~smile~

sejak beberapa ketika ini aku suka untuk memulakan tulisan blog aku dengan senyuman menawan supaya aku sedar beberapa ketika dalam hidup aku yang aku hargai sangat-sangat dan tidak akan pernah terlepas walau apa pun jadi. sekarang jam kat handphone dah pun menunjukkan jam0130 pagi dimana kebanyakkan manusia dalam dunia yang punya waktu yang sama seperti malaysia malamnya sudah pun memulakan langkah dalam perjalanan mereka untuk melayari mimpi dan rehat yang secukupnya. tapi aku malam ini terpaksa pula bersengkang mata selagi assignment aku tidak dapat disiapkan. tapi, jangan risau keran aku akan pastikan assignment aku siap sebelum jam 0300 pagi dan aku akan sambung dangan sesi pembelajara yang lain.jadi dalam beberapa ketika yang sibuk ini, aku curi beberapa saat untuk aku mula bernukilan dalam blog aku yang pada anggaran aku tidak ramai yang akan membaca malah mengetahui kewujudan blog ini, hahaah, pada anggaran akulah, tapi tidak pula aku tahu kenyataan sebenarnya. tapi, tidak mengapa keran aku mengalu-alukan kehadiran semua yang terbaca mahupun memang niat ingin membaca blog aku yang tidak seberapa ini. tajuk aku dalam keheningan pagi ini cukup mudah untuk aku kupas bersam teman yang masih berjaga yakni tentang ego lelaki.aku tahu dan yakin semua orang dan manusia dalam dunia ini ada ego masing-masing samada lelaki mahupun perempuan.cuma yang membezakan adalah tentang bagaimana kita mengawal dan mengenalpasti ego kita. ego sebenarnya menyelamatkan kita tetapi perlulah bijak dengan cara yang sebenarnya kita mengawal ego kita. maksud aku yang lebih mudah adalah dengan ego, kita selamat dari beberapa perkara. hahaah, tetapi kan amer, perempuan tidak suka lelaki ego. hahah, aku dah agak dah soalan macam tue nak keluar. jadi aku pun jawablah denga cara yang mudah untuk difahami oleh semua orang termasuk perempuan supaya mereka sedar yang bukan hanya perempuan perlu jual mahal tetapi lelaki juga. cerita aku mudah, kerana ego seorang lelaki tidak mahu meluangkan masa dengan kekasih hatinya kerana takut akan kurangnya kasih sayang yang wujud antara mereka jika selalu berjumpa dan bertemu. kedua, seorang lelaki ego untuk memujuk kekasih hati yang sedang merajuk kerana khuatir jika dituruti memujuk maka akan berakhir dengan mengikut nafsu wanita yang 9 itu. ketiga, seorang lelaki ego menerima teguran daripada orang yang bukan dari keluarganya kerana setiap lelaki itu punya pendirian dan pegangan yang teguh dalam hidup mereka sebagai lelaki. jadi, untuk mereka merubah segala perkara yang sedia ada dalam hidup mereka memerlukan penilaian yang teliti dari hati mereka samada dalam menentukan perkara yang ditegur oleh insan lain itu benar-benar perlu diubah atau tidak. kadang kala, perkara yang normal bagi lelaki dan orang lain menjadi tidak normal bagi sesetengah insan yang lain. jadi, pertimbangan seorang lelaki itu akan melibatkan faktor masa depan, diri sendiri, keluarga dan pendirian. ini juga dipanggil ego juga. kadang kala lelaki perlu ego untuk menelamatkan diri dia. sebenarnya bagi lelaki yang mengenali tahap keimanan dirinya akan menyedari bahwa musuh paling bahaya unutk dirinya selain dari diri sendir adalah wanita. jadi, untuk melawan musuh itu, lelaki perlu untuk berkawan dengan wanita tapi penuh denga hati-hati kerana setiap masa merupakan masa seorang lelaki mampu rebah kerana wanita. tetapi, tidak lupa juga tentang dari seorang wanita juga ego lelaki mampu untuk patuh, seperti contoh ibu dan adik perempuan kita, tidak dilupakan isteri tersayang. haahhaha, tetapi berbaloi lah sekiranya ego kita sebagai lelaki lemah kerana golongan wanita ini kerana mereka merupakan keluarga kita, berbanding dengan wanita lain yang haram untuk kita. tapi, tak kisahlah bagaimana kita mengawal dan menjaga ego aka pendirian kita sebagai lelaki, yang penting kita selamat di akhirat. nak hidup sejahtera di dunia, maka carilah ilmu dan jika nak hidup sejahtera di akhirat maka, carilah ilmu. kesimpulannya, kita perlu ada ilmu sebelum kita buat sesuatu, yang haram akan tetap haram tapi, yang halal susah dicari.fikir-fikirlah.

~agak-agak ada ke yang nak komen ek??~
~mr.thinker~

2 comments:

nah..meh nak komen sikit..hahahha.. tu jela....sbb kan da ckp sikit je.. btw...nice entry~ :)

amer..amer.. xhabis2 dgn ego awak tu..=)
ingtlh..Dunia ni boleh hancur kerana sifat ego. Ada orang sayang hendak membuang egonya. Dia rasa terhibur dengan egonya. Sesetengah orang menganggap ego itu perlu dibela. Sebab dia fikir, semua orang sudah ego, takkan dia tidak boleh ego. Nanti dia kena perli, kena zalimi, kena aniaya, kena marah. Maka baginya senjata ego itu penting.
Begitulah bahayanya sifat ego kepada kehidupan kita. Orang yang ego bukan sahaja memakai pakaian Tuhan, tetapi dia juga menjadi pengikut iblis. Dari sifat ego itulah lahirnya berbagai-bagai mazmumah lain yang mengharu-birukan kehidupan manusia.

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.