cerita disambung...

Kelu rasa di lidah tatkal disapa sedemikian rupa oleh seorang perempuan yang tidak aku kenali, namun hanya senyuman mampu aku hadiahkan tanda kesenangan hati yang dia telah tunjukkan pada aku. dek kerana ego untuk menyapa kembali, mata aku menatap buku yang berada di hadapa aku ini kembali. rasa juga getar tatkala disapa dia namun, baik aku diamkan saja kerana takut pula dilayan perasaan kelak. beberapa ketika kemudian pensyarah biologi kami melangkah masuk dengan penuh semangat dan iltizam untuk memajukan anak bangsa. aku turut merasa bahang semangat yang dibawa oleh puan zuraida ke dalam kelas kami. pelajaran diteruskan, namun aku masih seolah tersekat dengan apa yang ada dalam fikiran aku, seolah semuanya sekadar berada di atas angin, menyapa sepi.

Jam di tangan sudah menunjukkan 1 tengahari, perut yang sudah biasa diisi mengikut masa yang tetap meminta untuk diisi. langkah kian lemah dek kerana bahang mentari yang kian memancar, namun, aku kuatkan juga langkah ini untuk ke kafe yang berada di kolej kediaman. tepat jangkaan aku, sememangnya waktu sebegini memang kemuncak kerana setiap orang memerlukan keperluan yang sama iaitu, makanan. dengan langkah yang malas nak tunggu untuk makanan, aku berpatah balik ke arah masjid, mungkin di sana aku akan dapat makanan juga, iaitu makanan untuk jiwa ini.dengan keyakinan yang tinggi, aku berpatah balik dengan wajah sedikit hampa, namun, apa nak dikata, itulah lumrah kehidupan,setiap orang akan kejar benda dan perkara yang sama, hanya yang berani sahaja akan mengambil jalan yang sunyi.

seperti berlawanan arus, majoriti pelajar sedangmenuju ke kolej kediaman masing-masing atau ke kafe yang terdekat, seolah semuanya sedang berlumba dengan masa. tapi aku, masih dengan tenang seperti membiarkan sahaja waktu dan masa memintas aku yang semakin perlahan dengan rentak ini. apa perlu aku fikirkan, setiap perkara aku yakini akan ketentuan dan takdirNYA,maka aku yakin dengan jalan ini walhal ia seakan meragut keyakinan aku setiap kali aku dipintas masa. akhirnya setelah pelbagai perkara bermain di fikiran, aku sampai juga ke sebuah bangunan yang tersergam indah secar semulajadi iaitu masjid. ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata membuat hati merasa sejuk dan nyaman serta-merta. langkah disusun, wuduk diambil dan solat didirikan dengan penuh pengharapan,namun,seperti ada sesuatu yang menggangu hati ini,mungkin juga perkara yang bakal terjadi kelak.

Selesai solat, kelihatan beberapa pelajar yang lambat membuat saf baru di belakang, itulah hebatnya ukhuwah kerana walaupun tidak mengenali tapi, kami boleh solat bersama-sama. aku tersenyum sendirian. seperti yang lain, aku juga bersiap untuk kelas. aku berjalan menuju ke kelas. Dari belakang terdengar suara, 'HAI!!'. terhenti aku seketika lantas menoleh ke belakang kerana suara seakan sama seperti aku dengari tadi. memang benar, berbekalkan gaya yang sama, suara yang sama, dan teknik sapaan yang sama, haruslah datang dari insan yang sama. aku tersenyum. dia menyambung,' nak pergi kelas ke?'. aku mendengar soalan itu, aku tersenyum, 'haruslah nak pergi kelas, tapi kalau boleh ponteng ni, best juga petang-petang ni.' jawapan paling biasa diberi orang kalau ditanya soalan sedemikian,maka aku pun sama lah. 'Btw, nama aku shamerizal, kau?' aku cuba untuk memberi respon dalam sapaan kedua dia.spontan dijawabnya, 'panggil saja miqa.'.aku mengangguk tanda faham namun, reaksi muka pelik aku dengan kening dikerutkan sedikit,mulut mengherot dan mata meliar seolah tak dapt dipisahkan. kami tergelak sendiri dengan reaksi kami.. langkah diteruskan ke kelas. mungkin juga ini satu perkenalan yang biasa atau mungkin ia bakal menjadi episod, tak siapa yang tahu.

Hari itu berlalu seperti biasa,dan aku merasa tenang belajar dalam suasana sedemikian rupa, yakni belajar dan belajar. apa yang aku mampu buat hanya belajar supaya aku menjadi pelajar. nilai yang aku sendiri pegang pada ketika itu ialah, belajar dan menjadi pelajar.tatkala jam menujukkan jam 5 petang, aku melangkah pulang.terasa penat minda tatkala seharian belajar,atau mungkin juga minda aku masih belum biasa dengan keadaan sedemikian rupa.balik ke bilik, melihat katil yang seakan memanggil memaksa diri ini untuk rehat seketika,namun, desakan kerja yang menimbun di atas meja, memaksa juga aku untuk bersengkang mata duduk di atas kerusi dan menyiapkan mana yang mampu.

~bersambung~

teringin untuk aku kisahkan satu cerita kepada semua. satu kisah yang mungkin tidak pernah aku lupa sehingga sekarang. yang mungkin pada suatu masa dulu, sekadar satu episod yang tidak perlu dalam hidup aku, tapi, ketahuilah,perkara paling jauh dengan kita adalah masa silam dan andai dapat aku undur semula masa aku, aku akan undur semula masa aku untuk kisah ini. supaya aku ada sentiasa. cerita bermula....

Susah. kata pertama terbit dari bibir aku tatkala melihat buku yang terpampang ilmu dan isinya di hadapan aku. namun, semangat waja dalam diri masih lagi kekal untuk terus mencuba tanpa ada rasa bosan walau sedikit. pagi ini terasa keheningan dan kedamaian, namun, seawal jam 0700 pagi, sudah ramai pelajar yang memulakan gerak langkah untuk rutin harian mereka. seperti biasa, pagi tadi aku pun masih melakukan perkara yang sama seperti dahulu. banagun pagi dan pastikan segalanya dalam keadaan sedia dan kemas. disiplin yang pernah diterapkan dalam diri ini masih lagi kekal dan segar di ingatan. bak kata orang, ada banyak cara untuk kita belajar sesuatu dan aku belajar banyak perkara dengan cara kekerasan. mungkin dengan cara itu yang berkesan untuk diri ini yang manja kot.

Aku berjalan turun dari tingkat dua bangunan asrama itu, menuju ke kafe yang berada paling dekat dengan bangunan ini.dengan kekemasan yang sedia ada membuat diri yakin untuk melangkah dan berjalan. jadi, wajarlah ramai berkata keyakinan ini datang dari luaran yang kemas. aku agak yakin orangnya. sesudah makan makanan yang bagi aku cukup untuk aku teruskan kehidupan, aku sambung perjalanan dengan lagak seorang yang yakin dengan arah tuju hidup. yang kelakar, dalam diri ini, hanya ALLAH saja yang tahu betapa kau tawakal kepada dia. ramai kelihatan pelajar lain yang turut mengambil langkah seperti aku, mungkin juga untuk mengejar sesuatu yang mereka sudah yakini atau mungkin juga mereka terpaksa mengejar sesuatu jika mereka inginkan. dan aku, masih tenang berjalan menuju ke arah kelas aku.

hari itu, melangkah ke kelas dengan semangat yang ingin menguasai apa yang patut aku faham tanpa aku sedar bahawa ilmu ini milik ALLAH, maka minta lah hanya dari DIA. tapi, tak mengapa, ketika itu aku masih belum belajar apa itu belajar yang sebenar. dengan muka yang agak tenang, aku melangkah masuk dalam kelas yang masih sunyi di awal pagi itu,kerana masih belum ramai yang memenuhi kelas itu. kelihatan, beberapa orang pelajar perempuan yang sedang menelaah buku sambil makan sekeping roti. 'rajin jugak budak ni' cetus hati aku sendiri. namun, untuk apa aku pedulikan mereka. lantan, aku mengambil tempat di barisan hadapan dalam kelas tersebut, dekat dengan meja guru. aku juga kurang pasti apa motif tindakan kau untuk duduk berhampiran dengan meja guru, munkin juga untuk memudahkan aku bertanya kalau ada perkara yang aku kurang faham. mungkin.

kelihatan, beberapa pelajar lain mula lalu di hadapan kelas aku dengan bermacam gaya serta reaksi yang memberi aku pelbagai tafsir. ada yang lalu dengan senyap dan tenang. ada juga yang bising. tak kurang juga dengan gaya pelajar rajin belajar, makan dengan nota di tangan. aku tersenyum sendirian dengan jawapan yang bermain di fikiran, setiap orang ada gaya tersendiri. pintu kelas aku sendiri mula ditolak, kelihatan seorang demi seorang mula melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka yang segar. ada juga muka yang aku sendiri belum kenal, al maklumlah kami baru saja kenal antara satu sama lain. aku diamkan dan biarkan sahaja.

kali ini, pintu ditolak dengan lembut, seorang perempuan melangkah masuk. aku tak hiraukan pun. tapi kelibat ini adalah kelibat yang belum pernah lagi aku lihat sebelum ini dan gaya perempuan ini yang seakan kekok menambahkan keyakinan aku bahawa ini bukan pelajar yang kebiasaan ada dalam kelas aku. dari  mata yang meneliti ke buku, mata aku terarah memandang ke pintu, niat di hati ingin melihat siapa gerangan yang datang melangkah masuk ke dalam kelas aku. 

tepat jangkaan aku, ini bukan pelajar kebiasaan yang ada dalam kelas aku. aku sekadar tengok dengan wajah yang berkerut menandakan aku tak mengenali dia. tapi, apa gunanya, tak penting pun aku kenal atau tidak, bukan kelas itu hak aku yang tentukan siapa dibenarkan masuk atau tidak. tapi kali ini, muka aku betul-betul seolah ingin menyatakan bahawa kelas itu kelas aku. ego betul. aku terdiam memandang dia yang seakan kekok sebaik sahaja menolak pintu tadi, mungkin juga dia sedar tindakan dia telah menyedarkan mata-mata yang berada dalam kelas itu untuk memandang dia. 

dengan wajah bersahaja mahu menahan getar di hati dia, dia tersenyum dan dengan senang hati, ' HAI', ucap dia kepada aku yang sedang memandang dia. mungkin aku satu-satunya lelaki yang berada dalam kelas itu, jadi wajarlah aku yang mendapat sapaan dari dia. aku tergamam dan kelu. kenapa? aku sendiri pun tak mengerti. cuma seingat aku, aku hanya diam dan senyum. berserta dengan reaksi yang masih mengatakan 'siapa kau?'. kelakar rasanya reaksi aku ketika itu.

~sambungan~

 


~semoga dapat dikongsi bersama, sangat cantik alunan suara dan irama yang dialunkan~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik”
SOLAT KHUSYU'“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., berada di rumah Sayyidina Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayyidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut berada di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata: "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Umar r.a. berkata: "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Usman r.a. berkata: "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina 'Ali r.a. berkata: "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Fatimah r.ha.berkata: "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata: "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata: "Menegakkan ciri-ciri agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Begitulah ucapan-ucapan yang diutarakan oleh Allah taala, Malaikat Jibril alaihissalam, Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat r.anhum yang menggambarkan bahawa matlamat hidup seseorang ciptaan Allah taala, khususnya manusia adalah semata-mata penghujungnya untuk menegakkan Agama Islam di atas bumi ini.

Amat malang bagi seorang manusia yang berlatar belakangkan agama meminggirkan matlamat ini, seolah-olah tidak memahami matlamat ilmu yang dipelajarinya. Mudah-mudahan kita semua bermuhasabah selagi umur masih ada ni,

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.