semalam,
aku menjengah seketika ke arah masa silam aku, mengintai seketika ke arah kenangan masa dulu. aku tersenyum sendiri.sekarang ini, aku banyak kehilangan idea untuk mengeluarkan kata-kata kerana aku sendiri kurang pasti dengan penyebab perkara ini berlaku. aku cuma tersenyum melihat kenagan yang sudah tercipta dalam hidup aku. dan sekarang, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku memulakan perjalanan baru tanpa perlu aku fikir lagi. kenapa aku masih takut untuk bergerak? aku seolah masih terperangkap dengan diri aku sedangkan aku seharusnya sudah bergerak jauh ke depan.

hari ini,
aku masih lagi di berikan peluang untuk membuka kelopak mata ini dengan segala sistem badan yang masih di beri peluang untuk bersama aku, alhamdulillah. perkara utama yang aku fikir sebaik sahaja aku memulakan nukilan aku adalah untuk menulis dengan mencurah segala yang aku simpan selama ini. hari ini mungkin hari terakhir dalam hidup aku, tapi, aku harap ALLAH masih memberi ruang dalam hidup aku supaya aku masih mempunyai peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. aku bersyukur di atas segala nikmat yang di berikan namun, aku juga harus berusaha untuk menjadi lebih baik.

nama aku muhammad amer afizal bin noor azmee, aku masih tercari- cari apa yang aku nak dalam hidup aku dan aku rasa aku tahu kenapa ALLAH masih menyimpan semua ini dari aku. aku cuma seorang remaja yang lahir di atas dunia ini dengan teriakan yang mengganggu orang lain ketika itu. kata-kata ini di tulis dan di fikirkan dengan sebaiknya, namun, aku sendiri masih samar dengan apa yang aku ingin. sudah lama tidak bernukilan, rasa kekok itu masih menebal dalam diri ini. namun, aku harus juga tulis kerana ini langkah kedua aku untuk menghilangkan beban di hati.

meniti perjalanan di ruang yang sempit ini memberi aku rasa ragu-ragu untuk terus bergerak tapi pada masa yang sama, aku masih lagi punya ruang untuk meneruskan perjalanan aku. alhamdulillah. walaupun aku tidak sehebat mereka tapi, aku masih aku yang mempunyai kehidupan aku, aku harus faham dengan ketentuan ini.
aku mungkin akan kehilangan segala-segalanya dalam usaha aku mendapatkan sesuatu tapi, aku rasa aku masih kuat untuk tenangkan diri aku dan tidak melatah dengan semua ini.

semoga kenangan aku masih kuat dalam ingatan aku ini.
segalanya yang terbaik untuk semua.
aku masih di sini.
jadi, biarkan aku.
aku akan okay.

~op amerafizal~

1 comments:

itulah perjalanan.. dan kita perlu tahu bahawa

"masa depan adalah rahsia"

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.