takala semua org sedang nyenyak tidur di perbaringan, bangkit seorang lelaki memulakan harinya dgn lebih tenang dgn mengharapkan keberkatan dan keredhaan dari pemegang nyawanya, mengambil wuduk lantas kaki mula berjalan menuju ke jalan syurga dunia iaitu surau,
mendengar alunan azan subuh berkumandang membuat diri ini diam duduk dan tertunduk malu di hadapanNYA kerana terasa bahwa diri ini sgt kerdil untuk memahami segala hal. segala yang didatangkan membuat fikiran seciput yang dianugerahkan ini digunakna semaksima mungkin supaya jalan yang lebih bijak dicapai.
dua rakaat sebelum dua rakaat yakni memberi lebih ketenangan dalam keheningan subuh membuat hati bertambah tenang dgn segala ketentuan, membuat otak berfikir lebih bijak dan jiwa tidak lagi meronta-ronta. tatkala takbir itu diangkay, hanya lidah mengeluarkan kalam bahawa ALLAH MAHA BESAR, hati tunduk pasrah...
hari ini bermula dgn baik dgn harapan segalanya akan menjdai lebih baik kelak, hidup dan mati ku hanya padaMU YA RABB. semoga segala kekuatan akan mendampingiku dlm menghadapi hari ini...
~hahah, baru siapkan assignment finance,alhamdulillah, hidayah milik ALLAH~
~lapar gler~hurmmmm
Posted by
amer afizal azmee
0 comments:
Post a Comment