bismillahhirrahmannirrahim,
berkat waktu pagi yg indah ini, aku memulakan sedikit pembetulan nukilan aku pada pagi ini..

"kita H5P3 lar, bukan H5P5.." huahuahua, free2 jer aku kene sound dgn sorang budak nieh..
budak nie classmate aku time kat matrik, semlm sajer je aku suh budak nie usha blog aku,
alih2 kantoi aku lupe aku kelas mane mase sem1.. malu gak biler tibe2 dpt msg sound,,,
tue ar ayat die...hahahha.. sory budak tbies..

sem1;
permulaan sem aku kat kolej matrikulasi kedah..
bnyk kenangan tp entry aku kali ini bukan untuk gtau semua kenangan tue, juz sekadar nak betulkan silap aku..
kpd dak tuh, 'sory ar kak, den kdg2 lupo, almaklumlah da tuo..'muahaha
nie pic skema kelas sem1 aku.. jgn risuo ekh, aku letak semua yor..

hahha, tlalu bnyl bnda yg berlaku dlm kelas nie;wlaupon xdok ape2 ek yg berlaku sbnarnye;
inilah H5P3;sesudah diperbetulkan oleh dak tuh"


hahha, nie pulak pic den dgn cikgu2 den waktu g pusing2 kedah, aduii
nmpak besar skit.. skg, alhamdulillah, dah kurus!! huahua..

btw, entry nie xleh panjang2 sgt2 coz entry pembetulan la katekan..hahah..

terima kasih!! kat budak tuh yg dah betulkan small mistakes sayer..huahuahua..

salam.
~mr.thinker~


bismillahhirahmannirrahim...

kpd semua pembaca blog aku, ini edisi khas blog aku dimana aku dah terbaca blog senior aku, op mike..aduiyai, mmg buat aku teringat balik jer kehidupan aku kat RMC dulu..

tanggal 21januari 2008, aku masuk RMC. cerita di sebalik dan sebelum 21januari tue xpayah ar nak di ungkapkan semula coz edisi aku kali ini betul2 nak share citer2 n kenangan2 aku di RMC dulu..aku betul2 rindukan semua yg ada di RMC baik senior aku kpd skuad aku dan kpd junior aku..

bermula dr tarikh itu, aku mnjadi seorg putera, di bwh kelolaan senior f5 aku,batch forts. time mula2 masuk, aku rase mcm ntahla, ape punye sek nie kan, aku nie dahla budak yg ntah pape. aku tgk sek nie sikit punyer besar, lain bebenor dgn sek2 lain yg penah aku g kan.. tp, xpelah, keputusan telah pun di capai, bhw, aku akan smbung f4 n f5 aku kat sini..

mcm2 yg aku dah buat kat RMC. jadi, mmg macm2 jugak yg aku telah belajar kat RMC. senior aku >op mike< pnh ckp ngan aku yg,'ko dtg RMC bukan untuk jadi mat study'...aku da semcm da time tue, pahtu aku nak jadi ape>>>>

setelah hmpir sebulan aku duk RMC, barulah aku makin kenal ape jenis sek RMC nie.. mmg teruk tp benar2 membaeri aku sesuatu.mmbuat aku lbh mengenali kehidupan sebenar yg harus aku jalani kelak..

bermula dgn f4, aku da sertai mcm2 aktiviti yg telah di anjurkan oleh pihak maktab..
1st yg aku ingat, aku g OBS kat lumut perak,,, macam2 aktiviti best ar...antaranya aku ngan batch aku keliling pulau pangkor ngan kayak.then, kami ada solo night, tido dlm hutan sorang2, then kami ada wheller, ntah btul ke idak eja nie muahaha, mmg kenangan yg best la.. yg penting semua nie mengajar aku sesuatu..

then time f4 gak, ada kem keyakinan diri kat jeram besu, best giler mandi jeram.. siap terjun2 kat jeram yg mengganas tue,,, muahaha, tp aku tahu semua nie nak ajar aku mnjadi seorg yg lbh berani kelak..apa jua halangan yg hadir kat depan, beranikan diri dan tempuhi ia dgn tenang..

then, kami ada perkhemahan tahunan; org paggil 'eksesais nasi mentah'...
time ni mmg bnyk kenangan dgn skuad sndrui lar...

duk RMC mmg beri aku satu kenangan yg aku xkan lupakn,, dr seorg budak yg mentah, xtau ape2..aku beralih mnjadi seorng insan yg smakin hari semakin cube untuk mngenali ape itu erti kehidupan..mnjadikan diri aku lbh berani untuk menempuh apa jua rintangan dan mnjadikan hati lebih tenang tatkala ada perkara yg menimpa..

senior2 aku bnyk memberi 'tunjukajar' yg aku xkan pernah lupakan smpai bile2 coz ini semua kenangan aku, aku xkan pernah lupakn ini..

sehinggalah aku bergelar senior RMC, aku kdg2 mcm xpercaya yg aku mampu stay di sek yg not every person can stay..tgk la, bape bnyk batch aku yg starting masuk then kuar blk coz, ntahla..masing2 punya sebab sndri..

ape2pun, jutaan terima kasih aku ucap kpd senior aku, skuad aku, dan junior aku.. mmg aku xkan lupakan kenangan kita di sana..

CHARLIE sntiasa di hati aku, walau ape pun yg berlaku, aku pasti aku xkan pernah lupakan kenangan kita di RMC..


Bismillahhirrahmannirrahim..
dengan penuh rasa rendah diri dan kehambaan,aku memulakan nukilan yg xseberapa ni..

kalaulah,
ape akan jadi kalaulah kita mampu untuk undur semula masa yg telah kita lalui, dan memperbaiki semua kesalahan dan kesilapan yg pernah kita buat..

kalaulah,
apa akan jadi kalau dalam sehari, kita sedar bahawa masa itu berhenti seketika, dan masa itu xbergerak..

kalaulah,
dalam sehari, kita di beri peluang untuk melakukan kesemua perkara yg kita nak buat dalam hidup kita.

kalaulah,
kita diberi peluang untuk melihat segala2nya yg ada di atas dunia ini dengan penuh rasa hebat dan merendah diri.

kalaulah,
kita di beri peluang untuk berkata sepatah kepada dunia, apa yg akan kita katakan kepada rakyat dunia?

kalaulah,
kita diberi pilihan waktu menentukan tarikh kematian kita, pasti kita pilih waktu yg terbaik.

kalaulah,
jika kita sendiri di beri peluang untuk menulis tentang takdir kita, pasti hanya yg terbaik sahaja menjadi pilihan kita..

mr.thinker pernah berkata dlm nukilan yg bertajuk 'aishiteru'.
kita ibarat org buta yg berjalan dlm kegelapan dan kesunyian. hendak mengangkat kaki pun sudah takut apatah lagi untuk melangkah, pasti xakan mampu melainkan bagi mereka yg beriman dan yakin bhwa janji ALLAH itu benar. segalanya tertulis dlm kitab AL-QURAN.

begitu juga dgn nukilan hari ini, pasti ayat 'kalaulah' ini sentiasa bermain di fikran kita, tatkala pula jika kita berharap, kita dpt membetulkan segala yg sudah berlaku.

tapi, bukankah takdir dan kehidupan itu lebih indah jika kita sentiasa di beri kejutan? yg penting keimanan dan ketakwaan harus kuat kpd ALLAH bhw hidup di dunia ini hanya sementara, tiada yg kekal.

mr.thinker menulis tetapi mr.thinker sendiri tidak pasti dgn takdir mr.thinker tetapi apa yg mampu disampaikan, kita sama2 sampaikan agar menjdi peringatan kepada kita. bukan untuk menunjuk siapa hebat berfikir, tetapi sekadar untuk berkongsi buah fikiran kerana kita di anugerahkan minda untuk berfikir.

aku bukan lelaki yg sempurna, tetapi aku cube menjadi seseorang yg semakin kuat di uji, semakin tabah pula kekuatan hati menempuh segala. aku sendiri kdgkal takut dgn takdir aku, tp aku yakin, aku percaya pada takdir ALLAH, pasti akan ada sinar di kemudian hari..

aku bukan org yg hebat seperti kalian semua, aku cuma manusia yg sering terleka dgn duniawi, manusia yg sering jatuh tatkala di uji, manusia yg sering menangis tatkala mengadap TUHAN ku. hnya kerana, aku sedar, aku xakan pernah sempurna. aku minta maaf...

sekian,
salam.
~mr.thinker~

Bismillahhirahmannirrahim..
dgn nama KHALIQ, TUHAN YG ESA, HANYA SATU. YG MENGUASAI LANGIT DAN BUMI..

setelah beberapa hari aku diam tanpa kata dan butir bicara, akhirnya aku kembali menulis di persada arena blog kesayangan aku nie.
*jgn pernah baca nukilan mr.thinker ini jika niat di hati sudah ingin mengutuk*
tp bagi aku kutuk mengutuk ini lah yg membuat kita lbh mngenali..

dlm nukilan aku pada pagi ini, aku ingin membawa para pembaca aku ke dlm satu era di mana era remaja kita, iaitu kita lar.. sememangnya aku yg berumur 19thn sndri kdg2 keliru dgn konsep remaja hari ini.. bukan nak tunding jari pada sesiapa..cuma sekadar menulis dr pengalaman sendri..

Jangan pernah berubah, itulah tajuk nukilan mr.thinker hari ini..aku pun xtau kenapa tajuk ini yg jadi pilihan aku pada pagi ini.mgkn sbb aku dgr lagu dr ST12 pg td yg tajuk sama kot..

jgn pernah berubah mmbawa maksud di mana walau kemana jua kita pergi kelak, walau apa jua yg sedang kita berbuat kelak, walau dgn siapa pun kita jumpa kelak, jgn pernah kita berubah..
kad2 mgkin kita xsedar yg kita sudah berubah tp org sekeliling kita yg hebat dlm menilai dan menjadi juri kpd diri kita sedar akan setiap perubahan yg berlaku pd kita.

jangan pernah berubah; kdg2 kita xsedar pun yg kita sudah berubah, dr seseorg yg begini kepada satu personaliti yg berbeza.namun kadang2 perubahan ini yg membawa kita mengenali siapa diri kita. secara xlangsung membawa kita lebih mengenali siapa org yg berada di samping kita..

jangan pernah berubah; ada insan takut untuk berubah kerana bg mereka perubahan itu mmbuat mereka gagal mengenali diri mereka dan mereka takut jika mereka berubah, org yg berada di sekeliling mereka akan pergi juh dr mereka hnya kerana perubahan..

kawan aku pnh bkata; kdg2 kita terlalu hidup dlm kenangan dan masa silam. smpaikan kita xsedar tntang hari kenyataan yg sdg kita pijak pada hari ini.. belum pula tntang masa depan yg belum pasti.. sedarlah sebelum kita terlambat, tetapi ketahuilah bhwa kita x akan pernah terlambat..

bagi aku pula, perubahan itu penting. setiap masa aku akan berubah mengikut keadaaan dan tika masa aku ketika itu.. walau apa jua yg dtg melanda aku, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk terus senyum dan berkata kepada diri aku ;" ada sesuatu yg lebih hebat sdg menanti mu"
walau aku sendiri xpasti dgn takdir aku..tp aku yakin akan JANJI ALLAH.

dalam 19thn hidup aku, sudah bnyk perkara yg aku sudah tempuhi. belum lagi insan yg jauh lebih senior dr aku. tp pengalamn2 ini seolah2 menyediakan aku untuk hari esok, semakin membuat aku sedar bahawa siapa aku, dan takdir aku..

bagi mereka2 yg baru mengenali siapa aku, amer afizal azmee, jgn pernah fikir yg dalam masa setahun, you can know who i am.. coz we never know people surround us until we know ourself..

mungkin untuk nukilan ini, aku henti sampai di sini shja kerana aku tahu, setiap yg bermula pasti berakhir, dan kemudian akan ada permulaan semula...

nnti aku kembali menulis..
sekian,
salam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim,
dgn nama KHALIQ, ampunkan aku YA RABB jika aku leka dlm hidup ku,
aku memulakan hidupku yg simple ni..

hari ini, aku membuka sebuah lembaran untuk aku tutup pada hari ini, sudah beberapa ketika aku biarkan semua ini membelenggu diri aku tanpa aku sedar bahwa masih banyak lagi perkara yg menanti aku di luar sana,

hari ini, tanpa sedar aku sudah 19tahun hidup,meminjam dgn menggunakan segala pemberianNYA tnpa aku sedari,MASYAALLAH, bgtu hebatnya hidup ini jika kita menghayati dgn mata hati. ada sedih, ada happy, ada duka, ada gembira, ada sejuta perasaan yg ALLAH kurniakan kpd kita. supaya kelak akan ada pelangi yg ada sesudah hujan menimpa..

hidup bukan perkara yg berubah, masa itu semakin bergerak, tapi hambaNYA ini yg sentiasa berubah, lari dan terus lari dari kenyataan hidup, membiarkan diri dgn perkara lama yg membuat hati dibelenggu nafsu yg berada di takuk lama.

hari ini, aku berdiri sendiri menilai kehidupan aku, membuka kesemua lembaran lama, melihat semula dari mana silapnya aku. berhabuk, berdebu, namun, dalam membetulkan segala , kita takkan pernah terlambat. aku bermula semula.

helaian demi helaian aku terokai. menilai semula perjalanan hidup aku bermula dari aku lahir, sehingga hari ini. ALHAMDULILLAH, banyak perkara yg sudah aku selesaikan dlm hidup aku. jika aku pergi kelak, aku akan merasa lega sedikit kerana sekurang2nya, aku sudah membetulkan segalanya.

Namun, hidup ini masih belum berakhir. aku masih dlm perjalanan persinggahan yg akan membawa aku kpd kehidupan kekal abadi di sana. Samada bekalan aku mencukupi atau tidak, aku tetap tetap akan pulang kepada PENCIPTA ku jua kelak..

saban hari juga aku duduk sejenak memikirkan nasib aku.Namun, jika aku masih fikirkan nasib aku, sampai bila2 jua aku takkan pernah kemana2. yg pasti, aku nak terus berjalan dan berjalan. melihat kehidupan dari sudut berbeza. kerana ini yg akan membawa aku jauh dan membuat aku lebih matang dlm menilai kehidupan.

aku sedar hari ini, aku tersasar.tp ALHAMDULILLAH, DIA masih memberi aku peluang untuk perbetulkan semua apa yg sudah silap.hari ini, aku sadar YA RABB.

hari ini, aku cuma meminta supaya, biarlah perubahan ini akan kekal. perubahan ini semakin ke arah kebaikan. cukulah dgn apa yg berlaku, semoga aku menerima pengajaran terbaik dariNYA.

mr.thinker ini juga seorang manusia. manusia yg menjalani kehidupan diri yg penuh dgn liku-liku kehidupan yg hebat. setiap dari liku itu mengajar diri aku menjadi seorang yg lebih matang dan tabah dlm kehidupan.

hari ini merupakan satu pengakhiran kepada aku.
tetapi,
hari ini juga merupakan satu permulaan bagi aku.

kepada semua yg membaca nota kehidupan ini, aku memohon maaf. kita sama-sama mengenali MAHA CINTA sebenar..

salam
~mr.thinker~


bismillahhirrahmannirrahim..
dgn nama ALLAH yg MEMILIKI segala yg ada di langit dan di bumi..
aku memulakan nukilan perjalanan hidup mr.thinker..

apabila lelaki..
apabila lelaki itu berjaya, ada yg berkata di belakangnya ada wanita yg menyokong, iaitu mama tercinta..
apabila lelaki itu berjaya, ramai yg akan mula mendampingi dan merapati, kebanyakan wanita.
apabila lelaki itu berjaya,, ramai yg memandang dgn penuh rasa hebat dan kagum.
apabila lelaki itu berjaya, ramai yg akan mula berkata "kalaulah dia temanku"
apabila lelaki itu berjaya, ramai yg akan mula mengenali nya.
apabila lelaki itu berjaya, ramai yg hebat memujinya.
hakikatnya?
apabila lelaki itu berjaya, lelaki itu hanya mencari cinta sebenar hakiki, yg tidak palsu, yg menyakini hatinya, yg menenangkan hatinya, yg mententeramkan jiwanya, yg membuat dirinya sabar dan tabah dlm kehidupan.. iaitu hanya cinta yang satu, CINTA ILLAHI..

apabila lelaki itu mula gagal, ada yg berkata lelaki itu lemah krn gagal memepertahankan kejayaannya..
apabila lelaki itu gagal, ada yg berkata lelaki itu sekadar berpura untuk lihat kononya berjaya.
apabila lelaki itu tewas, ada yg berkata bhw lelaki itu sememangnya tiada guna krn jatuh.
apabila lelaki itu jatuh. ada yg pasti berkata bhw lelaki itu sudah tiada apa2 untuknya..

sebenarnya,
apabila lelaki itu berjaya, di belakangnya terdapat seorang wanita yg sentiasa menyokongnya iaitu mama tercinta..
apabila lelaki itu jatuh juga, di belakangnya juga terdapat seorg wanita yg sntiasa menyokongnya iaitu mama tercinta.

apabila lelaki mula berjaya, bermakna dia berjaya bangkit dari kejatuhan.
apabila lelaki itu mula jatuh, bermakna dia akan memperoleh kejayaan yg lbh besar.

apabila lelaki itu jatuh, tggulah, lihatlah, bgaimana lelaki itu bgn, engkau akan terkejut dgn kejayaan yg dicapai oleh lelaki itu, tapi engkau akan lagi terkejut dgn cara dan bgaimana lelaki itu bgn semula..

apabila lelaki itu berkata, "cukuplah!" bermakna sbnarnya sudah tiada apa2 yg tertinggal, hnyalah secebis harapan yg hnya diserahkan bulatnya kpd MAHA PENGURUS.

maka, jika kau dgr akan lelaki berkata-kata, dgrlah dgn penuh teliti dan fahamilah.
krn apabila lelaki itu mula berhenti berkata-kata, kau tidak akan dgr lagi perkataan drnya.

akhirnya, apabila lelaki itu berhenti, maka kau carilah dia semula tapi jgn pernah kau harapkan apa2 lagi darinya, jika dia berhenti bermakna segalanya adalah akan bermula..

mungkin sekian shja nukilan mr.thinker tika ini, sekadar luahan hati tentang dir sendiri.

salam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim,
dgn nama Rahman Rahim, aku memulakan nukilan mr.thinker arini..

~~aku yakin, korang xakan bace entry aku yg nie coz korang akan ckp aku jiwang, tp skali korang bace, kita tahu ape yg akan blaku~~

aishiteru~~~~
msti korang2 fhm kan maksud pkataan nie..xtau knape aku bgn pagi ini,adik aku pasang lagu ni kat hp,jadi lagu ni mgambarkan sesuatu pada aku iaitu,"cinta"..

dalam kekalutan pagi2 waktu hari sek mcm nie, dgn adik aku nak g sek, bermcm perkara berlaku smpai kdg2 perkara itu bnr2 mencuit hati dan naluri aku sbg seorang abg sulung di rumah nie.aku mmg bnyk tersenyum melihat gelagat adik2 ku ini, kdg2 kelakar.lgpun, aku tahu, xguna nak marah kalu dieorg wat salah coz dieorg masih kecil, belum fhm akan erti kehidupan duniawi.. sedangkan kita yg hidup 40thn pun blum tntu akan fhm ape itu kehidupan coz kita semua nie, manusia.

Manusia yg dulunya membuat janji kpd ALLAH, Manusia yg dcipta oleh ALLAH dgn sebaik2 kejadian kerana kita dkurniakan akal dan fikiran. tapi, kita perlu ingat bhw, akal dan fikiran ini juga disulami dgn hawa nafsu, jadi hnya keimanan yg bakal menentukan samada akal atau nafsu yg menjadi RAJA sanubari...

pagi ini, aku bfikir sejenak bhw, aku sering ingin menjadi anak yg baik kpd kedua ibu bapa aku coz mereka dah bnyk berkorban untuk aku dan aku juga bakal mnjadi seorg bapa kelak..
aku juga ingin menjadi seorg hamba yg patuh pada perintah TUHAN coz aku tahu, nikmat kehidupan yg dberikan kpd aku ini terlalu besar shga kdg2 aku terlalu buta untuk menilai kesemua nikmat ini..Alhamdulillah..

bagaikan org buta yg berjalan dlm gelap, kegelapan itu sgt gelap shgga kita takut untuk melangkah. begitulah kehidupan kita di dunia ini.. tetapi tidak bg mereka2 yg yakin dgn janji ALLAH, Hidayah dan Nur dr ALLAH bhe ALLAH sntiasa ada bsama kita untuk membuat kita yakin dlm terus melangkah..

ramai yg akan bkata :hidupku, matiku hnya kerana ALLAH dan RASUL: tapi hakikatnya??
tnya lah hati.. kdgkala ada juga yg hnya ketika susahnya, mncari ALLAH, ktika sngnya, berpeleseran ntah kemana..

kebahagiaan ini bukan boleh dinilai melalui harta bnda, kekayaan, tetapi kebahagiaan ini adalah kurniaan dariNYA YG MAHA ESA..

jika ALLAH ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorg, maka tidak akan ada satu tgn pun yg akan mampu menghalang kebahagiaan itu untuk sampai..

jika ALLAH memberi kesiksaan kepada seseorg, maka tidak akan ada satu tangan pun yg mampu membantu..

Namun, ingatlah bhwa ALLAH itu MAHA PENGASIH LAGI MENGASIHANI..

dlm nukilan pagi ini, marilah kita merenung sejenak tntang cinta yg hadir dlm hidup kita. fkr2 kan dan aku yakin korang xakan bace entry kali ini sbb korang akan ckp, korang dah tahu semua ini, xperlu di iingatkan lg.. masing2 punya timbangan kelak, xsiapa tahu..

sekian saja dari aku, maaf~~
salam.
~mr.thinker~


Bismillahirrahmannirrahim...
Dgn nama Khaliq, aku memulakan nukilan sementara aku ini...

tertarik dgn tajuk blog hari ini?? atau tersentak dgn tajuk ini??? maklumlah, subuh pun kdg2 je bgn kan??akuilah, remaja pada hari ini, malamnya berjaga smpai ke subuh, tp bila dah subuh, tup2 je terlelap..atau pun, solat subuh kemudiannyer tido blk..

Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?

Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya? kan???

Ada kalanya kita rasa suram, rasa sedih, rasa murung. Bak kata remaja-remaja sekarang, bangun-bangun pagi saja dah emo. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Dimanakah silapnya?

Silapnya adalah kerana kita tidur selepas solat subuh. Aduh, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.kan?? ehhehe,

tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.


Kenapa? Kerana anda akan disihir jin.

[rujuk surah Al - Falaq]

"Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)"

"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan)"

"Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita"

"Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya)."

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki."

Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

jadi, teman2, marilah kita same2, berusaha diri kita ke arah kebaikan.. same berpesan.

> nukilan ini petikan dari www.iloveislam.com. tajuk: lelaki2 subuh.

>sekian dari saya,

salam.

~mr.thinker~

Bismillahhirahmannirrahim...
Dgn kalimah Rahman dan Rahim, Maha Mengasihani, Maha Penyayang,
aku memulakan nukilan aku untu ke sekian kalinya...

Benar kata org, yg dikatakan JANGAN itulah yg akan kita lakukan, semakin kuat larangan JANGAN itu, semakin hati kita akan lakukan perkara itu. Kawan yg baik akan ckp..

'kalau kelak ko dah pergi jauh, ko JANGAN lupa aku tau..'

seringkali kita dgr akan ayat ini terbit dari bibir kawan ketika kita berpisah kan?? Tp akhirnya??
selalu gak kita dgr kawan ckp,

"aku xmesej ko, xbermakna aku xingat ko"

terlalu mudah alasan yg kita beri kan? padahal kita sendiri terlalu buta dalam menilai erti nilai persahabatan yg sebenar, gagal dlm menghargai kawan dan sahabat.. JANGAN pernah kau kata 'dia bekas kawan aku' coz tiada istilah bekas dlm persahabatan..

bagi aku, kawan adalah seseorang yg sgt penting bagi aku, tapi bukan semua kawan aku adalah teman aku. Kerana itu, aku selalu akan cakap pada kawan,

"Lupakan aku andai aku xmampu jadi kawan ko"

Bagi aku, JANGAN pernah kita yakin bahawa kita hebat dalam berkawan, JANGAN pernah kau putuskan hubungan KAWAN itu, dan JANGAN pernah kau buat kawan mu pergi jauh dari mu..
Kerana, jika sekali aku menjauh, tiada jalan kembali untuk aku betulkan segala..

Ada seorang sahabat pernah berkata pada aku,

"aku minta maaf coz xdapat jadi kawan terbaik untuk ko."

aku cuma mampu tersenyum, lantas berkata,

"JANGAN pernah ko cube menilai diri sendiri."


Kata-kata HAMKA, benar2 membuat kita terkedu..
JANGAN pernah kau tangisi akan sahabat yg sudah pergi.
JANGAN pernah kau harapkan kawan yang sudah tiada.
dan..
JANGAN pernah kau menangis kembali jika kawan dan sahabat yg sedia ada pula PERGI dari hidupmu..

Ingat, dunia ini hanya sementara, sejuta perkara menanti mu, JANGAN sedih hanya kerana satu perkara. syaitan itu musuh mu,
Dalam kau menangisi akan seorang sahabat, angkau sudah pun kehilangan seorang lagi sahabat.
Kelak, JANGAN kau tangisi lagi, JANGAN ko sesali lagi, JANGAN kau ingati lagi..

Inilah rakan mu, sahabat mu, teman mu.. hargai mereka, namun, kau JANGAN pernah buat mereka hilang lagi. Hargai mereka.

Kepada semua, JANGAN tangisi, JANGAN hargai, JANGAN biarkan..
kenapa aku letak JANGAN???

Kerana, apabila JANGAN, itulah yang kamu akan lakukan pada kawan, sahabat, dan teman kamu..

fikir2kan, renung2kan..

salam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim..
dgn nama KHALIQ, pencipta sekelian alam, aku memulakan nukilan mr.thinker...

pagi ini aku nak bawa korang semua imbas balik zaman lepasan SPM dulu,time gap nak tggu result..hahaha, aku tau msti bnyk aktiviti yg korang nak buat kan time tue..nak2 yg kaye2, g holiday lar jwbnyer, maunyer oversea2,haha jgn terase...

tp, bg org2 yg biase mcm aku nie, mmg stok kene berkhidmat untuk negara lar jwbnya..mau kene g PLKN???adoiii,tue lar ayat ptame aku, ape lar nasib, duk umah baru 3hari dpt surat g PLKN da...aku passing out 21Hb, blk umah 25hb, disember 2009, 2hb januari 2010, aku da kene g PLKN..mmg hangin jer aku rasee, tp da kene g, aku pun g jelar, nasib badan, terima saja. yg penting, ikhlaskan hati...

so, KEM MERANG SURIA, terengganu, mnjadi destinasi hidup aku..hahah, awal2 aku ckp ape da kem nie, tp duk dua hari leh ckp ok gak kem nie, puas hati gak la 'holiday' kat MERANG SURIA ni..hahah.. so, aku duk lar dlm kompeni CHARLIE, kat RMC pun CHARLIE gak, ape punye jodoh larrr...
inilah kompeni aku yg aku 'cintai'...muahah, tp, aku suka doe.budak kompeni aku semua sempoi2 jer...

mcm2 yg penah berlaku dlm kompeni aku tmasuklar, pertikaian pangkat lar, kecoh ntah pape2, xkesah pun ape yg blaku, yg pnting, holiday aku kat kem merang tue berbaloi...hahaha..


hahaha, nah!! gambar satu kem aku letak, ade berapa ratus ntah, aku pun dah lupe..coz aku dtg nak holiday, xamek kesah tntang semem tue, tp ntah knape ntah, tibe2 jer, aku kene amek kesah tntang seme tue, sape yg paham, paham la kot..hahahaah

makanan kat kem nie, mmg best gler, aku mmg time makan jer, laju jer...hahah, cikgu2 plak, mmg superb beb..hahah sempoi2 jer seme.. tok penghulu aku pulak, mmg terbaik dr ladang ar, dia punyer suara untuk kawad mmg ade kelas ar org ckp. seriusly puji nie..

kdg2, rase mcm nak g balik jer kem merang nie, tp bukan g untuk masuk PLKN lar, aku tringin nak g coz aku nak bercuti, best2, syok2..hahaha..
btw,tlalu bnyk kenangan kalu aku nak tulis kat sini, mau tiga hari pun xabes lg...

yg penting aku nak gtau, kompeni aku, kompeni CHARLIE, menag keseluruhan terbaik, mmg the best la CHARLIE.. hahaha,, sblum aku hentikan nukilan aku untuk smbungan seterusnya, aku letak pic santai aku time PLKN dulu,

inilah pic aku time hujung minggu, santai abes dah nie,, wpun hujung mggu, tapi semangat sbg wira PLKN tue ttp ade, hahaha...aku yg pgang hp kaler hitam ek, jgn duk perli2 aku..hahaha

okla smpai di sini saja nukilan aku pd hari ini...
ingatlah kenangan itu, kerana melalui kenangan kita menempuh hari esok..

salam.
~mr.thinker~


bismillahhirahmannirrahim...
dengan lafaz nama ALLAH ini, aku memulakan nukilan mr.thinker hari ini...

""Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
Membuat orang tidak percaya menjadi percaya,
Memberikan keberanian pada orang ketakutan...

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya.

Doa iu bekal,
Doa itu senjata...

Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang Nabi dan para Rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan yang lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khaliq.""

>> ayat petikan blog
http://syabrahubaidah.blogspot.com/2010/05/hebatnya-doa.html

aku tertarik dengan petikan dari blog muslimah ini kerana pada ketika ini, aku juga ingin menyatakan tentang hebatnya doa.MASYAALLAH, kuasa ALLAH itu hebat sekali.

kalau ALLAH takdirkan bahagia kepada seseorg, xakan ada satu tangan pun yg mampu menghalang kebahagiaan itu untuk sampai..jika ALLAH takdirkan kesusahan kpd seseorang itu, xakan ada satu tangan pun yang mampu membantu..namun, ketahuilah bahawa ALLAH itu MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI..

aku sedar akan kehebatan doa, maka, percayalah bahawa, jangan pernah kita putus asa..
jika kita inginkan sesuatu, jangan pernah kita minta sesama makhluk, kerana, pemilik sebenar hanya ALLAH. yakin dengan hati kamu, dengan doa kamu, minta sungguh2 dengan penuh keikhlasan dan kelak, lihat lah bagaimana ALLAH mengabulkan doa kamu..

Alhamdulillah YA ALLAH, aku bersyukur...

salam.
~mr.thinker~

bismillahirahmannirrahim...

ruangan nukilan aku pg nie, aku nak cite tntang kehidupan aku spanjang pengajian aku kat kolej matrikulasi kedah a.k.a KMK.. hahahha, sape2 yg tau tue, agaknye, leh ar bace kot...

selepas je aku kuar RMC, aku dpt bnyk gak interview, tp semua aku xg, aku pun xtau knape aku xg interview2 tue seme, mgkn takdir nak aku g KMK nie kot..hahah coz last2 yg tggl hnya KMK nie jer yg aku ada, so, aku tpakse la g KMK ni.. mmg aku xmau ar starting2 tue, dahla kat pedalaman kedah doe...

first time aku smpai kat KMK tue, mmg aku ckp 'aduiyai,mmg stok pedalaman doe' tp aku trime ar, mgkn nie destinasi aku sterusnya dlm hidup..yelar, aku bknnyer pnh duk study kat kedah pun..tp mule2 mmg seriusly, xbest lgsung, almaklumlah, sblum nie, duk KL, bgn pagi nmpak KLCC..hahhah, poyo lar pulak..

so, aku stdy ar kat sane, ade gak Op2 yg trut stdy kat sane bsame aku,, antranya, OP LUQMAN,OP RAHIM, OP HASNAN, OP AKMAL, OP AMIN, OP IKHWAN.. tue jer kot..hhahhah.tp, OP standard ar, msti perform jer, seme bidang kat KMK tue, kami yg kontrol tp satu jela, kami mmg xminta JPP ar..hahahasbb tue xjoin JPP..lalaalla.

nie lak time jamuan H1P8 last sem2,tp mlmnye aku xg,aku g petang jer...

sepanjang setahun aku duk KMK nie, bnyk gler bnda yg aku buat. wpun mase study ye sibuk tp ntahla, aku pun xtau cemana aku leh telibat dgn bnyk bnda.. so no wonder ar result aku pun xseberape jer,, tp, aku xkesah la, coz later, aku tau ilmu ALLAH ni luas, ape jer yg kita belajar, niat krn ALLAH, pasti bjaya..

antra pkara yg aku pnh buat kat KMK nie::::::

1.join karnival sukan matrikulasi peringkat kebangsaan >KAKOM< kat KMJ
2.pembaca doa KMK> untuk event2 besar jer< hahaa riak bunyi eh..
3.pnh jd pengerusi majlis untuk majlis hari raye KMK.
4.jurulatih rugby untuk KMK,>> tp team aku xdela johan<<<
5.pegi kem kepimpinan peringkat kebangsaan kat N9..
6.g kem birotatanegara
7. dan bnyk lagi lar, malas nak list..hahahahha

ade mcm2 kisah suka dan duka aku kat KMK, haha tp aku jadikan semua tue kenangan terindah bg aku..
sem 1 aku kelas H5P5
sem2 aku kelas H1P8
ahha, kawan2 aku seme smpoi2 jer, tp biase la, kawna pun berape bulan jer, mane dieorng nak ingat aku...alallaalllaa>> statement panas<<

kat KMK nie gak lar aku knl 'dia'.. nie time kat kakom kat johor, jumpa OP2 yg lain...
okla, smpai sini saja lah,,,











nie pulak, time exp bedah tikus H5P5..hahhaha aku penggal seme tikus tue..



okla, cukupla sedikit coretan aku tntang KMk ok...hahha bace jgn xbace.. yg nie, dpersilakna kutuk coz aku tawuu, korang jeles...hahaha

salam
~mr.thinker~

bismillahhirahmannirrahim...

dgn nama ALLAH yg memiliki alam semesta ini, aku memulakan nukilan pagi ini...

setelah satu kekecewaan yg aku terima n keputusan yg aku buat, aku redha dan aku terima seadanya..aku tau wpun mgkin semua akan lihat ini sbg salah aku, tp biarlah, aku xnak bermain lagi dgn pkara2 sbgini.

mgkin korang akan ckp;

'alarrr, lek ar mer, xde ape pon, bapak ar manja doe;

tp, skali korang kena gak esok, korang tau ar keperitan nyer...
lelaki mmg susah nak frust, tp sekali lelaki frust, korang leh tau ar efek die...
aku cume blh mampu bdiri dgn kaki sendri coz aku tau xde sape pun yg nak dgr cite aku.. maklumlah cite2 cmni, membosankan korang an.. tp, biar ar, perasaan ini anugerah ALLAH, aku trime..

pagi ini, aku bgn dgn langkah yg sgt lemah, aku pun xtau knape.. hati aku kaku, hermmmm.. ntahla.. mgkn aku kurang support dr teman2 kot..

xpela, yg pnting, aku harap, lelaki itu jaga die elok2..
mgkn aku tpaksa tinggalkan dia coz dia xmampu buat kptusan untuk diri die, so aku bntu die..
aku pun keliru gak kdg2, tp yg aku tahu,, aku msti BANGKIT SEMULA>..

aku cume harap, lpas ni, aku xdown cmni da.. aku btl2 keliru..
aku bdoa agar, segala yg di takdirkan kpd aku, adalah yg tbaik..

:: " YA RABB, jika benar dia ditakdirkan untuk ku, maka ENGKAU dekatkanlah dia kpd aku, ENGKAU rapatkanlah dia kpd aku, ENGKAU kembalikanlah dia kpd aku.. Namun, seandainya, dia bukan untuk aku, maka, ENGKAU lupakanlah dia terus dari ingatan aku.. Sesungguhnya, ENGKAU lah MAHA MENGETAHUI lg MAHA MENGASIHANI..

kpd sesiapa yg bace blog aku nie, korang bace lar btl2, later korang akan faham.. tp aku harap korang xpyhla kutuk2 yer, coz.. kata2 kita juga merupakan ujian kpd kita kelak...

nnti aku update lg blog nie, btw, aku perlu support dr korang, aku btl2 dah down...

'sy minta maaf awk'
salam
~mr.thinker~



bismillahirrahmanirrahim..

saat aku duduk termenung, tiba2 hati aku tertanya2, apela agaknya yg skuad aku buat..

CHARLS..

sepanjang aku menjadi putera mtd, aku tlh belajar bnyak bnda,bnyk pkara. setiap saat itu mrupakan sesi "pembelajaran". inilah skuad aku waktu f4.time nie perkhemahan tahunan kat n.9. aku ade lar dlm nie,berpakaian askar nie, jiwa mmg kental la..

skuad aku:

1.nizam
2.syahin
3.hudz
4.redzuan
5.dyn
6.irman
7.chong
8.ameirullah
9.hakim
10.syahmi
11.amin
12.syed a.k.a burst
13.azan a.k.a anam
14.faiz a.k.a tuang
15.kecik
16.Qairul a.k.a Q
17.redza
18.akmal a.k.a kodi
19.zal
20.amerafizal a.k.a aku sndri
21.fadzli (allahyarham)

inilah bro of charls yg berjaya passing out tanggal 21 disember 2009.mmg tarikh keramat la bagi aku dan semua batch aku 'OATHS'..
semua kenangan ini aku simpan sbg salah satu episod dlm hidup aku. doa aku kpd semua, semoga berjaya...aku xakan pernah lupa korang. 2tahun kita kenal adalah tahun2 yg terbaik bg aku..

salam...



bismillahirahmnirrahim...

hari ini, pagi ini, aku belajar tentang nikmatnya hidup, indahnya syukur, tingginya sabar, dan hebatnya tawakal...


Dalam aku menghadapi kehidupan aku,aku akui juga bahawa aku ini sekadar manusia biasa yg xlepas dari dugaan dan ujian.tapi,terkenang pula kata sahabat op aku,"jangan pernah mengaku beriman, kalau xpernah diuji." jadi mungkin benar bahawa, semakin aku nak berubah ke arah kebaikan,semakin kuat ujian yg mendatang..


kata dari seorg temanku pula;
"Jinakkanlah nafsumu dengan mujahadah. Sungguh jika ia telah jinak, ia akan tunduk kepada hati, kemudian hati tunduk kepada nurani dan nurani tunduk kepada Allah SWT. Ingatlah maut, dekatkanlah diriku kepada Allah SWT, disamping banyak berdzikir siang dan malam. Temanku adalah orang yang melarangku dan musuhku adalah orang yang menjerumuskanku."

ada betulnya jugak kate teman aku nie,herm
m..tp tatkala menilai musuh itulah yg kadangkala membuat kita tewas,tatkala hati berkata,sabar,sabar itu pula untuk sesuatu yg xperlu..

tp. setiap org punya tafsiran kehidupan masing2 yg kita sndri xakan faham. ape2pun pandangan itu, harus dihormati dan didengari..aku percaya itu.
terima kasih untuk segalanya, yakinilah, setiap yg berlaku pasti ada hikmah, semoga kita semua dlm lindunganNYA...

sekian sahaja,,
salam.

Bismillahirahmannirrahim... dengan nama ALLAH, aku memulakan nukilan pertama aku...

alhamdulillah, setelah 4thn aku biarkan blog aku diam tan
pa diurus,aku kembali tbuka pintu hati untuk kmbali menulis dlm blog aku nie.aku sndri pun xtau knape, tp yg pasti ada org yg ajar aku untuk kmbali bernukilan ini. herm, aku cuma insan biasa yg selalu post ayat2 aku,tapi selalunya kena kutuk je,maklumlah, ayat power sgt smpai xde sape berani nak komen, "xmampu katanya". ade ke patut ckp mcm tue, ape salahnya, komen jela.anyway, dlm nukilan aku yg pertama aku ini, aku rase mcm aku nak cerita tntang bgaimana aku blh tbuka pintu hati blk untuk kmbali bernukilan.


ceritera bermula, aku ada knl sorang budak nie,die punye blog xdela power sgt, tp aku xtau knape aku tertarik sgt nak tgk blog die.asal aku online fb je,msti aku on blog die gak dan bgtulah sbaliknya.haha, aku rase sape yg bace pun tau sape kan,xpe2, aku upload pic die gak jap g.aku baru knl die je sbnarnye,baru 2mgu kot,tp kami kawan mcm dah knl 20thn,>;wlaupun aku baru 19<; hahhah.


btw, untuk nukilan aku yg ptama ni, aku rase cukupla untuk stakat ini, tapi yg pasti, mmg blog ini mjdi medium untuk aku isi mase aku yg sgt2lah lapang ini. aku harap, kawan2 aku pun sudi support blog aku nie. untuk cik AZWA MOHD FAUZI (nama fb die ar) terima kasih..
aku curik pic kaw..heheheh sory..

inilah cik AZWA MOHD FAUZI a.k.a KAK WAWA..

hahahh,aku mmg paggil die kak wawa wpun aku yg lg tue.. die lar yg ajar aku cemane nak manage blog aku ni blk. tgk ar jelingan die, mmg membunuh..hahhahah, sory ar, mmg pic nie mmg tarik phatian aku. tp aku rase xpyhla nak upload pic die bnyk2, coz, die nie punye posing mmg same jer, mmg cmni je die punye posing.hahahha

to cik azwa, sory..
okla, aku rase cukupla nukilan pertama aku nie, jap g aku post2 lg,hahah
assalamualaikum...

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.