bismillahhirrahmannirrahim....

berkongsi sebuah cerita yang saya petik dari satu blog yg banyak mengubat hati ini...
alhamdulillah, walaupun hati ini tahu dosa yg melambung tinggi itu sukar untuk diampunkan, tapi, ketahui jugalah bahawa ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI....
YA RABB, izinkan aku membaiki diri ini terlebih dahulu dengan iman yg teguh setiap masa, janganlah pesongkan aku sesudah hidayah ini KAU kurniakan...
ikuti cerita di bawah ini;;;;



Ombak besar bersama ribut baru melanda sebuah kampung nelayan. Di pantai terdampar ribuan ketam-ketam kecil yang dibawa bersama ombak-ombak besar itu. Apabila ribut reda dan cuaca tenang semula kelihatan seorang tua sedang mengutip ketam-ketam yang sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kekeringan itu lalu dicampakkannya semula ke laut. Seekor demi seekor.

Perbuatan orang tua itu diperhatikan oleh sekumpulan anak muda yang kebetulan berada di pantai itu. Mereka pelik melihat betapa tekunnya orang tua tersebut mengutip satu demi satu ketam-ketam kecil untuk dicampakkan ke laut.



“Atok buat apa tu?” tegur seorang daripada anak muda itu.
“Kutip ketam ni untuk buang semula ke laut,” jawab orang tua itu.
“Kenapa? Kalau dicampakkan ke laut adakah ketam ini akan berpeluang untuk hidup? Atok nak kutip semua ni ke?” tanya mereka lagi sambil menunjukkan ribuan ketam-ketam yang terdampar di pantai itu.
“Macam tu laa, tapi mana atok terdaya, ini pun dah letih,”akui orang tua itu. Namun tangannya masih sibuk mengutip dan mencampakkan ketam-ketam itu ke laut.
Anak muda itu senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Sia-sia sahaja atok. Ribuan ketam ini akan mati. Atok tak akan sempat dan mampu menyelamatkan semuanya”
“Eh tidaklah”
“Kenapa?”
“Bagi kita, mungkin nampak sia-sia sebab apalah ertinya menyelamatkan seekor dua ketam ni berbanding ribuan lain yang akan mati tapi bagi seekor ketam yang kita selamatkan tu, ia terlalu besar ertinya.”
“Kenapa atok?”
“kerana ia melibatkan soal hidup dan matinya, betul tak?”
Anak-anak muda yang memandang sinis sejak tadi terdiam melihat kebijaksanaan dan keprihatinan orang tua itu.

*demikianlah cerita di atas.khas untuk hati diri ini, walaupun hati ini tahu bahawa dosa ku bagai pasir di pantai. namun selagi ada daya upaya, akanku cuba memutihkan dosa hitam itu... cuba dan terus mencuba... aku bertaubat YA ALLAH....

*petikan dari blog dirikudrcinta.blogspot.com
salam
~mr.thinker~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.