bismillahhirrahmannirrahim,
dgn nama KHALIQ, ampunkan aku YA RABB jika aku leka dlm hidup ku,
aku memulakan hidupku yg simple ni..

hari ini, aku membuka sebuah lembaran untuk aku tutup pada hari ini, sudah beberapa ketika aku biarkan semua ini membelenggu diri aku tanpa aku sedar bahwa masih banyak lagi perkara yg menanti aku di luar sana,

hari ini, tanpa sedar aku sudah 19tahun hidup,meminjam dgn menggunakan segala pemberianNYA tnpa aku sedari,MASYAALLAH, bgtu hebatnya hidup ini jika kita menghayati dgn mata hati. ada sedih, ada happy, ada duka, ada gembira, ada sejuta perasaan yg ALLAH kurniakan kpd kita. supaya kelak akan ada pelangi yg ada sesudah hujan menimpa..

hidup bukan perkara yg berubah, masa itu semakin bergerak, tapi hambaNYA ini yg sentiasa berubah, lari dan terus lari dari kenyataan hidup, membiarkan diri dgn perkara lama yg membuat hati dibelenggu nafsu yg berada di takuk lama.

hari ini, aku berdiri sendiri menilai kehidupan aku, membuka kesemua lembaran lama, melihat semula dari mana silapnya aku. berhabuk, berdebu, namun, dalam membetulkan segala , kita takkan pernah terlambat. aku bermula semula.

helaian demi helaian aku terokai. menilai semula perjalanan hidup aku bermula dari aku lahir, sehingga hari ini. ALHAMDULILLAH, banyak perkara yg sudah aku selesaikan dlm hidup aku. jika aku pergi kelak, aku akan merasa lega sedikit kerana sekurang2nya, aku sudah membetulkan segalanya.

Namun, hidup ini masih belum berakhir. aku masih dlm perjalanan persinggahan yg akan membawa aku kpd kehidupan kekal abadi di sana. Samada bekalan aku mencukupi atau tidak, aku tetap tetap akan pulang kepada PENCIPTA ku jua kelak..

saban hari juga aku duduk sejenak memikirkan nasib aku.Namun, jika aku masih fikirkan nasib aku, sampai bila2 jua aku takkan pernah kemana2. yg pasti, aku nak terus berjalan dan berjalan. melihat kehidupan dari sudut berbeza. kerana ini yg akan membawa aku jauh dan membuat aku lebih matang dlm menilai kehidupan.

aku sedar hari ini, aku tersasar.tp ALHAMDULILLAH, DIA masih memberi aku peluang untuk perbetulkan semua apa yg sudah silap.hari ini, aku sadar YA RABB.

hari ini, aku cuma meminta supaya, biarlah perubahan ini akan kekal. perubahan ini semakin ke arah kebaikan. cukulah dgn apa yg berlaku, semoga aku menerima pengajaran terbaik dariNYA.

mr.thinker ini juga seorang manusia. manusia yg menjalani kehidupan diri yg penuh dgn liku-liku kehidupan yg hebat. setiap dari liku itu mengajar diri aku menjadi seorang yg lebih matang dan tabah dlm kehidupan.

hari ini merupakan satu pengakhiran kepada aku.
tetapi,
hari ini juga merupakan satu permulaan bagi aku.

kepada semua yg membaca nota kehidupan ini, aku memohon maaf. kita sama-sama mengenali MAHA CINTA sebenar..

salam
~mr.thinker~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.