~smile~

sejak beberapa ketika ini aku suka untuk memulakan tulisan blog aku dengan senyuman menawan supaya aku sedar beberapa ketika dalam hidup aku yang aku hargai sangat-sangat dan tidak akan pernah terlepas walau apa pun jadi. sekarang jam kat handphone dah pun menunjukkan jam0130 pagi dimana kebanyakkan manusia dalam dunia yang punya waktu yang sama seperti malaysia malamnya sudah pun memulakan langkah dalam perjalanan mereka untuk melayari mimpi dan rehat yang secukupnya. tapi aku malam ini terpaksa pula bersengkang mata selagi assignment aku tidak dapat disiapkan. tapi, jangan risau keran aku akan pastikan assignment aku siap sebelum jam 0300 pagi dan aku akan sambung dangan sesi pembelajara yang lain.jadi dalam beberapa ketika yang sibuk ini, aku curi beberapa saat untuk aku mula bernukilan dalam blog aku yang pada anggaran aku tidak ramai yang akan membaca malah mengetahui kewujudan blog ini, hahaah, pada anggaran akulah, tapi tidak pula aku tahu kenyataan sebenarnya. tapi, tidak mengapa keran aku mengalu-alukan kehadiran semua yang terbaca mahupun memang niat ingin membaca blog aku yang tidak seberapa ini. tajuk aku dalam keheningan pagi ini cukup mudah untuk aku kupas bersam teman yang masih berjaga yakni tentang ego lelaki.aku tahu dan yakin semua orang dan manusia dalam dunia ini ada ego masing-masing samada lelaki mahupun perempuan.cuma yang membezakan adalah tentang bagaimana kita mengawal dan mengenalpasti ego kita. ego sebenarnya menyelamatkan kita tetapi perlulah bijak dengan cara yang sebenarnya kita mengawal ego kita. maksud aku yang lebih mudah adalah dengan ego, kita selamat dari beberapa perkara. hahaah, tetapi kan amer, perempuan tidak suka lelaki ego. hahah, aku dah agak dah soalan macam tue nak keluar. jadi aku pun jawablah denga cara yang mudah untuk difahami oleh semua orang termasuk perempuan supaya mereka sedar yang bukan hanya perempuan perlu jual mahal tetapi lelaki juga. cerita aku mudah, kerana ego seorang lelaki tidak mahu meluangkan masa dengan kekasih hatinya kerana takut akan kurangnya kasih sayang yang wujud antara mereka jika selalu berjumpa dan bertemu. kedua, seorang lelaki ego untuk memujuk kekasih hati yang sedang merajuk kerana khuatir jika dituruti memujuk maka akan berakhir dengan mengikut nafsu wanita yang 9 itu. ketiga, seorang lelaki ego menerima teguran daripada orang yang bukan dari keluarganya kerana setiap lelaki itu punya pendirian dan pegangan yang teguh dalam hidup mereka sebagai lelaki. jadi, untuk mereka merubah segala perkara yang sedia ada dalam hidup mereka memerlukan penilaian yang teliti dari hati mereka samada dalam menentukan perkara yang ditegur oleh insan lain itu benar-benar perlu diubah atau tidak. kadang kala, perkara yang normal bagi lelaki dan orang lain menjadi tidak normal bagi sesetengah insan yang lain. jadi, pertimbangan seorang lelaki itu akan melibatkan faktor masa depan, diri sendiri, keluarga dan pendirian. ini juga dipanggil ego juga. kadang kala lelaki perlu ego untuk menelamatkan diri dia. sebenarnya bagi lelaki yang mengenali tahap keimanan dirinya akan menyedari bahwa musuh paling bahaya unutk dirinya selain dari diri sendir adalah wanita. jadi, untuk melawan musuh itu, lelaki perlu untuk berkawan dengan wanita tapi penuh denga hati-hati kerana setiap masa merupakan masa seorang lelaki mampu rebah kerana wanita. tetapi, tidak lupa juga tentang dari seorang wanita juga ego lelaki mampu untuk patuh, seperti contoh ibu dan adik perempuan kita, tidak dilupakan isteri tersayang. haahhaha, tetapi berbaloi lah sekiranya ego kita sebagai lelaki lemah kerana golongan wanita ini kerana mereka merupakan keluarga kita, berbanding dengan wanita lain yang haram untuk kita. tapi, tak kisahlah bagaimana kita mengawal dan menjaga ego aka pendirian kita sebagai lelaki, yang penting kita selamat di akhirat. nak hidup sejahtera di dunia, maka carilah ilmu dan jika nak hidup sejahtera di akhirat maka, carilah ilmu. kesimpulannya, kita perlu ada ilmu sebelum kita buat sesuatu, yang haram akan tetap haram tapi, yang halal susah dicari.fikir-fikirlah.

~agak-agak ada ke yang nak komen ek??~
~mr.thinker~

~smiling~

tiga hari berlalu tanpa sebarang kata bukan bermakna hati sudah bisu dalam menyusun kata-kata cuma lemas dalam kesibukan duniawi yang seakan palsu dgn diri sendiri.hahah, bermadah kata pulak. biasalah bila mana hati berbicara kadang kita telus dalam menyusun kata-kata tanpa sedar kata-kata ini mampu juga mencabar sesetengah jiwa yang tenang.aku bukan sekadar berkata malah aku juga berpesan, dimana pesanan ini bukan bermakna diri ini sempurna, tetapi melalui pesanan inilah, aku mulai mengerti tentang penilaian diri. bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.maka, samalah maksudnya juga jangan pernah mengaku beriman jika tidak pernah diuji.cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapi sisa-sisa ujian hidup yang telah disediakan olehNYA. tika mana aku berjalan, pasti bosan andainya dalam perjalanan itu, aku hanya berjalan lurus, mana mungkin kemurnian hati dapat dinilai melalui sedemikian rupa. maka, aku memilih untuk melalui jalan sukar, yang onak duri nya pasti menyakitkan lagi membunuh. sekali lagi, pemilihan ini bukan bermakna aku cukup hebat kerana tidak memilih jalan yang mudah tetapi kerana kau tahu, janjiNYA, tiada yang mudah dalam perjalanan ke jannahNYA. aku bukan hamba yang terbaik untuk ke sana, tetapi aku hamba yang sentiasa sedar siapa aku. aku sedar aku EGO. aku SOMBONG. aku KERAS KEPALA. tetapi sebagaimana kau dikurniakan 9 akal untuk berfikir dengan sendiri apa yang terbaik untuk dunia ku dan akhirat ku, maka, pasti aku akan melakukan sesuatu agar aku tidak pula terjerumus dalam kancah kehidupan dunia yang sepenuhnya lakonan kita semua. maka, ada juga perkara yang aku lakukan di luar kawalan aku keran aku sedar aku telah menyerahkan sepenuhnya hati dan jiwa aku kepadaNYA, walaupun aku sedar aku bukan sesiapa untuk berbuat demikian tetapi aku yakin DIA akan ada untuk aku. sekiranya, ada yang sedemikian rupa kiranya, maka, apa yang aku lakukan dan apa yang ditakdir pasti terbaik buat diriku.tersenyum aku seketika, bila mana, aku merupakan orang yang susah untuk diajar, ya, benar, aku susah untuk diajar. jadi, sabar lah dalam mengajar aku. tapi, aku tahu mama aku merupakan insan yang yerbaik dlaam mengajar aku kerana aku mampu untuk belajar. mengenali aku selama beberapa ketika bukan bermakna mengenali aku sepenuhnya, kerana kita takkan mampu mengenali dengan baik seseorang itu walau apa jua caranya. tapi, mampu juga kita dalam mentafsir bahwa sifat manusia ini sedemikian rupa, sedangkan dulu ketika ALLAH hendak menciptakan adam pun, masih menjadi tanda tanya kepada para malaikat. hahaha. tapi  tak mengapa kerana sifat manusia ini jahil, yakni tidak tahu, maka, aku pun ada sifat itu. sama-samalah kita belajar.

~aku tidak pernah belajar untuk menghina ibu bapa orang tetapi xsangka ada org belajar untuk guna ibu bapa dalam menilai aku~
~mr.thinker~

....smiles.....

kta kan mesti senyum aje walau apajadi kan, xkesahla benda tue berat ke, teruk gler ke, yang penting kan Allah da janji yang DIA xkan bagi apa yang xmampu untuk kite tempuh, jadi, confirmla, segala ujian yang kita dapat tue, memadai jer dgn keupayaan diri kita, jadi, xpyhla gelabah sgt nak kata kita kene lebih..hur, kdg2 terpk gak cemane ek semua tue membuat kita ckp yang kita nie kene uji teruk berbanding org lain??sedangkan itulah nikmat dan tanda DIA syg kat kita kan, tapi selalunya hati manusia ego dlm menerima semua tue kan..org kat timur tengah seronok2 jer leh perang sbb silap2 leh syahid, terbuka semua pintu syurga untuk org syahid.kite jela yang xtau lagi cemane nasib kita kat akhirat kelak.tapi dah sibuk nak claim ckp diri ini diuji bagai, kelakar..lagi satu perangai kita semua adalah kita suke ckp, 'saya dan tempuh dah semua itu, dah masak da'' hahaahha, kononnya nak ckp yang diri dah matang bagai lah, ah bnyk lalui perkara dalam hidup smpai dah xkesah dah yer dgn pa nak jadi ek?macam apae jer,padahal, umur baru setahun jagung, tapi dah berlagak kononnya dah tempuh mcm2 perkara,lupa nak gtau yang kalu betul kita nie org yang hebat, xperlau keluar dgn kata2,biar tindak tanduk menjelas segala.dan jgn nak ckp diri tue matang sgt, xde sape pun matang dalam dunia ini, semuanya hanyalah fikiran positif dimana set pemikrana yang baik terhadap sesuatu perkara. benda nie, semua org ada, budak2 main guli belakang umah pun tau cemane nak pk positif bila kalah main guli...so, kesimpulannya, xpayah nak bajet sgt..perkara kedua,selau jer org ckp kita buruk2 dan kita senyum konnnya nak tunjuk yang kita la plg penyabar tanpa kita sedari bahwa bila org ckp buruk2 kat kita bukan nak ckp kita la plg penyabar atau nak mintak kita sedar yang kita buruk, tapi bila org ckp cmtu bermakna dia nak kita pk sekejap, tentang siapa kita dan siapa dia, bukan nak kutuk sgt pun tapi cuma nak kita tahu yang kita ni ada buat silap.walau apa pun jadi tetap kena simpan dalam fikiran, fitrah manusia Allah jadikan lelaki dgn 9akal an perempuan dgn 1akal, jadi apa yang lelaki pk, xmungkin sam perspektif dgn apa yang perempuan pk, akan lain jugak walau cemane pun, even lain dari sudut pandangan apatah lagi takrifan. jadi, bnyk2la berfikir dgn betul.jangan cepat salahkan org dgn apa yang jadi, walau mulut hanya berbicara tapi ingat yang dunia ini bukan dalam kawalan manusia,alam semesta ini milik DIA, jadi, jgn lah cepat melatah sgt.her, dan lastly, saya minta maaf, bukan senang seorang lelaki nak minta maaf di atas perkara yang bukan salah dia.

~mr.thinker~

hari ini aku masih dalam perjalanan menuju ke arahNYA, tanpa disedari aku semakin mengerti tentang apa itu kehidupan namun, aku masih tetap terus belajar dan belajar agar aku bukan menjadi manusia yang bongkak dalam mengetahui semua perkara. sebenarnya bukan niat aku untuk mengetahui banyak perkara tetapi selalunya aku diberikan hidayah olehNYA untuk mengetahui beberapa perkara yang wajar aku tahu. bukan untuk aku menjadi manusia-yang-mengetahui-segala perkara tetapi selalunya aku sentiasa diberi petunjuk tentang apa yang akan berlaku.kadang-kadang aku sendiri keliru dalam menyatakan kebenaran tetapi selalunya apa yang aku rasa akan menjadi kenyataan, dan itulah ketentuanNYA.aku juga bukan pernah berniat untuk sentiasa menjadi sempurna atau meminta sesiapa untuk menjadi sempurna cuma kau selalunya akan menyatakan perkara yang wajar diketahui oleh semua dan sekurangnya aku tahu aku cuma manusia biasa yang hanya tahu apa itu kelemahan dan kekurangan.aku bukan berniat inginkan kesempurnaan tetapi aku cuma menyatakan.kadang-kadang DIA anugerahkan kepada kita tentang segala perkara dan tiada satu tangan pun dapat menghalangnya, dan bila mana DIA hendak menarik segala sesuatu, tidak ada satu tangan pun yang dapat membantu.jadi, segaal perkara berlaku di luar jangkaan dan kawalan kita, jika dulu semuanya bahagia tika mana DIA kurniakan kebahagiaan tetapi sekarang, segala lesap kerana kebahagian itu ditarik.yakinlah bahawa setiap sesuatu itu pasti ada sebab dan kenapa ia berlaku.aku cuma mampu untuk meminta maaf di atas segala kata-kata aku yang tiada terniat di hati apatah lagi di bibir.cuma kau sentiasa harapakn yang terbaik buat kalin semua walau di mana kalian berada. aku sudah cuba sedaya upaya aku untuk membuat kalian bahagia tika mana kalian berada bersama aku dan aku memohon maaf jika kebahagiaan itu tidak dapat aku kekalkan. perjalan hidupa ku ini bukan selamanya, malah aku tahu setiap saat malaikat maut menanti aku untuk ditarik kembali segala perkara yang telah dipinjamkan. jadi, thanx ya kepada semua, aku tahu aku juga tidak sempurna jadi aku tidak perlu untuk meminta kesempurnaan.jadi thanx and sorry.....

~ditulis untuk semua yang membaca~
~mr.thinker~

there is a story of a friend who really care and appreciates a friend. until the day he die, he,will serve for friend and only for friend he will die. this is not a story of a man with rifles waiting to die in a dessert. it is about the sacrifice and willing to do anything or everything to ensure that a friend is always in happiness. every time a friend fall down, he will be the one who ask the friend to stand again. every single time the friend cry, he will be the one who always be the one who lend his shoulder. he never hope anything, just the happiness to a friend.

the little angle come and said that i was living in a dream that this would never happen, i know that it will happen. i never will say that i will get it true but i will go trough it no matter how. a friend will always care about his friend no matter how and why, just because a friend. and a friend would always forget about their friend just because its just a friend. all those things make a friend being more stronger to say that, i will care of you, friend.

 sometimes, we always will say that they just friend, nothing special and nothing different between them without considering that each of friend care about their friend and they will never be the same to each other.be friend to a friend and appreciate a friend before you lose a friend.

bila mana kita mula berbicara tentang cinta, ramai akan tertanya, "wah, dah pandai sekarang kan nak ckp hal2 cinta aje" hahaha, kadang2 dan selalunya memang kelakar apabila kita bincang pasal benda alah nie, common sense laki would not discuss it clearly and yet still keep it as a mess thing. i mean, lelaki lar... haahhaha, main2 aje...


kadang2 aku sendiri pk apabila benda2 mcm ni datang dlm hidup aku,tapi persoalan nya, pernah ke sebenarnya cinta ini datang dalam hidup aku? hahah, entahla, sayang mungkin tapi kalau cinta rasanya hanya untuk DIA YANG MAHA MENCINTAI. tapi, kdg2 aku pk gak, kenapa ALLAH selalu bg aku ujian hidup yang aku sedari mcm sama aje, seolah DIA sedang mnyiapkan aku untuk satu ujian yang bakal mendatang kelak, hnya DIA YANG MAHA MGETAHUI. ....

aku selalu gak usha2 blog2 muslimah dan muslimat untuk mgtahui perkara yang belum aku tahu, dan selalunya bnyk perkara yang aku telah perolehi dari blog2 ni, dan ini selalunya yang aku jadikan semangat untuk aku hadapi beberapa perkara dalam hidup.. aku juga tahu prinsip hidup aku, sekali aku melangkah ke depan, aku akan terus melangkah, tiada patah balik cuma sesekali aku akan menoleh ke belakang untuk melihat langkah aku, jadi, sekali aku bergerak, jangan pernah minta aku untuk patah balik.. sekian...

aku tertarik dgn satu kisah cinta yang menggamit naluri kelakian aku, tentang kesetiaan seorang wanita dan kesetian seorang lelaki tapi tanpa disedari, hnya kerana ego, segalanya musnah... doakan supaya cinta mereka bersatu, kerana nmpk jodoh hadir sentiasa bersama mereka...

ada juga pasangan bercinta tapi ibarat sgt memahami, walaupun jarak dan waktu memisahkan mereka, seolah hati mereka telah ALLAH satukan dalam keadaan yang aman dan terpelihara dari sebarang gangguan syaitan.. tiada apa jua perasaan yang bakal menghancurkan mereka, yang ada cuma kesetian, kepercayaan dan kasih sayng hanya kerana ALLAH dan mereka berserah jodoh itu padaNYA..


hahah, mama selalu ckp yang anak lelaki dia ni dah besar, xlama lagi bolehla mama dapat menantu tapi pada hakikatnya, aku xrasa lagi yang aku bersedia ke atas itu, ya, mungkin aku sedang bersedia tapi untuk aku merasa benar2 aku jumpa yang benar, entahla, hati aku masih dalam genggamanNYA.... hanya DIA yang tahu tika man aku akan mula untuk menyerahkan sekeping hati ini kpd seseorang yang aku sendiri pun belum yakin dan pasti malah tahu siapa orgnya....

aku suka untuk mengenali mereka yang lebih berumur dari aku kerana mereka punya bnyk prinsip dan pengalam hidup mereka. kdg2 nak tergelak juga aku dgr prinsip mereka yang pada akhirnya membunuh diri mereka. kdg2 semua org bajet yakni menganggap diri mereka matang dan berfikir dgn baik dalam membuat kptusan. kdg2 mereka terlupa dan silap bahawa ALLAH jadikan manusia atas muka bumi ini secara berlainan jantina dan berpuak2 supaya kita belajar dan melengkapi, tapi sayangnya orang xkan pernah belajar melainkan mereka diajar....

nikah ini ibadah, tiada istilah mendahulukan orang lain dalam ibadah. bermakna, sekiranya sudah menjumpai yang tepat untuk dijadikan teman dunia akhirat, maka bertangguh nikah itu sama seperti menangguh ibadah.yang penting harus mengikut syariat agama, landasan yang benar dan tepat, bukan semain mengikut akal fikiran sendiri. kita punya adat dan adab, maka gunakan sebaik mungkin...

~hari ini mendung~
~mr.thinker~

today is 16 may 2012, meaning that today is my mom and father day, they had been in teaching for some time and now still the one who is been there. heheh, selamat hari guru mama and not to forgotten my dad also, lpas nie cube2lah berusaha menjadi guru yang berdedikasi and the best one, mama and abah adalah guru yang terbaik dalam mengajar kami adik beradik.... heheh,

~dgn harapan, mintak2lah aku xpyh jadi guru dah~
~still bad fever with selesema~

today, unbelievable thing occur happened when i fallen sick. i dont know why since when the last time i was not sick and today, i like a baby without any strength to stand up. yeah, to forget something sometimes need us to sacrifice something and me, sacrifictions is worthless.

waking up this morning, i got a heavy headache with a bad feeling, i dont know, coz of what. but, i think it should be stop. i lost my credibiliti already. i forgot.

yeah, i love to frens with them but the reason is they dont want to have fren like me. hahaha, how stupid i am.. they are running leaving me while i am running chasing them juz because they definitions of fren to everyone is different. for me, fren is special, fren is myself. if fren is bad then it reflect me as bad...

ok the, i let they run away, as they wish..

sayonara everyone whose running...

bye2..

ya Allah, tanpa sedar dah 2bulan aku meninggalkan blog ini tanpa sebarang nukilan dan kata-kata. hahah, cepat sungguh masa berjalan, dan segalanya bagaikan berputar semula dan aku mula mencari kembali blog yang dah pun aku tinggalkan ini. ada orang cakap yang kalau kita tinggalkan orang, kita kan menyesal satu hari nanti tapi sebenarnya kita tidak harus rasa sedemikian rupa kerana segala takdir iru telah dirancang. apa yang terjadi kadang2 dan selalunya di luar jangkaan kita sebagai manusia, tanpa kita sedar kadang2 kita seakan memprotes dengan takdir yang telah ditulis untuk kita, ikut suka hati kita je nak ape, minta tanpa kita pernah berfikir dengan apa yang kita memberi. kadang2 kita rasa yang kita tidak salah tanpa kita sedar yang kita salah dan kadang2 pula kita betul tapi kita masih merasakan yang kita ni salah, jadi apa yang patut dibuat??? itulah konsep iman dan takwa yang sebenar yakni yakin dan percaya. segalanya tertulis dan tidak akan terlewat walau sesaat, tetapi kita juga perlu untuk harus tahu yang DIA juga bersifat MAHA MENGKEHENDAKI, maka tinggalah kita dengan secebis doa kita untuk apa yang kita nak... dah lama jari ini tidak menype jadi mungtkin sebab itu juga lah hari ini jari ini pula mengeluarkan kata2, bukan niat untuk menuding jari kepada sesiapa kerana tiada siapa tahu akan nasib mereka kelak, tapi lebih elok kalu rasanya aku sendiri menilai diri dan hati aku samada berada dalam keadaan baik mahupun tidak tapi rasanya denga keadaan jari pula yang mengeluarkan kata2 maka, jawapannya pasti tidak. semua orang berkata bahawa orang sekeliling kita merupakan cermin kita tapi hakikatnya diri kita adalah keputusan kita, jadi apa sahaja keputusan yang telah dibuat, percayalah dan yakinlah. jangan pernah rasa ragu dengannya, pernah aku katakan dulu jika sesiapa datang dalam hidup aku akan aku hargai dia sebaik muingkin bagaikan dia nyawa, tetapi sekali dia melangkah keluar, tolonglah jangan datang lagi, jangan buat aku jadi lelaki yang paling baik atas muka bumi ini dengan sanggup menelan buat peria yang pahit 2kali, cukuplah.. terima kasih kepada semua dan semua yang telah dan pernah hadir dalam hidup aku. yang masih ada teruskan ada, dan yang telah tiada, pergilah kamu denga kehidupan yang lebih baik kelak di sana tanpa aku, dan aku pun mungkin lebih baik tanpa kamu.

akhirnya blog ini terisi kembali......
~mr.thinker~

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.