liku-liku hidup di tempat baru seakan mencabar tahap kemampuan aku untuk terus berdiri sendiri, menguji apakah aku mampu untuk terus berdikari sendiri tanpa bantuan sesiapa melainkan hanya DIA. namun, segalanya pasti ada sahaja cubaan hidup yang membuatkan hati dan iman ini semakin goyah dalam diam. merangkak perlahan dalam mencari rentak baru hidup untuk Azzam sememangnya membuat hati Azzam sentiasa bertaubat.

meniti sehari demi sedetik yang berlalu membuat aku lebih belajar tentang ilmu ALLAH, kini aku lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan yang hanya sebentar sedetik ini. selangkah demi selangkah langkah berjalan mengenali semakin ramai mereka dalam kehidupan mengajar aku tentang pelbagai perkara.gelak aku dalam diam kerana dalam kekautan kudrat diri mencari secebis kasihNYA, kadangkala tersungkur jua di hadapan pentas dunia.

hari ini, cuti hujung minggu, jadi masa ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran aku yang kian nya makin jauh meninggalkan aku. namun, segalanya tidak mustahil, pasti mudah dengan bantuanNYA. dalam asyik leka aku melihat segala ilmu yang terkandung dalam senaskhah bukuan itu, jari ku laju menaip satu lagu yang mungkin belum pernah aku dengar selama ini. Azmeer yang kebetulan berada di sebelah aku, melihat sahaja kelakuan budak kampung ini. agak pantas jarinya dalam menaip semua itu.  sesudah itu, satu lagu yang agak menenangkan jiwa kedengaran dari laptop milik Azmeer.


lagu ini membuat aku teringat tentang erti cinta sebenar, maksud inginkan teman sebenar dan erti penghargaan sebenar. Azmeer hanya melihat keletah aku dalam melayani lagu yang mungkin agak mustahil untuk aku dengar, yakni lagu yang berkaitan dengan cinta. aku cuma tersenyum kepada Azmeer. Tuhan berikan aku cinta, aku juga berhak bahagia. apakah segala maksud yang terkandung dalam secebis lirik itu? berlatarkan sebuah filem yang sangat membangunkan jiwa nurani, mengajar erti ketabahan hidup, apakah segalanya memberi secebis makna? lelaki dalam watak itu juga bernama Azzam, sama dengan nama aku, jadi apakah aku berhak untuk tabah sepertinya,atau adakah itu hanya watak dalam sebuah permainan lakonan?

aku jadikan secebis itu sebagai kekuatan aku buat seketika. aku terdiam di tepi Azmeer. Azmeer melihat perubahan emosi itu, lantas menutup lagu tadi dengan menukarkan ia kepada muzik video yang lebih ceria. aku cuma tersenyum hambar. aku serahkan segalanya hanya kepada takdir.

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.