~salam~

perkenalan sesingkat itu memberi suatu impak yang mendalam kepada diri mr.A. dalam deru angin ilmu mentarbiahkan diri kepada kejayaan, sesuatu takdir menerpa datang tanpa di duga. mengenali dan mula mengenali namun hati samar-samar dengan sesuatu itu. keegoan diri masih menggunung dalam hati dan sanubari yang membuat hati seolah-olah menguji dengan takdir yang ditakdirkan. alangkah hebatnya hidup ketika itu namun, leka dan lupa.

pendaftaran pelajar baru pengambilan baru untuk kolej itu bermula. Azzam antara beribu yang mula mengerumuni kaunter pendaftaran. melihat ribuan yang datang bersama hati yang tekad untuk berjaya membuat hati Azzam terusik. bukan terusik dengan keletah pelajar-pelajar lain, tapi, melihat pengorbanan ibu dan bapa yang sanggup berpanas semata-mata melihat anak mereka mendaftar di salah satu tapak pengajian yang bakal menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. hati tersentak seketika.

"Azzam!' aku disapa dari belakang membuat aku berpaling dan melihat gerangan siapa yang menegurku. tidak sangka pula dunia sesempit ini, takdir menemukan aku dengan seseorang yang aku kenali sejak sekolah rendah. tapi, sayang sekali, memori aku tidak menyimpan secara kukuhnya akan memori itu. dengan kadar bersahaja, aku bertanya, ' siapa ya?'. kelihatan air muka lelaki itu berubah tapi masih dengan senyuman yang melebar lantas memperkenalkan dirinya sebagai Aiman. satu pagutan menggamit memori seketika kerana aku mengenali nama itu. satu gelak tawa yang membuat semua memandang Azzam dan Aiman seketika.

satu permulaan yang baik bagi aku kerana menemui kawan lama yang sudah lama terpisah. tapi, perjuangan yang hakiki sebenar harus diteruskan dan tidak boleh dilupakan sama sekali. Azzam berjalan menuju ke arah satu kaunter yang terletak di suatu tempat sesudah mendaftar tadi. mungkin untuk melihat dokumen yang dibawa oleh Azzam.

masih lemah kaki itu berjalan di bumi yang belum lagi dikenalinya membuat Azzam agak terpinga-pinga tapi penuh keyakinan. sesudah memperkenalkan diri, Azzam mengeluarkan segala dokumen yang berkaitan dan serahkan pada seseorang yang menanti dengan senyuman.

"Alhamdulillah." segalanya sudah selesai dan kini Azzam melangkah ke bilik yang kini akan menjadi biliknya memulakan langkah musafir ini. sesudah sampai di bilik yang jauhnya beberapa langkah dari masjid, Azzam bersyukur kerana segala kelengkapan yang disediakan sangat memuaskan hati.

"tumpuan sekarang adalah menumpukan sepenuhnya pada pembelajaran dan mencapai sesuatu dalam hidup bersama bekalan akhirat yang mencukupi. semoga rahmatNYA mendampingiku." bisik Azzam pada diri sendiri.

sambungan....

*sedikit nukilan*
berjalan meniti laluan itu,
terdapat sejuta halangan,
dengan tenang segalanya dilalui,
moga diberkati Illahi.

mengintai suatu kisah,
sering membuat hati terkedu,
betapa hebat kuasa Ilahi,
lantas diri ini rebah sujud.

membaca dan menilai,
memahami dan mentafsir,
tapi, masih terus sesat dan sesat,
itulah manusia.

perjalanan seringkas ini,
masih punya baki perjalanan,
moga mendapat petunjuk,
dariNYA YANG MAHA KUASA.

~salam~
~mr.thinker~

3 comments:

kisah yg mnyentuh hti,:P
tringat ms g dftr dlu....

nice one :p,
mcm jdik ms kmi g dftr laa.

cikopiko: hahah, sajer nukilan k, xde ape k

annonymous: herm, bagus2 ingat2.. kenangan itu terpahit ke termanis ke tetap terindah k..

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.