~smiling~

tiga hari berlalu tanpa sebarang kata bukan bermakna hati sudah bisu dalam menyusun kata-kata cuma lemas dalam kesibukan duniawi yang seakan palsu dgn diri sendiri.hahah, bermadah kata pulak. biasalah bila mana hati berbicara kadang kita telus dalam menyusun kata-kata tanpa sedar kata-kata ini mampu juga mencabar sesetengah jiwa yang tenang.aku bukan sekadar berkata malah aku juga berpesan, dimana pesanan ini bukan bermakna diri ini sempurna, tetapi melalui pesanan inilah, aku mulai mengerti tentang penilaian diri. bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.maka, samalah maksudnya juga jangan pernah mengaku beriman jika tidak pernah diuji.cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapi sisa-sisa ujian hidup yang telah disediakan olehNYA. tika mana aku berjalan, pasti bosan andainya dalam perjalanan itu, aku hanya berjalan lurus, mana mungkin kemurnian hati dapat dinilai melalui sedemikian rupa. maka, aku memilih untuk melalui jalan sukar, yang onak duri nya pasti menyakitkan lagi membunuh. sekali lagi, pemilihan ini bukan bermakna aku cukup hebat kerana tidak memilih jalan yang mudah tetapi kerana kau tahu, janjiNYA, tiada yang mudah dalam perjalanan ke jannahNYA. aku bukan hamba yang terbaik untuk ke sana, tetapi aku hamba yang sentiasa sedar siapa aku. aku sedar aku EGO. aku SOMBONG. aku KERAS KEPALA. tetapi sebagaimana kau dikurniakan 9 akal untuk berfikir dengan sendiri apa yang terbaik untuk dunia ku dan akhirat ku, maka, pasti aku akan melakukan sesuatu agar aku tidak pula terjerumus dalam kancah kehidupan dunia yang sepenuhnya lakonan kita semua. maka, ada juga perkara yang aku lakukan di luar kawalan aku keran aku sedar aku telah menyerahkan sepenuhnya hati dan jiwa aku kepadaNYA, walaupun aku sedar aku bukan sesiapa untuk berbuat demikian tetapi aku yakin DIA akan ada untuk aku. sekiranya, ada yang sedemikian rupa kiranya, maka, apa yang aku lakukan dan apa yang ditakdir pasti terbaik buat diriku.tersenyum aku seketika, bila mana, aku merupakan orang yang susah untuk diajar, ya, benar, aku susah untuk diajar. jadi, sabar lah dalam mengajar aku. tapi, aku tahu mama aku merupakan insan yang yerbaik dlaam mengajar aku kerana aku mampu untuk belajar. mengenali aku selama beberapa ketika bukan bermakna mengenali aku sepenuhnya, kerana kita takkan mampu mengenali dengan baik seseorang itu walau apa jua caranya. tapi, mampu juga kita dalam mentafsir bahwa sifat manusia ini sedemikian rupa, sedangkan dulu ketika ALLAH hendak menciptakan adam pun, masih menjadi tanda tanya kepada para malaikat. hahaha. tapi  tak mengapa kerana sifat manusia ini jahil, yakni tidak tahu, maka, aku pun ada sifat itu. sama-samalah kita belajar.

~aku tidak pernah belajar untuk menghina ibu bapa orang tetapi xsangka ada org belajar untuk guna ibu bapa dalam menilai aku~
~mr.thinker~

4 comments:

ibu bapa tu hanya lah contoh aku untuk ko...sebgai seorng yg lebih dahulu memakan garam dr kita...yg lebih matang berbanding kita,,,n 4 sure lebih tua dr kita,,, ko berterima kasih dgn komen aku, dalam masa yg sama ko xdapat menerima..

keep smiling....you look sweet.. :)

keep smiling yeah... :)

terima kasih...

en/cik/puan anonymous, terima kasih ya...

sheloveit_rura_reenz, mmg tgh senyum pun nie.. hahha

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.