bismillahirrahmannirrahim, assalamualaikum.

semata untuk tidak menghilangkan kebiasaan menulis, aku menulis kembali.

aku tak ingat sejak bila aku mula berjinak dalam bidang blogger sampaikan aku type apa yg aku nak, tulis apa yg ada dlm fikiran aku, dan luah ape yg aku rasa perlu.

sekian lama aku menghilang dek kerana sibuk menguruskan perkara yg bukan urusan aku dan kini aku menulis kembali setelah aku rasa aku perlu untuk urus hidup aku.

tapi, xpe, sbg permulaan, kita mulakan sesuatu dgn perlahan dan steady.

mungkin ini je kot untuk permulaan, btw, mmg pendek.

later kita bicara lagi.

~mr.thinker~

I will promise you I will live while my eyes only seeing you
I will promise you I will live while my arms embracing you

From I awake in the morning until I fall asleep Ill only think of you
Love Dont forget this word I Love you Forever

On the hot summer day Ill provide shade for you
On rainy day Ill be your umbrella

While you exhausted from walking, Ill be your little chair
While laughing, Ill let you have a double happiness. Were laughing together

While crying, Ill be a towel absorbing your tears
I will promise you I will live while my eyes only seeing you

I will promise you I will live while my arms embracing you
From I awake in the morning until I fall asleep Ill only think of you

Love Dont forget this word I Love you Forever
Were like Coffee & Doughnut

You who give me happiness My Special
Every day, if lack of Energy that is Emergency

You like a happily sweet wind that blowing to my life
Im keeping my love from a little bit every day

Itll all give to you when were together

I will promise you Wherever I live, Ill remember only you

I will promise you Whatever I do, Ill remember only you
Ill embrace you in my arm forever

Love Dont forget this word I Love you Forever
Yes A.N.JELL why here I will promise Just do it Girl

Expressing LOVE which word is important
My heart beat from the left chest will tell you

One step Two step Three and Four Ill gradually move to your side

The word like waiting for me I cant say that I will take you

I will promise you Wherever I live, Ill remember only you
I will promise you Whatever I do, Ill remember only you

Ill embrace you in my arm forever
Love Dont forget this word I Love you Forever

cerita disambung...

Kelu rasa di lidah tatkal disapa sedemikian rupa oleh seorang perempuan yang tidak aku kenali, namun hanya senyuman mampu aku hadiahkan tanda kesenangan hati yang dia telah tunjukkan pada aku. dek kerana ego untuk menyapa kembali, mata aku menatap buku yang berada di hadapa aku ini kembali. rasa juga getar tatkala disapa dia namun, baik aku diamkan saja kerana takut pula dilayan perasaan kelak. beberapa ketika kemudian pensyarah biologi kami melangkah masuk dengan penuh semangat dan iltizam untuk memajukan anak bangsa. aku turut merasa bahang semangat yang dibawa oleh puan zuraida ke dalam kelas kami. pelajaran diteruskan, namun aku masih seolah tersekat dengan apa yang ada dalam fikiran aku, seolah semuanya sekadar berada di atas angin, menyapa sepi.

Jam di tangan sudah menunjukkan 1 tengahari, perut yang sudah biasa diisi mengikut masa yang tetap meminta untuk diisi. langkah kian lemah dek kerana bahang mentari yang kian memancar, namun, aku kuatkan juga langkah ini untuk ke kafe yang berada di kolej kediaman. tepat jangkaan aku, sememangnya waktu sebegini memang kemuncak kerana setiap orang memerlukan keperluan yang sama iaitu, makanan. dengan langkah yang malas nak tunggu untuk makanan, aku berpatah balik ke arah masjid, mungkin di sana aku akan dapat makanan juga, iaitu makanan untuk jiwa ini.dengan keyakinan yang tinggi, aku berpatah balik dengan wajah sedikit hampa, namun, apa nak dikata, itulah lumrah kehidupan,setiap orang akan kejar benda dan perkara yang sama, hanya yang berani sahaja akan mengambil jalan yang sunyi.

seperti berlawanan arus, majoriti pelajar sedangmenuju ke kolej kediaman masing-masing atau ke kafe yang terdekat, seolah semuanya sedang berlumba dengan masa. tapi aku, masih dengan tenang seperti membiarkan sahaja waktu dan masa memintas aku yang semakin perlahan dengan rentak ini. apa perlu aku fikirkan, setiap perkara aku yakini akan ketentuan dan takdirNYA,maka aku yakin dengan jalan ini walhal ia seakan meragut keyakinan aku setiap kali aku dipintas masa. akhirnya setelah pelbagai perkara bermain di fikiran, aku sampai juga ke sebuah bangunan yang tersergam indah secar semulajadi iaitu masjid. ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata membuat hati merasa sejuk dan nyaman serta-merta. langkah disusun, wuduk diambil dan solat didirikan dengan penuh pengharapan,namun,seperti ada sesuatu yang menggangu hati ini,mungkin juga perkara yang bakal terjadi kelak.

Selesai solat, kelihatan beberapa pelajar yang lambat membuat saf baru di belakang, itulah hebatnya ukhuwah kerana walaupun tidak mengenali tapi, kami boleh solat bersama-sama. aku tersenyum sendirian. seperti yang lain, aku juga bersiap untuk kelas. aku berjalan menuju ke kelas. Dari belakang terdengar suara, 'HAI!!'. terhenti aku seketika lantas menoleh ke belakang kerana suara seakan sama seperti aku dengari tadi. memang benar, berbekalkan gaya yang sama, suara yang sama, dan teknik sapaan yang sama, haruslah datang dari insan yang sama. aku tersenyum. dia menyambung,' nak pergi kelas ke?'. aku mendengar soalan itu, aku tersenyum, 'haruslah nak pergi kelas, tapi kalau boleh ponteng ni, best juga petang-petang ni.' jawapan paling biasa diberi orang kalau ditanya soalan sedemikian,maka aku pun sama lah. 'Btw, nama aku shamerizal, kau?' aku cuba untuk memberi respon dalam sapaan kedua dia.spontan dijawabnya, 'panggil saja miqa.'.aku mengangguk tanda faham namun, reaksi muka pelik aku dengan kening dikerutkan sedikit,mulut mengherot dan mata meliar seolah tak dapt dipisahkan. kami tergelak sendiri dengan reaksi kami.. langkah diteruskan ke kelas. mungkin juga ini satu perkenalan yang biasa atau mungkin ia bakal menjadi episod, tak siapa yang tahu.

Hari itu berlalu seperti biasa,dan aku merasa tenang belajar dalam suasana sedemikian rupa, yakni belajar dan belajar. apa yang aku mampu buat hanya belajar supaya aku menjadi pelajar. nilai yang aku sendiri pegang pada ketika itu ialah, belajar dan menjadi pelajar.tatkala jam menujukkan jam 5 petang, aku melangkah pulang.terasa penat minda tatkala seharian belajar,atau mungkin juga minda aku masih belum biasa dengan keadaan sedemikian rupa.balik ke bilik, melihat katil yang seakan memanggil memaksa diri ini untuk rehat seketika,namun, desakan kerja yang menimbun di atas meja, memaksa juga aku untuk bersengkang mata duduk di atas kerusi dan menyiapkan mana yang mampu.

~bersambung~

teringin untuk aku kisahkan satu cerita kepada semua. satu kisah yang mungkin tidak pernah aku lupa sehingga sekarang. yang mungkin pada suatu masa dulu, sekadar satu episod yang tidak perlu dalam hidup aku, tapi, ketahuilah,perkara paling jauh dengan kita adalah masa silam dan andai dapat aku undur semula masa aku, aku akan undur semula masa aku untuk kisah ini. supaya aku ada sentiasa. cerita bermula....

Susah. kata pertama terbit dari bibir aku tatkala melihat buku yang terpampang ilmu dan isinya di hadapan aku. namun, semangat waja dalam diri masih lagi kekal untuk terus mencuba tanpa ada rasa bosan walau sedikit. pagi ini terasa keheningan dan kedamaian, namun, seawal jam 0700 pagi, sudah ramai pelajar yang memulakan gerak langkah untuk rutin harian mereka. seperti biasa, pagi tadi aku pun masih melakukan perkara yang sama seperti dahulu. banagun pagi dan pastikan segalanya dalam keadaan sedia dan kemas. disiplin yang pernah diterapkan dalam diri ini masih lagi kekal dan segar di ingatan. bak kata orang, ada banyak cara untuk kita belajar sesuatu dan aku belajar banyak perkara dengan cara kekerasan. mungkin dengan cara itu yang berkesan untuk diri ini yang manja kot.

Aku berjalan turun dari tingkat dua bangunan asrama itu, menuju ke kafe yang berada paling dekat dengan bangunan ini.dengan kekemasan yang sedia ada membuat diri yakin untuk melangkah dan berjalan. jadi, wajarlah ramai berkata keyakinan ini datang dari luaran yang kemas. aku agak yakin orangnya. sesudah makan makanan yang bagi aku cukup untuk aku teruskan kehidupan, aku sambung perjalanan dengan lagak seorang yang yakin dengan arah tuju hidup. yang kelakar, dalam diri ini, hanya ALLAH saja yang tahu betapa kau tawakal kepada dia. ramai kelihatan pelajar lain yang turut mengambil langkah seperti aku, mungkin juga untuk mengejar sesuatu yang mereka sudah yakini atau mungkin juga mereka terpaksa mengejar sesuatu jika mereka inginkan. dan aku, masih tenang berjalan menuju ke arah kelas aku.

hari itu, melangkah ke kelas dengan semangat yang ingin menguasai apa yang patut aku faham tanpa aku sedar bahawa ilmu ini milik ALLAH, maka minta lah hanya dari DIA. tapi, tak mengapa, ketika itu aku masih belum belajar apa itu belajar yang sebenar. dengan muka yang agak tenang, aku melangkah masuk dalam kelas yang masih sunyi di awal pagi itu,kerana masih belum ramai yang memenuhi kelas itu. kelihatan, beberapa orang pelajar perempuan yang sedang menelaah buku sambil makan sekeping roti. 'rajin jugak budak ni' cetus hati aku sendiri. namun, untuk apa aku pedulikan mereka. lantan, aku mengambil tempat di barisan hadapan dalam kelas tersebut, dekat dengan meja guru. aku juga kurang pasti apa motif tindakan kau untuk duduk berhampiran dengan meja guru, munkin juga untuk memudahkan aku bertanya kalau ada perkara yang aku kurang faham. mungkin.

kelihatan, beberapa pelajar lain mula lalu di hadapan kelas aku dengan bermacam gaya serta reaksi yang memberi aku pelbagai tafsir. ada yang lalu dengan senyap dan tenang. ada juga yang bising. tak kurang juga dengan gaya pelajar rajin belajar, makan dengan nota di tangan. aku tersenyum sendirian dengan jawapan yang bermain di fikiran, setiap orang ada gaya tersendiri. pintu kelas aku sendiri mula ditolak, kelihatan seorang demi seorang mula melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka yang segar. ada juga muka yang aku sendiri belum kenal, al maklumlah kami baru saja kenal antara satu sama lain. aku diamkan dan biarkan sahaja.

kali ini, pintu ditolak dengan lembut, seorang perempuan melangkah masuk. aku tak hiraukan pun. tapi kelibat ini adalah kelibat yang belum pernah lagi aku lihat sebelum ini dan gaya perempuan ini yang seakan kekok menambahkan keyakinan aku bahawa ini bukan pelajar yang kebiasaan ada dalam kelas aku. dari  mata yang meneliti ke buku, mata aku terarah memandang ke pintu, niat di hati ingin melihat siapa gerangan yang datang melangkah masuk ke dalam kelas aku. 

tepat jangkaan aku, ini bukan pelajar kebiasaan yang ada dalam kelas aku. aku sekadar tengok dengan wajah yang berkerut menandakan aku tak mengenali dia. tapi, apa gunanya, tak penting pun aku kenal atau tidak, bukan kelas itu hak aku yang tentukan siapa dibenarkan masuk atau tidak. tapi kali ini, muka aku betul-betul seolah ingin menyatakan bahawa kelas itu kelas aku. ego betul. aku terdiam memandang dia yang seakan kekok sebaik sahaja menolak pintu tadi, mungkin juga dia sedar tindakan dia telah menyedarkan mata-mata yang berada dalam kelas itu untuk memandang dia. 

dengan wajah bersahaja mahu menahan getar di hati dia, dia tersenyum dan dengan senang hati, ' HAI', ucap dia kepada aku yang sedang memandang dia. mungkin aku satu-satunya lelaki yang berada dalam kelas itu, jadi wajarlah aku yang mendapat sapaan dari dia. aku tergamam dan kelu. kenapa? aku sendiri pun tak mengerti. cuma seingat aku, aku hanya diam dan senyum. berserta dengan reaksi yang masih mengatakan 'siapa kau?'. kelakar rasanya reaksi aku ketika itu.

~sambungan~

 


~semoga dapat dikongsi bersama, sangat cantik alunan suara dan irama yang dialunkan~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik”
SOLAT KHUSYU'“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., berada di rumah Sayyidina Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayyidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut berada di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata: "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Umar r.a. berkata: "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Usman r.a. berkata: "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina 'Ali r.a. berkata: "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Fatimah r.ha.berkata: "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata: "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata: "Menegakkan ciri-ciri agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Begitulah ucapan-ucapan yang diutarakan oleh Allah taala, Malaikat Jibril alaihissalam, Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat r.anhum yang menggambarkan bahawa matlamat hidup seseorang ciptaan Allah taala, khususnya manusia adalah semata-mata penghujungnya untuk menegakkan Agama Islam di atas bumi ini.

Amat malang bagi seorang manusia yang berlatar belakangkan agama meminggirkan matlamat ini, seolah-olah tidak memahami matlamat ilmu yang dipelajarinya. Mudah-mudahan kita semua bermuhasabah selagi umur masih ada ni,

bismillahhirrahmannirrahim....

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yanga da untuk membaca bagi menjana pemikiran yang hebat dalam diri anda semua..

hari ini, kita akan mula berbicara tentang mengejar dan dikejar. sebelum itu, marilah kita semua menadah tanagn untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dan diberikan kepada kita dari sejak kita lahir sehingga hari ini. menjadi manusia yang masih sihat untuk bernafas pada hari ini bukan perkara yang mudah kita semua sedangkan kita tahu bahawa nyawa kita sentiasa dalam catatan malaikat maut untuk menanti dan tidak akan lambat walau sesaat..

kita mula berbicara tentang mengejar dan dikejar, dari pelbagi sudut dan rutin bicara tersendiri..

mengejar adalah apabila kita ingin mendapatkan sesuatu dan ingin menjadikan sesuatu itu milik kita dan bersama kita tanpa kita ketahui atau peduli apa jua perkara itu.. lebih juga kepada tamak kot yakni sifat yang tahu nak saja tanpa fikir pun kelebihan dalam memiliki perkara itu.. sesuatu itu boleh jadi apa saaj termasuk perempuan, pangkat, kekayaan, pengaruh dan juga barang mainan? hahah, terpulang kepada pentafsiran masing-masing, jadi yang penting sekarang adalah kita mengejar perkara itu untuk tujuan kepentingan peribadi. bagi insan yang menggunakan akal yang telah dikurniakan dengan baik oleh DIA, maka akal ini seharusnya lebih bijak dalam berfikir.

tapi, selalunya perasan tak, selalu sangat bila kita kejar sesuatu perkara, for sure kita tak dapat benda tue. dan semua akan berakhir dengan rasa penat semata coz mmg at last tak dapat pun perkara yang kita kejar tue.. ini lah yang dimaksudkan ole ALLAH, bahawa DIA mengetahui apa perkara yang tidak kita ketahui.. kenapa yer?? coz, time kita kejar benda tue, kita kemain put all our efforts kepada perkara tue, tapi bila kita tak dapat, kita akan rasa kecewa yakni, kita terus emotional down.. tapi, agak2 lepas beberapa ketika, selalunya kita akan ditunjukkan hikmah kita tak dapat perkara itu.. macam contoh kalu kita dapat perkara itu, mungkin kita akan lebih lalai atau erti maksud mudahnya sibuk... bila kita sibuk, kita makin lupa ALLAH, ALLAH syg kita, jadi ALLAH selamatkan kita.. cmtu la pentafsiran aku dalma spek mengejar ni...

dalam aspek dikejar pulak, kadang-kadang bila kita tak amek kesah tentang sesuatu perkara, kita akan selalu sgt dikejar dalam perkara itu.. terus kepada contoh tentang apabila kita tak nak untuk join mana2 program atau organisasi, kita selalu akan dicari bagi join program atau organisasi tersebut...macam kena paksa pun ada, makin tak nak, makin dicari....hhaha

terus kepada kesimpulannya adalah, semakin kita mengejar dunia, akhirat akan tinggalkan kita... tapi jika kita mengejar akhirat, dunia akan terhegeh-hegeh mengejar kita. jika ALLAH tetapkan sesuatu yang tidak kita sukai, yakinlah, pasti ada sesuatu di dalamnya yang terbaik untuk kita hadapi.. jika kita dapat apa yang ALLAH suka, kita akan disukai, tapi jika kita dapat apa yang ALLAH benci, kita juga kan dibenci oleh sekalian alam dan seisinya...

aku emndapat pengajaran di awal sem ini dan aku perasas, tiap kali sem mesti akan ade perkara sebegini datang mengji iman aku, jadi aku jadi semakin yakin dengan ketentuanNYA bahwa, pasti DIA sedang merancanakan sesuatu yang jauh lebih baik untuk aku kelak, jangan mengaku beriman kalu belum pernah diuji..alhamdulillah..

sekian,
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim..
assalamualaikum kepada semua..

the best thing ever to be speaking here today is about experiences vs memory...

ramai juga yang menegur saya, katanya kenapa mesti blog di upload dalam bahasa inggeris? saya dengan ini meminta maaf lah, kerana bukan niat untuk mengangkat mana-mana bahasa dan merendahkan bahasa lidah melayu saya, cuma dunia hari ini, meminta kita untuk mempelajari bahasa perantaraan ini, sedangkan di akhirat kelak pula, bahasa quran bakal digunakan, jadi jika kita menjadi orang yang berfikir tentang dunia dan akhirat, maka persiapkanlah diri kita dengans egala perkara yang perlu supaya kita menjadi orang yang mampu menghargai dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan dipinjamkan.

berbalik kepada topik asal kita pada hari ini yakni, experience vs memory atau dalam bahasa kita, adalah, pengalaman vs kenangan. saya menggunakan bahasa saya bersama kefahaman saya tentang apakah yang bakal saya kupas pada hari ini tanpa merujuk kepada mana-mana buku atau bhan rujukan kerana bagi saya blog adalah tempat untuk kita meluahkan idea dan pendapat kita sendiri..

pengalaman, merupakan perkara lepas yang masih terpahat dalam ingatan kita dan juga merupakan perkara yang tidak akan kita lupakan walau kemana jua kita melangkah dalam hidup kita.

sedangkan kenangan juga merupakan perkara yang sudah lepas dalam hidup kita dan juga merupakan perkara yang tidak akan mungkin akan di padam oleh ingatan kita walaupun kenangan itu bakal tercipta lagi.

jadi, apa bezanya? apabila dibaca, seolah membawa kepada maksud yang sama dan seolah tidak memberi apa-apa perubahan. cuaba lah bagi sedikit pendapat dan perbezaan, untuk saya, saya akan huraikan, tapi kepada para skoder sekelaian, anda juga di benarkan untuk komen...

bezanya antara dua perkara yang seakan sama ini adalah tentang aspek kita mengingati samada pengalaman atau kenangan. pengalaman berkemungkinan besar tidak akan dilupakan sepenuhnya dalam hidup kita kerana pengalaman seolah memberi kita suatu pengharapan, pengajaran dan penegenalan tentang kehidupan dan kita belajar sesuatu dari dalamnya. manakala, kenangan adalah perkara yang kita sendiri cipta samada baik atau buruk atau kurang baik atau kurang baugs. dan selalunya, kita cuma akan mengingati perkara paling manis pernah terjadi dalam hidup kita dan juga perkara yang paling pahit terjadi dalam hidup kita, betul tak?? tepuklah dahi, tanyalah ingatan kita.

contoh????

apabila berbicara tentang contoh adalah perkara paling digemari kerana melalui contoh atau umpamanya mampu membuat kita faham tentang sesuatu konsep yang cuba kita faham dalam diri kita. dalam bahasa lain kita juga boleh gunakan sebagai perumpamaan, analogi, kiasan atau sebagainya.

bagi pengalaman pula yang membezakan antara pengalaman dengan kenangan adalah, pengalaman sesuatu yang kita ingat. contoh, ketika kita hendak mula-mula belajar naik basikal dulu. dengan berbekalkan basikal yang ada 4 roda, hasil modal merajuk dan menangis minta dengan ayah atau ibu sesudah gagal minta dengan nenek. kita dapat, dan kita terus belajar untuk naik. makin lama, kita menjadi semakin pandai naik basikal dan dari situlah keyakinan kita sebagai manusia yang bertamadun mula tumbuh. kita minta pula pada abang kita untuk tanggalkan roda kecil yang dipasang sebagai penyokong. abang kita pula yang ketika itu baru berumur tadika, memulakan tanggungjawab sebagai seorang abang untuk menjaga adiknya dalam memenuhi permintaan seorang adik. dan akhirnya, basikal selesai dan kita mula naik terus mengayuh. tapi, kerana silap percaturan, maka kita jatuh sesudah kayuhan ketiga kerana hilang kawalan. itu sebenarnya pengalaman, kerana kita belajar sesuatu di dalamnya.dari sudut aspek abang kita pula, dia juga mendapat pengalaman baru, kerana mencabut tayar roda kecil basikal adiknya. faham?

tentang kenangan pula, kita guna perkara paling mudah iaitu putus cinta. sesudah kita pandai mengayuh basikal tanpa roda kecil lagi, kita mungkin minta basikal yang lebih sesuia untuk kita bawa ke sekolah supaya kita dikenali sebagai pelajar yang lebih berdikari dalam hidup, kononnya. ketika itulah, hati kita mula melayani segala perkara miang dan gatal yang dilakukan oleh beberapa jejaka kacak di sekolah kita, padahal ketika itu baru berumur 10 tahun, yakni darjah 4, almaklumlah kita kan cepat matangnya. lantas apabila dipikat, maka terpikatlah kita. tapi tidak sampai seminggu, gaduh dan putus. maka ini lah dilabelkan sebagai cinta monyet. jika ditanya kepada sesiapa pun, siapa pun, pasti jawapan nya adalah cinta pertama yakni cinta monyet yang biasa ini. inilah kenangan..

tapi mr.thinker. macam sama saja sebab melalui kenangan juga kita belajar sesuatu dan pengalaman juga kita belajar sesuatu. di situ lah bezanya, kita pasti belajar sesuatu dari pengalaman tapi kita jarangnya hendak belajar sesuatu dari kenangan. kita kan banyak guna emosi berbanding akal yang hebat kurniaan yang maha hebat.apa pun, ini cuma tafsiran saya sebagai mr.thinker dan saya tidak sesekali menolak pendapat orang lain, maka lagi bagus untuk kita sama-sama belajar.

akhir kata dari saya, cuba kita sama-sama renung dalam minda kita, ada berapa banyak perkara yang kita klasifikasi kan sebagai pengalaman dan berapa banyak perkara yang kita kelaskan sebagai kenangan. pasti jawapan kita adalah, kenangan lagi banyak dari pengalaman. kerana, kita lebih banyak menyimpan sesuati kerana nilai emosi yang ada di dalamnya, bukan kerana kita sudah mempelajari sesuatu darinya..

fikirkan dan renungkan.. kalau ada soalan, letak di ruang koen, untuk share di fb atau twitter, silakan kerana saya tiada semua talian tersebut... sekian..

~mr.thinker~

bismillahirrahmannirrahimmm..

assalamualaikum, >>sapu2 sawang samapah yg dah mula menabur kat lantai blog<<

1. maaf.

di sini aku nak meminta ,maaf kepada beberapa org pembaca yang duk menanyakan aku sebab yg sgt solid untuk aku bagi kerana tiada post terbaru yang aku  buat di laman blog aku nie... hehehe, saya xde la sebab yg kukuh juz sebab malas and xtau nak type apa dah kat blog nie... idea yg datang ibarat angin sepoi bahasa yg berlalu pergi, datang dan pergi tanpa sempat dirasai hingga di hati... hahaha, tp idea selalunya ada and selalunya dicurahkan dlm bentuk yg lain seperti lebih kepada cuba untuk hidup di realiti kehidupan di mana kaki ini berpijak...hidup ini kan xselamanya indah, jadi, sementara menjalani sisa2 hidup, makanya, juz enjoy dimana kaki ini berpijak dan langit dijunjung...

2. permulaan.

baru jer dua hari berlalu dalam minggu ini yg menandakan sem permulaan sem4 aku bermula dgn xseberapa tenang seperti selalu.. berbekalkan cuaca dan suhu yg dingin membuatkan aku selalu jer pakai jaket or sweater before aku keluar rumah..maklumlah, badan dah jadi mcm tisu, sensitif...keadaan di minggu pertama ini mcm biasalah, kalut, serabut, tensen, and xseronok coz da mula sem.. wpun rasa ini akan berkekalan sehingga habis sem, aku selalunya akan cuba enjoy jer dgn keadaan yang aku sedang lalui..smpailah sedar2 jer dah nak final exam... terkejot jgk aku nie..tp untuk sem 4 ini, aku mohon doa semua makhlukNYA supaya mendoakan aku yg lemah dan hina ini dalam mengharungi jalan2 dunia ku ke syurga ku di akhirat kelak...amin..

3.kerisauan.

apa yg aku risaukan pun aku xtau sedangkan aku tahu yg aku dlm keadaaan risau.. tp xdelah risau yg melampau dlm diri, masih dlm kawalan yg baik cuma aku sntiasa pk tntang jln penyelasaian yg terbaik untuk aku hadapai sem ini dgn tenang..hati ini mudah diuji olehNYA dan digoda oleh syaitan, tp apakan daya dgnNYA juga tempat aku mengadu harapan dan memohon perlindungan, semoga segalanya tenang bersamaNYA sepanjang nyawa ini dipinjamkan olehNYA kepadaku..

4. penyelesaian.

jalan keluar dari segala yg aku hadapi tidak lain xbukan adalah dgn tenang sahaja, wpun ketengana itu semua hanyalah lakonan semata2 dari aku yg dah mmg sedia bakat terpendam...jadi.. itu sahaja la.. kalu ade penyelesaiaan lain, leh la msg aku, share ye...oke la...

terima kasih...

~mr.thinker~

tentang diri, terlau jauh berfikir, kadang membuat hati termenung, apakah jiwa di landasan yg benar, meyakini apa yg dpegang, membuat hati yakin dgn segalanya.

menjadi insan yang bnyk menggunakan lidah untuk berbicara menyampaikan, selalunya berharap hati dlm ketenangan tapi selalu shja lupa lupa bhawa ilmu didada, masih secetek air di talam. apakah seterusnya nasib hati.

kepada semua jiwa yang mencari satu pegangan, jgn kerana ingin belajar, kamu belajar perkara syaitan, tenang dan tawaduk la mencari ilmu, kerana ilmu ALLAH maha kaya.

mengmbil iktibar dari kehidupan, bukan semudah mencedok air dalam kolam, umpama mengayuh sampan di lautan, dugaan datang tanpa diharap..

setiap perkara yg tunduk kepadaNYA, setiap jiwa yang patuh kepadaNYA, tiada masalah untuk beriman dengan sebenar iman dan takwa, yakin hanya kepada DIA..

bukan tidak mempedulikan dunia cuma apabila hati melihat jauh nun ke jendela akhirat, pandangan seolah di bentang dgn satu jaminan yg maha agung hebatnya, tidak terkata indahnya, sehingga bibir cuma mengetap menahan rasa..

tapi apakan daya, hati masih belum suci, jiwa masih belum tawaduk, iman masih belum kukuh, masih banyak lagi calitan yg tercalit tnpa disucikan, apatah lagi dibersihkan..

namun, saat diri berkata hidup dan mati kerana DIA yg mencipta, ketika itulah hati mula diuji syaitan, segala hanya pada diri, kekuatan iman menjadi jawapan..

belajar lah untuk belajar, bukan dengan belajar, terus yakin akan berjaya.

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.