bismillahhirrahmannirrahim...
 kenalilah erti cinta sebenar.

kelak kamu akan lebih mengenali erti cinta sejati.



Novel pembangun jiwa dari Habiburrahman El Shirazy

Puisi ketika cinta bertasbih

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Recited by Ayyatul Husna


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Recited by Anna AlthaFunnisa

 salam.
~mr.thinker~

 bismillahhirrahmannirrahim..
*pertemuan jodoh bersama halaman ini membut diri ini berfikir, sekadar copy untuk kongsian bersama dan bakal diuraikan lagi kelak*

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”




Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.








salam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim...
Angkatlah tangan dan berdoa pada Allah bersungguh-sungguh. Minta sepuas-puasnya. Allahlah pemilik cinta dan yang menasukkan rasa cinta kedalam insan-insan yang kita sayangi. Subhanallah..


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-

1- Semasa Lailatul-Qadar.

2- Ketika hujan turun.

3- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

4- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

5- Di tengah malam.

6- Di antara azan dan iqamah.

7- Ketika sujud dalam solat.

8- Ketika iktidal akhir dalam solat.

9- Ketika khatam Al-Quran(tamat) .

10- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

11- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

12- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.


*perkongsian blog mereka*

salam.
~mr.thinker~ 

bismillahhirrahmannirrahim..

bertuturlah mengungkap sepatah perkataan tentang sesuatu. membela diri mu jauh dari fitnah duniawi itu harus berbanding dari terus diamkan diri membiarkan fitnah itu tersebar. mencemarkan nama diri sendiri, agama, bangsa. apakah itu harus? oleh itu, harus dijauhi dahulu fitnah itu sebelum keadaan itu lebih teruk dan menghancurkan mereka.

cinta itu indah. cinta mampu mengubah segala-galanya. tafsiran tentang cinta memberi kita cara bagaimana untuk bertindak terhadap cinta. sedangkan cinta itu indah yang sangat. memperolehi cinta itu senang bagi mereka yang buta dalam menilai erti cinta dan susah bagi mereka yang hebat menilai dalam erti cinta sebenar.

ketika butiran tasbih berjalan meniti kehidupan, pelbagai persoalan yang lahir dari benak fikiran seorang hamba ALLAH. menjadi yang terbaik antara hambaNYA itu sudah pasti namun, bagaimanakah penilaian DIA untuk hambaNYA yang terbaik? dari sudut apakah yang mulia di pandanganNYA? sedangkan jutawan dunia juga masih belum mampu dengan penuh keyakinan untuk memiliki cintaNYA, tetapi tidak mustahil juga bagi seorang fakir pengemis di dunia untuk jutawan di akhirat.



rasa bangga menyelinap dalam diri tatkala melihat ramai anak bangsa yang semakin maju ke depan, remaja yang pada hari ini begitu berpotensi untuk memimpin negara kita. namun, rasa sedih itu juga muncul tatkala melihat mereka yang berjaya hanya berjaya mengejar duniawi, akhiratnya belum pasti bagaiman perjalanannya kelak.

mereka yang baik pasti akan dipertemukan dengan mereka yang baik. bagaimana pula dengan mereka yang terleka sebentar.harus dibiarkan kah? tanpa ditarik semula ke arah jalan yang benar. segala-galanya adalah penilaian yang dibuat berdasarkan kaca mata seorang yang hanya menggunakan fikiran. pengetahuan itu harus juga seiring dengan pemerhatian itu.


keliru antara apakah erti bijak sebenar, terlalu banyak pentafsiran maksud mengikut pandangan tersendiri dengan perjalanan kehidupan masing-masing. 19tahun masih belum cukup untuk diri ini melayari duniawi ini dengan penuh kefahaman dan hati-hati. melihat kehidupan masing-masing membuat diri ini banyak berfikir.

berbicara tentang diri sendiri adalah contoh mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. berkata hati bicara tentang segala perkara berkaitan masih belum mampu untuk menjadikan diri seorang yang insaf dalam segala hal. mencuba menjadi yang terbaik yang hanya terbit dair bibir yang belum basah dengan zikrullah kepada DIA YANG HAK juga masih belum mampu untuk megurai segala kata.

segala yang dibicarakan hanya secebis kata-kata yang terbit dari lidah seorang pria yang juga belum bersih dari dosa. tetapi, membetulkan yang salah sesudah mengetahui itu benar harus. dalam kehidupan, pengajaran itu datang sesudah menerima pembelajaran dalam kehidupan. biarkan diri terjatuh ketika diuji aslakan diri terus bangkit dan berdiri mencari maruah diri yang sejati. ampunkan hati ini..
\
~sekadar bicara~
salam. wallahualam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim..
~indah kata-kata dari lirik ini, kerana setiap dari kita mempunyai kenangan, memori dan segalanya tercipta bersama kita..~
 sekadar kata-kata unutk dikongsi bersama.
~shila-memori tercipta~










~maaf, semua ini kenangan aku. terpahit jua termanis semuanya bagiku terindah,~

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


~mr.thinker~

 bismillahhirrahmannirrahim...
Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. [Sila Kongsi] FW:-


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. (",)
gambar sekadar ilusi semat-mata.
salam.~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim..


benar kan, jangan mengharapkan apa2 sekalipun.
cukuplah dengan apa dan siapa yg bersama aku pada hari ini. cukuplah.
bestnya kenangan itu.

herm.

meniti selangkah demi selangkah dalam kehidupan aku membuat aku semakin mengerti tentang apa itu kesabaran, redha dan tawakal.

namun, hati ini yg masih disaluti dgn sifat2 yg kurang baik membuatkan aku seakan xnak mengaku dgn kelemahan diri, masih terpedaya dgn sifat2 yg bakal membuat aku sendiri lemas dgn diri aku.

aku xmengharapkan apa2pun daripada manusia kerana aku tahu aku bakal xdapat apa2 pun dari mereka tapi, kenapa hati kecil aku masih mahu mengharap. susahnya dalam meneguhkan sesuatu dalam hati.

sedetik berlalu dan aku masih di sini, melihat merenung dan berfikir. agar aku xmengulangi kesilapan dan dosa2 lampau. lantas berusaha menjadi orang2 yg beruntung dan tidak tergolong dalam mereka2 yg rugi.
melihat kehidupan seharian, lanytas membuat aku berfikir sejenak, tentang sampai kapan aku harus begini, meniti perjalanan kehidupan dgn penuh perlahan dan berhati-hati. sedangkan bagi segolongan mereka, lihatlah kelajuan mereka melalui perjalanan ini? sangat yakin...

mengenali insan2 membuat aku semakin menyedari tahap keimanan aku, mebuat aku semakin menilai diri aku. kejujuran dan keikhlasan memberi aku erti makna sebenar sebuah perhubungan.

namun, semua ini juga mangajar aku agar menjadi seorang yg hebat bertawakal hanya kpdaNYA. jangan pernah aku mengharap kepada seisapa dan itu yg harus aku usahakan sepatutnya...

bagaiman seseorang menilai aku? tetapi bagaimana pula pencipta aku menilia aku? yg mana harus diutamakan? sudah pasti penilaian pencipta harus diutamakan. tp, biasalah< aku juga insan biasa. kadang2 tewas dgn tipu daya dunia...

teguhkan hati aku YA RABB, kuatkan pendirian aku YA RAHIM, kentalkan iman ini YA KHALIQ.

salam.

~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim..



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


~buat renungan bersama~
salam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim...

~petikan dari blog khalifah105.blogspot.com.~
syukran..
 

12 barisan manusia di Padang Mahsyar

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap
Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah,
tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah:
Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian
datang berbaris-baris.”(Surah an-Naba', ayat 1.

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis
hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan
kepada aku perkara yang amat besar, bahawa
umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi
12 barisan, masing-masing dengan pembawaan
mereka sendiri."

Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.


Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak
bertangan dan berkaki.


Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini
balasannya.”


Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi
hutan.

Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah
balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”


Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai,
perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.


Barisan keempat, diiring dari kubur dengan
keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka.

Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.


Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau
busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin
sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman
di Padang Mahsyar.

Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi
tidak pula takut kepada Allah, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka."


Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala
mereka terputus dari badan.

Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu.
Inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.


Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa
mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka
mengalir keluar nanah dan darah.

Mereka ialah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.


Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan
terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan
wajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim
dengan cara haram, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam
keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.

Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang
tuanya, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan
berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan
lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta
keluar beraneka kotoran.

Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.


Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan
wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih memaklumkan:

“Mereka ialah orang yang beramal salih dan
banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan
derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat.

Maka, inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha


salam.

~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim.

~entry ini entry hati, harap fahamlah.~

hina kan aku di mata semua orang. hina jer aku rase di mata kawan2 samada yg dah lama kenal aku mahupun baru jer kenal aku.

ade jer salah2 kecil yg aku buat, itu baru salah kecil. kalu salah besar ntah cemane kan??

hina sangat aku rasa diri aku ini di pandangan manusia, pada pandangan yg mengenali amer afizal azmee, maaf, ini yg aku rasa tentang diri aku. sebab itu aku banyak mendiamkan diri.

ini baru di mata manusia dan mereka2 yg mengenali aku, bagaimana pula di mata DIA yg MENCIPTA aku?? sesungguhnya aku rasa sgt2 kerdil. mungkin juga ini balasan dari dosa2 silam aku. aku hanya mampu memohon keampunan dan aku berjanji akan mengubah diri aku ke arah yg lebih baik.

tapi, pada pandangan dan kaca mata manusia. hahah, aku tersangat kolot, pelik dan jelek. mungkin ini juga untuk menguji aku, untuk lihat sejauh mana kesabaran dan redha aku terhadap ujian ALLAH. alhamdulillah.

aku akui, sekarang, aku sudah pun diamkan diri aku dari segala hal. aku hanya bersendirian. tapi, dalam masa ini juga masih ada sisa2 dosa aku yg lampau terungkit kembali. benarlah kata2 bahawa setiap perkara itu akan dihisab dari sebesar2 zarah.

aku xsempurna, aku xhebat, dan aku xpandai. aku cuma aku, budak lelaki hingusan yg biasa dan ingin mengenali kehidupan duniawi supaya aku dapat menyelamatkan diri aku, keluarga aku dan saudara2 seagamaku dari tipu daya dunia.

entry ini sekadar untuk renungan diri sendiri dan hati ini bahawa dosa aku dgn PENCIPTAKU, terlalu banyak. jadi, aku mohon kepada semua makhluk yg hidup di dunia ini, yg mempunyai hak zahir dan batin, aku memohon supaya maafkanlah aku kerana aku xnak terbeban dgn dosa sesama makhluk. aku betul2 merayu.


jika kamu semua fikir aku hina dan memandang diri ini dgn penuh rsa serong, maaf. aku xmampu jadi yg terbaik untuk kamu.mungkin juga aku harus berundur, mendiamkan diri pasti yg terbaik.

sekian.
salam.

~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim....


benar kata pujangga, kehidupan ini satu ujian dan penjara bagi mereka yg memegang kepada agama yg benar. setiap dugaan dan ujian yg mendatang itu akan menggugat segala keteguhan iman dan keyakinan dalam hati.

syaitan itu pernah membuat janji bahawa takkan pernah biarkan kaum adam itu berada dlm keadaan yg selesa, akan diganggu segala yg ada dalam hati adam supaya ingkar dan lupa kepada ALLAH.


namun, aku bukan berada dalam golongan mereka yg hebat dan kuat iman serta takwa, walaupun setiap masa aku mencuba untuk meningkatkan tahap keimanan ini.

aku bukan sempurna dan hebat untuk berkata-kata kerana kadang2 kata aku ini bisa untuk membuat hati mereka terluka, aku xmampu memahami dan membuat mereka sentiasa bahagia.

ada masanya fikiran ini berfikiran sebegini dan ada masanya fikiran ini akan berubah samada ke arah yg lebih baik mahupun lebih teruk. sekilas pandang akan kelihatan bahawa budak hingusan ini tersangat mentah dalam kehidupan. aku xhebat seperti orang lain yg mampu untuk memilika segala2nya di dunia ini.


jadi, di sini, apa yg mampu aku ucapkan, maaf. maaf dan maaf. sesungguhnya dosa aku dgn penciptaku tersangat banyak. jangan dibebani lagi aku dengan dosa aku sesama makhluk. selagi adfa kudrat dan upaya aku, aku akan ucapkan kata maaf itu.

aku tahu mungkin silap aku kerana kadangkala kata2 itu terbit tanpa aku berfikir sejenak akan segala perkara. tapi, ketahui jugalah bahawa, aku cuma insan. aku dah xnak ego dan sombong dgn sesiapa lagi, selagi aku mampu untuk ucapkan kata maaf, aku akan ucapkan walaupun bukan salahnya dari aku. kerana aku xnak menanggung dosa sesama makhluk lagi. cukuplah dosa aku dgn DIA membuat aku tersangat kerdil di hadapanNYA..


aku xkisah jika nama dan imej aku buruk di depan mata manusia kerana aku tahu aku ni insan yg lalai, insan yg leka dan insan yg bodoh, aku xmapu untuk kelihatan hebat di mata manusia keran aku juga xnak kan perkara itu..

setulus hati, semanis kata, sebaik bicara, segunung kata maaf aku ucapkan kepada sesiapa sahaja yg ada terasa hati dgn aku, marah dgn aku, benci dgn perangai aku. terima kasih kerana korang mampu untuk benci aku dan kerana itu juga aku makin sedar akan diri aku.

aku juga maafkan semua org yg pernah membuat aku sakit hati or terasa hati or ape2 jer, coz aku xnak menyekat peluang saudara2 aku untuk masuk syurga.

jika ini penyudah dan pengakhiran cerita ini, sekalung redha dan ikhlas aku terima dgn hati yg terbuka. terima kasih untuk segalanya. segala doa2 yg baik itu hanya untuk kamu..

saya amer afizal azmee memegang profile picture 'i am op' sy menyusun sepuluh jari dgn penuh rasa rendah diri dan hina di hadapan pencipta saya, saya mohon maaf. moga hubungan ini, terjalin di akhirat kelak..

sekian, salam.

 ~entry ini tulus dari hati saya dgn nama DIA YG MAHA PEMAAF, terpulanglah.~
~mr.thinker~

bismiillahhirrahmannirrahim...



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 
 
Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

 
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan



Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. 


 Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.


 Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.



petikan blog epilog hidupku..
salam..
~mr.thinker~




bismillahirrahmannirrahim...

petikan kata2 motivasi dato' dr. fadzillah kamsah..


Tatacara Tidur :

* Dr Fadzilah Kamsah juga pesan kepada sang suami-suami: sebelum tidor tiap malam, maafkanlah isteri (isteri-isteri) anda, kerana jika anda mati, maka isteri anda akan berada dalam keadaan telah dimaafi suami, dan dengan itu maka mudahlah baginya memasuki syurga. (Isteri tidak dapat memasuki syurga jika suaminya tidak memaafkannya)

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.


Tatacara Makan :

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)


Tatacara di bilik air :


* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak :

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
Tatacara didik diri sendiri :

Ada 3 kategori manusia :

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

salam.
~mr.thinker~

bismillahhirrahmannirrahim...

salam kepada semua, maaf. maaf, sibuk duk design kan blog y
g xberapa lawa ni, bagi nampak macam satu standard sikit smpai terlupa nak update ape2 yg patut...

kehidupan seorang lelaki buat masa ini merujuk kepada diri ini, yg sedang menyusun jadul seharian dgn bijak agar dapat melakukan banyak perkara dalam sehari..

dulu, tima belajar, xkesahlah samada kat MTD or MATRIK, jadul seharian agak pack gler smpai kadang2 xsempat nak khusyuk dlm beberapa perkara yg sepatutnya.. org ckp ape, asalkan buat saja kan...

tapi, sekarang, aku diberi peluang untuk merenung dan berfikir terlebih dahulu sebelum aku buat ape2 sekalipun coz aku ada masa yg secukupnya untuk buat semua ini.. tapi, semuanya berbaloi dan berfaedah...

kadang2 kalu duk pk duniawi jer, smpai kita rasa pegang tasbih sekejap je pun dah cukup dah, tapi, sekarang, aku diberi peluang untuk duduk lama2 atas sejadah, buat aku banyak berfikir dan membersihkan hati aku..maklumlah sekarangkan banyak waktu dan ruang yg mendampingi.

kalu dulu sibuk sgt2 smpai solat pun kdg2 xsempat nak tadah tangan berdoa. tp, alhamdulillah sekarang, doa pun boleh panjang2 n yg penting, aku faham dgn doa aku, ape yg aku minta...

dulu, mane sempat nak makan perlahan-lahan dan menikmati makanan itu sebaiknya. tue yg xtau erti menilai nikmat makan tue.. tp, skg, makan dgn penuh kenikmatan, dan penuh kesyukuran..dulu pk nak lauk sedap jer, tp xpenah2 nak kenyang dan bersyukur... tp, skg, dapat makan nasi pun rase mcm bersyukur sgt2... inilah kelebihan jika kita guna minda kurniaan ALLAH ini...

dulu, sombong gler bila org nak kenal.maklumlah tgh 'hot' semua asyik nak kenal jer smpai kawan sendiri pun xkenal dah... tp, skg, kawan2 semua dah xde dah, tp xpela, at least, aku makin bijak menghargai mereka2 yg ada dgn aku.. cukuplah, wlaupun xde pun yg ada dgn aku..

dulu, aku mane sempat nak tgk gelagat perangai adik2ku yg membesar, maklumlah sekolah jauh kan, balik pulak jarang2 jer.. tp, skg, dah duk umah xbuat ape2.. mcm2 perangai adik2 aku yg aku blh tgk, mase ni, baru ade masa nak jadi seorng abg yg membetulkan kesalahan2 adik2nya...

kalu dulu, boleh jer bace quran sampai khatam 4kali, tp, bila tnye faham ke x, samapi sudah jawapan aku x faham ape pun,tp, skg, ade mase dan ruang ni, boleh lah aku bace tafsir jer pulak... biar ayat2 yg kuar dr bibir aku ni membawa kalam2 ALLAH..

kalu dulu, mane tau erti pengorbanan sebenar, maklumlah sibuk sgt, mane sempat nak mendalami benda2 kecik mcm nie kan.. tp skg, aku dah mulai faham ape itu erti cinta sebenar, pengorbanan sebenar, kasih sayang sebenar dan hubungan yg hakiki...

dulu dan skg bnyk berbeza dan bnyk mngajar aku tntang pelbagai perkara. baik untuk kebaikan aku mahupun untuk diri org lain...




alhamdulillah.. kalu nak bace entry ni, bace dan komen skali.. btw, blog ngah renovate, so kalu pelik dgn ape2 jer yg ade dlm blog nie, maaf la yer...

doakan saya berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat juga...

salam.
~mr.thinker~
a


I know I’m waiting

Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


salam.

~mr.thinker~

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.