sesudah mula mengemas barang-barang di ruangan yang tersedia, Azzam mula duduk dan memandang ke arah teman baru yang juga merupakan teman sebiliknya. ditemani keluarga tercinta bersama ibu dan ayah, pasti semangat mereka begitu membara. sedangkan Azzam hanya sendirian di sana, datang secara sendiri. 'xapelah, harap ALLAH memberkati peluang aku di sini.' bisik Azzam sambil tangannya ligat menggantung jubah yakni pakaian solatnya.

minggu ini merupakan minggu pertama Azzam di sini. berada dalam lingkungan mereka yang hebat tentang ilmu di dadanya. terasa kerdil dan hina dirinya berada dalam kalangan mereka yang hebat, apatah lagi pada pandanganNYA. namun, dicekalkan juga hati yang kecil ini. Azzam memulakan hijrah itu dengan menghadirkan diri ke masjid untuk solat zuhur sesudah semua barang di simpan rapi dalam almari. berbekalkan langkah kaki hanya kerana ALLAH, Azzam melangkah perlahan, mencari jalan terdekat ke rumah ALLAH, agar menjadi laluannya selepas ini.

langkah kaki ke masjid yang harusnya dekat menjadi satu perjalanan pandangan yang agak lama bagi Azzam. matanya memandang ke seluruh kawasan sekeliling. melihat keletah dan ragam insan yang berada di sekeliling Azzam, membuat Azzam tersenyum sendiri dengan suasana baru di sekelilingnya. satu doa dipanjatkan agar dikuatkan hatinya menghadapai segala ini, dan diteguhkan iman dari segala godaan yang bakal menggoncang jiwa seorang musafir ini.

akhirnya, langkah Azzam mula melangkah ke dalam masjid.terasa damai dan sejuk, segala keberkatan mula mendampingi, hati mula berdoa terhadap segala kebaikan, minta dijauhkan segala perkara yang memudaratkan. niat iktikaf mula bertakhta di hati, tampak sederhana akan rumah ALLAH ini, tapi begitu mendamaikan. Azzam mula memandang sekeliling dan bibirnya hanya mampu senyum melihat mereka yang begitu tinggi ilmu dari air wajahnya.

azan berkumandang,bilal begitu tepat dalam menjalankan tugasnya. Azzam menunaikan solat rawatib dan sejurus sesudah itu, imam mula mengambil alih diikuti makmun membentuk saf yang begitu hebat menggambarkan kesatupaduan hati ummah. dengan satu takbir, semua makmun menurut hukum dan tertibnya, bagitu hebat bagaimana hati manusia itu bersatu dalam satu kalimah.

sesudah solat, Azzam mula melangkah keluar masjid. fikirannya kini tertumpu kembali kepada jadual minggu pertama di kolej ini. mungkinkah akan sibuk atau mungkin akan membentuk keperibadian pelajar kolej. sejuta persoalan bermain di fikiran Azzam. tidak kurang juga tentang keadaan mama di kampung, bagaimana dengan keadaan mama hari ini. tidak mengapalah, Azzam menganggap dirinya sedang bermujahid di jalan Allah.

sebaik sahaja sampai di kamarnya, Azzam memerhati dan memberi senyuman kepada ahli keluarga teman sebilik yang masih ada di sini. Azzam duduk dan melihat jadual minggu ini sambil fikirannya mulai ligat menyusun waktu dengan sebaiknya. apakah mampu untuk diri Azzam menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
satu minggu ini akan memperkenalkan Azzam tentang dunia sebenar.

sambungan...

nukilan~



ilmu di dada,
semakin menggunung,
seiring dengan riak,
tidak lupa juga takbur.

sederhana dalam segala,
berusaha menjadi yang terbaik,
selangkah jua ke arah kejahilan,
diam itu pasti terbaik.


hati ini cuma sekeping,
namun, mampu merosakkan segala.
hanya kepadaNYA,
ku serahkan.

~salam~
~mr.thinker~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.