani keluarga tercinta bersama ibu dan ayah, pasti semangat mereka begitu membara. sedangkan Azzam hanya sendirian di sana, datang secara sendiri. 'xapelah, harap ALLAH memberkati peluang aku di sini.' bisik Azzam sambil tangannya ligat menggantung jubah yakni pakaian solatnya.

minggu ini merupakan minggu pertama Azzam di sini. berada dalam lingkungan mereka yang hebat tentang ilmu di dadanya. terasa kerdil dan hina dirinya berada dalam kalangan mereka yang hebat, apatah lagi pada pandanganNYA. namun, dicekalkan juga hati yang kecil ini. Azzam memulakan hijrah itu dengan menghadirkan diri ke masjid untuk solat zuhur sesudah semua barang di simpan rapi dalam almari. berbekalkan langkah kaki hanya kerana ALLAH, Azzam melangkah perlahan, mencari jalan terdekat ke rumah ALLAH, agar menjadi laluannya selepas ini.

langkah kaki ke masjid yang harusnya dekat menjadi satu perjalanan pandangan yang agak lama bagi Azzam. matanya memandang ke seluruh kawasan sekeliling. melihat keletah dan ragam insan yang berada di sekeliling Azzam, membuat Azzam tersenyum sendiri dengan suasana baru di sekelilingnya. satu doa dipanjatkan agar dikuatkan hatinya menghadapai segala ini, dan diteguhkan iman dari segala godaan yang bakal menggoncang jiwa seorang musafir ini.

akhirnya, langkah Azzam mula melangkah ke dalam masjid.terasa damai dan sejuk, segala keberkatan mula mendampingi, hati mula berdoa terhadap segala kebaikan, minta dijauhkan segala perkara yang memudaratkan. niat iktikaf mula bertakhta di hati, tampak sederhana akan rumah ALLAH ini, tapi begitu mendamaikan. Azzam mula memandang sekeliling dan bibirnya hanya mampu senyum melihat mereka yang begitu tinggi ilmu dari air wajahnya.

azan berkumandang,bilal begitu tepat dalam menjalankan tugasnya. Azzam menunaikan solat rawatib dan sejurus sesudah itu, imam mula mengambil alih diikuti makmun membentuk saf yang begitu hebat menggambarkan kesatupaduan hati ummah. dengan satu takbir, semua makmun menurut hukum dan tertibnya, bagitu hebat bagaimana hati manusia itu bersatu dalam satu kalimah.

sesudah solat, Azzam mula melangkah keluar masjid. fikirannya kini tertumpu kembali kepada jadual minggu pertama di kolej ini. mungkinkah akan sibuk atau mungkin akan membentuk keperibadian pelajar kolej. sejuta persoalan bermain di fikiran Azzam. tidak kurang juga tentang keadaan mama di kampung, bagaimana dengan keadaan mama hari ini. tidak mengapalah, Azzam menganggap dirinya sedang bermujahid di jalan Allah.

sebaik sahaja sampai di kamarnya, Azzam memerhati dan memberi senyuman kepada ahli keluarga teman sebilik yang masih ada di sini. Azzam duduk dan melihat jadual minggu ini sambil fikirannya mulai ligat menyusun waktu dengan sebaiknya. apakah mampu untuk diri Azzam menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
satu minggu ini akan memperkenalkan Azzam tentang dunia sebenar.

sambungan...

nukilan~



ilmu di dada,
semakin menggunung,
seiring dengan riak,
tidak lupa juga takbur.

sederhana dalam segala,
berusaha menjadi yang terbaik,
selangkah jua ke arah kejahilan,
diam itu pasti terbaik.


hati ini cuma sekeping,
namun, mampu merosakkan segala.
hanya kepadaNYA,
ku serahkan.

~salam~
~mr.thinker~

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.