~salam~

sebagaimana aku telah hidup selama 19tahun ini, sebegitu jua lah aku berjalan di atas muka bumi ini. alhamdulillah.

bermula dengan tumpang kelas yang umur mereka 4tahun lagi tua dari aku, aku memulakan langkah sebagai seorang pelajar. tapi aku masih mampu berjaya menjadi yang terbaik.

diiringi dengan aku menjalani tahun6 sebanyak dua kali dulu, tapi aku masih mampu untuk menjadi yang terbaik, tetap kental.

kemudian, aku melangkah ke sekolah menengah di setiu terengganu. sebagaimana, aku di sana yang sangat2 memboikot akan sekolah itu dulu, tetapi di sekolah itu lah aku mencapai pelbagai kejayaan selama 2tahun aku di sana.

kemudian, aku melangkah ke sekolah menengah biasa di kampung, sebegitu juga aku masih mampu berjaya dalam PMR walaupun kemungkinannya susah untuk aku.

aku masuk MTD, Maktab Tentera Diraja, sebagaimana aku mampu untuk menjadi yang terbaik antara ribuan yang memohon dan berjaya menjadi 188putera yang terbaik tamat pengajian di MTD pada tahun 2009, sebegitu juga aku harus untuk berjaya sekarang.

melangkah ke Kolej Matrikulasi Kedah, memberi aku sejuta pengajaran yang membuat aku belajar banyak benda.mengingatkan aku tentang pelbagai perkara dan menegur aku akan segala hal. tapi, adakah aku patut tewas untuk itu? atau adakah aku harus mengalah hanya kerana setahun di kolej matrikulasi? di mana kekuatan aku sebelum ini? yang membuat aku untuk terus hidup selama ini? hanya kerana secebis hal, aku putus asa?

jadi, apa yang harus aku buktikan? buktikan yang aku masih kuat? buktikan yang segalanya akan ok sahaja? buktikan yang aku masih aku yang dulu? buktikan yang aku masih nak menanti perkara yang menghancurkan aku? memperlahankan rentak kehidupan aku? begitu???

sekian sahajalah untuk segala hal, lupakan segala hal, mulakan sesuatu yang baru sekarang. i should have my own life after i gave it to others. now, let me make it right as gentleman. no need to hide from anyone or anybody. i am me, the one who cannot accept amer afizal azmee, there a door to you.and, once you step out, the door is locked out.

aku adalah aku, jadi jangan pernah minta atau teringin nak ubah apa yang ada dengan aku. khalifah bumi ALLAH, adalah untuk mentadbir apa yang ada di bumi ini dengan adil dan baik, izinkan aku YA RABB. lupakan lah segala perkara yang kurang baik untuk aku.aku memohon.


segalanya akan bermula pada hari ini, dan aku akan terus berjalan dan berjalan. jika perlu lari, aku akan lari. aku akan sendirian dalam segala hal. cukuplah ALLAH bersama aku.

~salam~
~mr.thinker~

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.