berdetak-detak degupan jantung melalui saat-saat waktu yang dipinjamkan oleh yang MAHA KUASA.setiap saat itu mampu untuk jadi saat-saat terakhir untuk aku, setiap masa itu mampu menjadi kenangan terakhir untuk aku. bukan untuk bermadah kata mahupun bijak berkata-kata. tetapi inilah hakikat yang harus setiap dari makhluk terima.

siapa kita untuk menentukan hari esok sedangkan perkara sesudah jari ini menaip pun belum pasti akan apa yang terjadi. merenung kepada nasib diri, hati hanya mampu menuturkan kata alhamdulillah dengan rasa rendah diri yang teramat hina. lidah mapu mengeluarkan kata-kata yang meberi semangat kepada sesiapa sahaja tetapi janji itu hanya ALLAH yang mampu tunaikan tanpa rasa ragu-ragu lagi.

saat demi saat yang berlalu membuat aku lebih mengenali siapa diri aku, membantu aku mengawal apa yang ada dalam diri aku, memberi aku lebih peluang untuk menghargai diri aku, hati aku dan jiwa aku. aku sedar aku bukan sesiapa yang mampu untuk merubah apa yang ada tetapi aku percaya bahawa ALLAH sentiasa ada bersama hamba-hambaNYA dan aku adalah hambaNYA. segalanya itu datang dari ALLAH dan kepada ALLAH segalanya akan kembali.

berada di sini sehari lagi seakan memberi aku satu peluang baru untuk aku meneruskan kehidupan aku di atas muak bumi ini. walaupun aku tahu aku pasti akan di uji dengan segal yang ada di sekeliling aku, tapi aku juga yakin bahawa semua itu datangnya dari ALLAH yang pasti mempunyai hikmah yang terselindung. bagaikan merangkak dalam kegelapan aku mencari satu nur kasih yang mampu membantu aku menyinari kehidupan aku yang sangat serba kekurangan ini. segala cahaya, hidayah dan petunjuk yang datang dalam hidup aku kadangkala tanpa aku sendiri sedari. aku berdoa agar jika hadayah itu sampai, jangan pula aku dipesongkan kembali.

bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH, bersyukur keran aku msih diberi segala nikmat yang membantu aku mengenali diri aku dan alam yang indah terbentang ini. bersyukur di atas segala nikmat kurniaan ALLAH yang tiada tolok bandingan. bersyukur di atas kesempatan yang masih diberi di atas segala kesempitan dan kesulitan. moga ALLAH menjaga apa yang ada dengan aku dan bersama aku.

aku pernah berkata dalam entry aku yang lepas, bagi sesiapa yang hadir dalam hidup aku, akan aku hargai sepenuhnya dan sebaiknya. hubungan yang terjalin itu hanyalah semata-mata kerana ALLAH, kesucian hubungan itu janganlah dicemari dengan segala fitnah dunia. tapi, sekiranya aku sudah mula di salah anggap dan di salah ertikan, maka, pergilah dari hidup aku keran fitmah itu mampu membunuh dan menggangu hidup aku. YA ALLAH, jauhkanlah aku dari segala fitnah dunia. dan sekali kamu pergi dari hidup aku, maka cukuplah hubungan kita sebagai saudara sesama islam.

mungkin aku ini teralu baik dan baik ini di salah ertikan. aku minta maaf. salam

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.