assalamualaikum,

segalanya mungkin terjadi dan segalanya mungkin selesai dgn segala perkara yg telah aku lakukan dgn tenang dan harapan segalanya dapat diselesaikan dgn segera...

aku tidak mengharapkan kepada jalan penyelesaian yg segera tetapi aku lebih suka untuk melihat kepada bagaimana aku menghadapi jalan2 liku dalam menyelesaikan..

dan sekarangnya segala mungkin selesai dan mungkin juga berakhir dan tidak mungkin akan berlaku lagi..aku harap...

walaupun aku tahu aku mungkin akan menghadapi segalanya sekali lagi tetapi aku dapat mengharapkan sesuatu yg lebih baik pada kali seterusnya ini...

sekarang juga aku cuba menjadi seseorang yg lebih mementingkan diri aku sendiri kerana mungkin dengan cara itu ku lebih menjaga diri aku sendiri.. mungkin...

mungkin kemudian aku lebih mengharapkan sesuatu yg lebih baik terhadap diri aku sendiri dan aku juga mengharapkan sesuatu yg lebih baik berlaku kelak....

kemudian, aku mengharapkan aku menjadi lebih baik dari semalam dan berusaha menjadi seseorang yg lebih baik kepada diri aku sendiri....


~mr.thinker~

assalamualaikum....

mukaddimah.

yeah, have been quite sometimes tinggalkan blog ini tanpa sebarang tinta mutiara menyusun sinar... tika ada mentari menyinar, pasti ada juga amanah dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan.. walaupun tiadalah kiranya jatuh kepada hukum wajib untuk melaksanakannya, tetapi selaku antara adam yg mampu menggunakan otak yg waras dan akal yg baik untuk berfikir, maka aku juga merasa akan beban tanggungjawab sebagai seorang khalifah atas muka bumi ALLAH ini... tetapi, aku juga sedar yg aku cuma insan biasa yg tiada apa2 untuk ditawarkan kepada sekalian manusia apatah lagi aku juga antara mereka yg ingin menggapai syurgaNYA.... namun, aku sentiasa terpanggil untuk berfikir sejenak tentang beberapa perkara yg bakal membuat aku sentiasa lebih berfikir pada setiap masa... bakal aku rungkaikan dalam setiap bait kata pada hari ini....

perkara asas~

1) selalu kita akan membicarakan tentang cinta, kasih dan sayang tanpa kita tahu apa definisi semua itu terutama kepada diri kita sendiri... tapi bukan juga bermakna aku akan tolong untuk mendefinisikan kepada semua, cuma aku sentiasa cuba mengenali tentang sesuatu makna yang bakal tersirat dalam beberapa kalam bicara para saujana...

ada yang bakal mendefinisikan cinta adalah kepada yg maha mencintai, tetapi kita tidak mampu untuk menolak tentang cinta kepada sesama makhluk.... aku tertarik dengan beberapa tulisan para manusia yg menceritakan tentang beberapa konsep maksudnya,,,, antaranya, menjelaskan tentang cinta manusia juga merupakan lakonan.... 

ayat yg paling pelik pernah didengar adalah cinta manusia adalah lakonan?? mcm mane tue???

senang shja pembuktian, cuba bayangkan kita mencinta seseorang, pasti kita ingin sentiasa nmpak sempurna ketika bersamanya, wpun apa jua yg jadi... kita akan selalu gagal untuk menjdi diri sendiri.. walau lama mana pun hubungan itu berlangsung, selama itu juga lah, kita akan sentiasa jadi pelakon... bagi aku, aku suka menjadi diri sendiri dan seboleh2nya, aku cuba buat perangai2 buruk yakni pasti menyakitkan hati, bagi aku mula menilai seseorng... bak kata pujangga, kita akan mengenali seseorang teman jika kita mula mengembara dan bermalam bersamanya... tetapi, aku?? tanpa mengira masa dan temapat, aku sentiasa tunjuk perangai2 yg akan menyakitkan hati org... dan bermula dari situ, aku mula menilai tentang mereka....


2) setiap org selalu bercerita tentang perkara2 yg sudah berlaku dengan mereka tanpa mereka mengetahui bahwa perkara yg paling jauh dgn kita adalah masa lampau... kita mmg selalu akan mula berfikir tentang sesuatu dan menghargai sesuatu apabila kita sudah pun kehilangan perkara itu, jadi wajar lah ini berlaku keran sememangnya fitrah manusia..... tapi, xmengapa kerana selalunya perkara itu akan datang buat kali kedua dan itu akan dipanggil sebagai nasib~~` dan janagan lupa, nasib jarang sekali berlaku dalam hidup kita....

3) bila masanya kita akan mula serius untuk fikir tentang diri sendiri? kerana selalunya kita akan serius fikir tentang diri sendiri adalah apabila kita telah memperbodohkan diri kita sendiri.. kita selalu buat perkara yg sememangnya kita sudah tahu akan penghujungnya... mcm contoh, lintas jalan yg penuh dgn kereta bawak laju tanpa melihat kiri dan kanan... xperlu untuk diceritakan apa yg akan berlaku, kita mungkin sudah mampu untuk meneka dgn baik.... kalu nasibnya baik, xdela kene langgar dgn kereta yg tengah laju bagai nak rak.... tp selau juga kita ni akan buat2 pandai2 dalm keputusan, akhirnya, kita juga yg kena.....

pernah dgr x, manusia diibaratkan seperti org buta yang tiada tongkat, berjalan dalam gelap???? bayangkan dan kaitkan dgn diri kita....

4) aku kalu type kat blog skg nie msti mcm ni, siap ade number, kononnya mcm lagi sistematik padahal aku ni xreti menulis pun, coz aku tahu blog ini sekadar diari aku, hanya aku seorang yg rajin membuka dan mebacanya....

5) yg pergi, tetap pergi... yg sedia ada, insyaALLAH, masih ada wpun belum pasti... tapi xslahkan kalu kita pergi dari sesiapa, cuba jgn salahkan org tersebut... kenapa tidak pernah dalam hidup kita kita tunding jari kesalahan pada diri kita sendiri dengan harapan yg kita mampu untuk memperbetulkan segala keputusan teruk yg pernah kita buat??? aku harap aku menjadi orang yg sentiasa sedar dgn setiap kesalahan yg pernah aku buat dan aku juga harap aku sentiasa menunding jari pada dirir sendiri dengan harapa, aku boleh belajar sesuatu....

bak kata pepatah, kalu telan ikan bnyk tulang, jgn smpai tercekik, kalu tercekik, jgn salahkan ikan....

6) aku rindu RMC...... ~~ tp xnak jd new boy~~~

7) aku selau kena kutuk ketinggalan sebab tak de facebook atau laman sosial yg lain.. tapi aku ada sebab dan pendirian aku sendiri kenapa xnak ada..... fullstop....

8) tolong jgn cari aku time susah dan ada masalah aje....... dan tolong jgn buat mcm baru kenal aku tiga jam yg lepas.....dgn memberi ayat, " sy xfaham dgn perangai awak, atau awak dah berubah sekarang""""      bullshit....

9) aku bukan budak sekolah agama tapi xbermakna aku xfaham agama dan xreti agama, tapi aku budak yg sentiasa belajar agama dgn betul, jd kalu rasa diri bnyk dah ilmu pengeathuan agama, jgn kutuk org yg sedang belajar, tapi curahkanlah ilmu agama anta.....

10) AKU PENAT TYPE....

penutup
aku masih mr.thinker @ pakcik @ doktor @ atok @ shamerizal @ aaron @ abg @ amer...

aku masih sama, 

akhir kata, nak datang, aku sambut bagai raja, nak pergi, silakan dan tlg jgn dtg kembali......

~mr.thinker~

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.