setiap lankah aku ambil dalam hidup ini membawa aku kepada pelbagai memori yang tercipta. setiap perkara itu membawa aku kepada setiap kenangan yang terpahat kemas dalam fikiran aku. melintasi setiap ruangan waktu membawa aku kepada ingin memintas apa yang ada di hadapan aku. aku juga bukan kuat untuk hadapi semua ini, tatkala mereka mula bermain dengan kata-kata hati aku. aku tahu aku juga punya hati tapi pasti sahaja hati aku diam dalam mengatakan sesuatu. mungkin kerana kau sudah terbiasa untuk diam dan pendam, jadi aku dapat rasa ini yang terbaik untuk diri aku.

seorang teman aku pernah berkata, ' bercintalah kerana ALLAH, yakni melakukan sesuatu dan bersama sesiapa sahaja hanya dengan niat kerana ALLAH'. aku cuma tersenyum endengar kata-kata itu lahir dari bibir seorang teman kerana dulu aku juga mampu berkata sedemikian. tapi aku di uji dengan kata-kata aku sendiri. aku mungkin tidak akan pernah mampu untuk memenangi perlumbaan ini, tapi aku masih berlari dan berlari ke garisan penamat. kenapa aku rasa diri ini seolah tidak dihargai? di atas segala usaha yang telah aku lakukan tetapi aku masih merasakan bahawa aku tidak dihargai. adakah kerana hanya niat di hati aku yang ingin meraih perhatin dan cinta manusia. kerana itu aku gagal? bagaiman untuk menjadi seseorang yang hebat? hebat dalam mendiamkan diri tatkala cinta manusia mendampingi diri?

aku tertarik dengan nukilan hati sebuah kumpulan yang mencipta lagu ini. kata-kata yang lahir dari hati mereka sangat bagus. mungkin kata-kata ini dalam bahasa inggeris tapi aku yakin, kamu mampu faham dengan jelas.

"Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired"

"Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade..."
kadang-kadang dalam hidup ini kebahagian yang kita rasai bukan kerana kita tetapi sebaliknya. kadang-kadang kebahagian kita ini harus dikorbankan untuk seseorang yang benar-benar mengharapkan cinta dan kasih kita. namun, sekiranya ini pilihan kita, apa jua risiko yang kita bakal tempuhi, kita harus ikhlaskan hati sepenuhnya dan sebaiknya. tatkala semua mengharapkan kita tetapi kita pula yang seakan masih mengharapkan sesuatu yang belum pasti, adakah adil untuk mereka yang berfikir? sedangkan keajaiban itu berlaku setiap masa. kita harus yakin dan percaya. apa sahaja yang terlintas dalam hati kita bukan nya segala berkaitan tentang kita. ini tentang cinta seseorang sedangkan hati sendiri? masih kelu untuk segalanya. masih kelu atau hati ini masih menanti seseorang untuk hadir?  tidak mungkin, hati juga harus di ubati dengan cara yang terbaik.

seorang teman aku pernah berpesan kepada aku. " tolonglah jangan buat lagi apa yang kau dah buat pada aku dekat orang lain. cukuplah aku menjadi orang yang pertama dan terakhir yang kau buat macam ini." maafkan aku, aku masih buta dalam menilai antara kaca dan permata, aku masih ikutkan hati nafsu yang hanya pentingkan diri aku sendiri sahaja. aku tidak mampu memahami semua orang.

teman aku juga pernah berkata,"keep moving amer.memang agak susah tapi you have too. kalau aku boleh, kau mesti lagi boleh." aku tidak akan pernah lupakan kata-kata itu. dalam hidup aku ini, aku pernah membuat seseorang itu menagis kerana aku. kenangan itu, xkan pernah aku lupa.

sampai suatu masa nanti, aku akan diamkan diri aku lebih dari aku diam dari segala-galanya. mengenali hidup yang lebih baru dan mungkin segalanya akan lebih baru untuk aku. termasuk blog ini.

~segala-gala kata ini sekadar kata-kata yang lahir dari hati subuh. jangan pernah dianggap ada maksud tersirat walaupun sememangnya, sejuta maksud terkandung dalam entry kali ini. aku ingin bersendirian. ALLAH, bantulah aku.~

op amerafizal.

1 comments:

kehidupan manusia yang sentiasa berputar bagaikan roda..walau kemana hala tuju pasti kembali berdiri di titik yang sama..kehidupan lampau menjadi pengalaman..segalanya dijadikan pengajaran..pasti juga berulang dimasa hadapan..hanya kita yang mampu mengawal keadaan yang semestinya sudah ditakdirkan sejak azali..

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.