bismillahhirrahmannirrahim....

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yanga da untuk membaca bagi menjana pemikiran yang hebat dalam diri anda semua..

hari ini, kita akan mula berbicara tentang mengejar dan dikejar. sebelum itu, marilah kita semua menadah tanagn untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dan diberikan kepada kita dari sejak kita lahir sehingga hari ini. menjadi manusia yang masih sihat untuk bernafas pada hari ini bukan perkara yang mudah kita semua sedangkan kita tahu bahawa nyawa kita sentiasa dalam catatan malaikat maut untuk menanti dan tidak akan lambat walau sesaat..

kita mula berbicara tentang mengejar dan dikejar, dari pelbagi sudut dan rutin bicara tersendiri..

mengejar adalah apabila kita ingin mendapatkan sesuatu dan ingin menjadikan sesuatu itu milik kita dan bersama kita tanpa kita ketahui atau peduli apa jua perkara itu.. lebih juga kepada tamak kot yakni sifat yang tahu nak saja tanpa fikir pun kelebihan dalam memiliki perkara itu.. sesuatu itu boleh jadi apa saaj termasuk perempuan, pangkat, kekayaan, pengaruh dan juga barang mainan? hahah, terpulang kepada pentafsiran masing-masing, jadi yang penting sekarang adalah kita mengejar perkara itu untuk tujuan kepentingan peribadi. bagi insan yang menggunakan akal yang telah dikurniakan dengan baik oleh DIA, maka akal ini seharusnya lebih bijak dalam berfikir.

tapi, selalunya perasan tak, selalu sangat bila kita kejar sesuatu perkara, for sure kita tak dapat benda tue. dan semua akan berakhir dengan rasa penat semata coz mmg at last tak dapat pun perkara yang kita kejar tue.. ini lah yang dimaksudkan ole ALLAH, bahawa DIA mengetahui apa perkara yang tidak kita ketahui.. kenapa yer?? coz, time kita kejar benda tue, kita kemain put all our efforts kepada perkara tue, tapi bila kita tak dapat, kita akan rasa kecewa yakni, kita terus emotional down.. tapi, agak2 lepas beberapa ketika, selalunya kita akan ditunjukkan hikmah kita tak dapat perkara itu.. macam contoh kalu kita dapat perkara itu, mungkin kita akan lebih lalai atau erti maksud mudahnya sibuk... bila kita sibuk, kita makin lupa ALLAH, ALLAH syg kita, jadi ALLAH selamatkan kita.. cmtu la pentafsiran aku dalma spek mengejar ni...

dalam aspek dikejar pulak, kadang-kadang bila kita tak amek kesah tentang sesuatu perkara, kita akan selalu sgt dikejar dalam perkara itu.. terus kepada contoh tentang apabila kita tak nak untuk join mana2 program atau organisasi, kita selalu akan dicari bagi join program atau organisasi tersebut...macam kena paksa pun ada, makin tak nak, makin dicari....hhaha

terus kepada kesimpulannya adalah, semakin kita mengejar dunia, akhirat akan tinggalkan kita... tapi jika kita mengejar akhirat, dunia akan terhegeh-hegeh mengejar kita. jika ALLAH tetapkan sesuatu yang tidak kita sukai, yakinlah, pasti ada sesuatu di dalamnya yang terbaik untuk kita hadapi.. jika kita dapat apa yang ALLAH suka, kita akan disukai, tapi jika kita dapat apa yang ALLAH benci, kita juga kan dibenci oleh sekalian alam dan seisinya...

aku emndapat pengajaran di awal sem ini dan aku perasas, tiap kali sem mesti akan ade perkara sebegini datang mengji iman aku, jadi aku jadi semakin yakin dengan ketentuanNYA bahwa, pasti DIA sedang merancanakan sesuatu yang jauh lebih baik untuk aku kelak, jangan mengaku beriman kalu belum pernah diuji..alhamdulillah..

sekian,
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim..
assalamualaikum kepada semua..

the best thing ever to be speaking here today is about experiences vs memory...

ramai juga yang menegur saya, katanya kenapa mesti blog di upload dalam bahasa inggeris? saya dengan ini meminta maaf lah, kerana bukan niat untuk mengangkat mana-mana bahasa dan merendahkan bahasa lidah melayu saya, cuma dunia hari ini, meminta kita untuk mempelajari bahasa perantaraan ini, sedangkan di akhirat kelak pula, bahasa quran bakal digunakan, jadi jika kita menjadi orang yang berfikir tentang dunia dan akhirat, maka persiapkanlah diri kita dengans egala perkara yang perlu supaya kita menjadi orang yang mampu menghargai dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan dipinjamkan.

berbalik kepada topik asal kita pada hari ini yakni, experience vs memory atau dalam bahasa kita, adalah, pengalaman vs kenangan. saya menggunakan bahasa saya bersama kefahaman saya tentang apakah yang bakal saya kupas pada hari ini tanpa merujuk kepada mana-mana buku atau bhan rujukan kerana bagi saya blog adalah tempat untuk kita meluahkan idea dan pendapat kita sendiri..

pengalaman, merupakan perkara lepas yang masih terpahat dalam ingatan kita dan juga merupakan perkara yang tidak akan kita lupakan walau kemana jua kita melangkah dalam hidup kita.

sedangkan kenangan juga merupakan perkara yang sudah lepas dalam hidup kita dan juga merupakan perkara yang tidak akan mungkin akan di padam oleh ingatan kita walaupun kenangan itu bakal tercipta lagi.

jadi, apa bezanya? apabila dibaca, seolah membawa kepada maksud yang sama dan seolah tidak memberi apa-apa perubahan. cuaba lah bagi sedikit pendapat dan perbezaan, untuk saya, saya akan huraikan, tapi kepada para skoder sekelaian, anda juga di benarkan untuk komen...

bezanya antara dua perkara yang seakan sama ini adalah tentang aspek kita mengingati samada pengalaman atau kenangan. pengalaman berkemungkinan besar tidak akan dilupakan sepenuhnya dalam hidup kita kerana pengalaman seolah memberi kita suatu pengharapan, pengajaran dan penegenalan tentang kehidupan dan kita belajar sesuatu dari dalamnya. manakala, kenangan adalah perkara yang kita sendiri cipta samada baik atau buruk atau kurang baik atau kurang baugs. dan selalunya, kita cuma akan mengingati perkara paling manis pernah terjadi dalam hidup kita dan juga perkara yang paling pahit terjadi dalam hidup kita, betul tak?? tepuklah dahi, tanyalah ingatan kita.

contoh????

apabila berbicara tentang contoh adalah perkara paling digemari kerana melalui contoh atau umpamanya mampu membuat kita faham tentang sesuatu konsep yang cuba kita faham dalam diri kita. dalam bahasa lain kita juga boleh gunakan sebagai perumpamaan, analogi, kiasan atau sebagainya.

bagi pengalaman pula yang membezakan antara pengalaman dengan kenangan adalah, pengalaman sesuatu yang kita ingat. contoh, ketika kita hendak mula-mula belajar naik basikal dulu. dengan berbekalkan basikal yang ada 4 roda, hasil modal merajuk dan menangis minta dengan ayah atau ibu sesudah gagal minta dengan nenek. kita dapat, dan kita terus belajar untuk naik. makin lama, kita menjadi semakin pandai naik basikal dan dari situlah keyakinan kita sebagai manusia yang bertamadun mula tumbuh. kita minta pula pada abang kita untuk tanggalkan roda kecil yang dipasang sebagai penyokong. abang kita pula yang ketika itu baru berumur tadika, memulakan tanggungjawab sebagai seorang abang untuk menjaga adiknya dalam memenuhi permintaan seorang adik. dan akhirnya, basikal selesai dan kita mula naik terus mengayuh. tapi, kerana silap percaturan, maka kita jatuh sesudah kayuhan ketiga kerana hilang kawalan. itu sebenarnya pengalaman, kerana kita belajar sesuatu di dalamnya.dari sudut aspek abang kita pula, dia juga mendapat pengalaman baru, kerana mencabut tayar roda kecil basikal adiknya. faham?

tentang kenangan pula, kita guna perkara paling mudah iaitu putus cinta. sesudah kita pandai mengayuh basikal tanpa roda kecil lagi, kita mungkin minta basikal yang lebih sesuia untuk kita bawa ke sekolah supaya kita dikenali sebagai pelajar yang lebih berdikari dalam hidup, kononnya. ketika itulah, hati kita mula melayani segala perkara miang dan gatal yang dilakukan oleh beberapa jejaka kacak di sekolah kita, padahal ketika itu baru berumur 10 tahun, yakni darjah 4, almaklumlah kita kan cepat matangnya. lantas apabila dipikat, maka terpikatlah kita. tapi tidak sampai seminggu, gaduh dan putus. maka ini lah dilabelkan sebagai cinta monyet. jika ditanya kepada sesiapa pun, siapa pun, pasti jawapan nya adalah cinta pertama yakni cinta monyet yang biasa ini. inilah kenangan..

tapi mr.thinker. macam sama saja sebab melalui kenangan juga kita belajar sesuatu dan pengalaman juga kita belajar sesuatu. di situ lah bezanya, kita pasti belajar sesuatu dari pengalaman tapi kita jarangnya hendak belajar sesuatu dari kenangan. kita kan banyak guna emosi berbanding akal yang hebat kurniaan yang maha hebat.apa pun, ini cuma tafsiran saya sebagai mr.thinker dan saya tidak sesekali menolak pendapat orang lain, maka lagi bagus untuk kita sama-sama belajar.

akhir kata dari saya, cuba kita sama-sama renung dalam minda kita, ada berapa banyak perkara yang kita klasifikasi kan sebagai pengalaman dan berapa banyak perkara yang kita kelaskan sebagai kenangan. pasti jawapan kita adalah, kenangan lagi banyak dari pengalaman. kerana, kita lebih banyak menyimpan sesuati kerana nilai emosi yang ada di dalamnya, bukan kerana kita sudah mempelajari sesuatu darinya..

fikirkan dan renungkan.. kalau ada soalan, letak di ruang koen, untuk share di fb atau twitter, silakan kerana saya tiada semua talian tersebut... sekian..

~mr.thinker~

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.