Bismillahirrahmannirrahim...
Dgn nama Khaliq, aku memulakan nukilan sementara aku ini...

tertarik dgn tajuk blog hari ini?? atau tersentak dgn tajuk ini??? maklumlah, subuh pun kdg2 je bgn kan??akuilah, remaja pada hari ini, malamnya berjaga smpai ke subuh, tp bila dah subuh, tup2 je terlelap..atau pun, solat subuh kemudiannyer tido blk..

Waktu subuh? Solat subuh? Dan kemudiannya lelaki-lelaki subuh?

Apakah itu? Siapakah pula mereka-mereka itu? Macam pelik je bunyinya? kan???

Ada kalanya kita rasa suram, rasa sedih, rasa murung. Bak kata remaja-remaja sekarang, bangun-bangun pagi saja dah emo. Seperti ada sahaja yang tidak kena. Dimanakah silapnya?

Silapnya adalah kerana kita tidur selepas solat subuh. Aduh, memang tepat mengena di pelusuk kiri jantung ini.kan?? ehhehe,

tidur selepas waktu subuh adalah sangat tidak baik untuk emosi dan kesihatan.


Kenapa? Kerana anda akan disihir jin.

[rujuk surah Al - Falaq]

"Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar)"

"Dari kejahatan (makhluk yang dia ciptakan)"

"Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita"

"Dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya)."

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dengki."

Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

jadi, teman2, marilah kita same2, berusaha diri kita ke arah kebaikan.. same berpesan.

> nukilan ini petikan dari www.iloveislam.com. tajuk: lelaki2 subuh.

>sekian dari saya,

salam.

~mr.thinker~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.