teringin untuk aku kisahkan satu cerita kepada semua. satu kisah yang mungkin tidak pernah aku lupa sehingga sekarang. yang mungkin pada suatu masa dulu, sekadar satu episod yang tidak perlu dalam hidup aku, tapi, ketahuilah,perkara paling jauh dengan kita adalah masa silam dan andai dapat aku undur semula masa aku, aku akan undur semula masa aku untuk kisah ini. supaya aku ada sentiasa. cerita bermula....

Susah. kata pertama terbit dari bibir aku tatkala melihat buku yang terpampang ilmu dan isinya di hadapan aku. namun, semangat waja dalam diri masih lagi kekal untuk terus mencuba tanpa ada rasa bosan walau sedikit. pagi ini terasa keheningan dan kedamaian, namun, seawal jam 0700 pagi, sudah ramai pelajar yang memulakan gerak langkah untuk rutin harian mereka. seperti biasa, pagi tadi aku pun masih melakukan perkara yang sama seperti dahulu. banagun pagi dan pastikan segalanya dalam keadaan sedia dan kemas. disiplin yang pernah diterapkan dalam diri ini masih lagi kekal dan segar di ingatan. bak kata orang, ada banyak cara untuk kita belajar sesuatu dan aku belajar banyak perkara dengan cara kekerasan. mungkin dengan cara itu yang berkesan untuk diri ini yang manja kot.

Aku berjalan turun dari tingkat dua bangunan asrama itu, menuju ke kafe yang berada paling dekat dengan bangunan ini.dengan kekemasan yang sedia ada membuat diri yakin untuk melangkah dan berjalan. jadi, wajarlah ramai berkata keyakinan ini datang dari luaran yang kemas. aku agak yakin orangnya. sesudah makan makanan yang bagi aku cukup untuk aku teruskan kehidupan, aku sambung perjalanan dengan lagak seorang yang yakin dengan arah tuju hidup. yang kelakar, dalam diri ini, hanya ALLAH saja yang tahu betapa kau tawakal kepada dia. ramai kelihatan pelajar lain yang turut mengambil langkah seperti aku, mungkin juga untuk mengejar sesuatu yang mereka sudah yakini atau mungkin juga mereka terpaksa mengejar sesuatu jika mereka inginkan. dan aku, masih tenang berjalan menuju ke arah kelas aku.

hari itu, melangkah ke kelas dengan semangat yang ingin menguasai apa yang patut aku faham tanpa aku sedar bahawa ilmu ini milik ALLAH, maka minta lah hanya dari DIA. tapi, tak mengapa, ketika itu aku masih belum belajar apa itu belajar yang sebenar. dengan muka yang agak tenang, aku melangkah masuk dalam kelas yang masih sunyi di awal pagi itu,kerana masih belum ramai yang memenuhi kelas itu. kelihatan, beberapa orang pelajar perempuan yang sedang menelaah buku sambil makan sekeping roti. 'rajin jugak budak ni' cetus hati aku sendiri. namun, untuk apa aku pedulikan mereka. lantan, aku mengambil tempat di barisan hadapan dalam kelas tersebut, dekat dengan meja guru. aku juga kurang pasti apa motif tindakan kau untuk duduk berhampiran dengan meja guru, munkin juga untuk memudahkan aku bertanya kalau ada perkara yang aku kurang faham. mungkin.

kelihatan, beberapa pelajar lain mula lalu di hadapan kelas aku dengan bermacam gaya serta reaksi yang memberi aku pelbagai tafsir. ada yang lalu dengan senyap dan tenang. ada juga yang bising. tak kurang juga dengan gaya pelajar rajin belajar, makan dengan nota di tangan. aku tersenyum sendirian dengan jawapan yang bermain di fikiran, setiap orang ada gaya tersendiri. pintu kelas aku sendiri mula ditolak, kelihatan seorang demi seorang mula melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka yang segar. ada juga muka yang aku sendiri belum kenal, al maklumlah kami baru saja kenal antara satu sama lain. aku diamkan dan biarkan sahaja.

kali ini, pintu ditolak dengan lembut, seorang perempuan melangkah masuk. aku tak hiraukan pun. tapi kelibat ini adalah kelibat yang belum pernah lagi aku lihat sebelum ini dan gaya perempuan ini yang seakan kekok menambahkan keyakinan aku bahawa ini bukan pelajar yang kebiasaan ada dalam kelas aku. dari  mata yang meneliti ke buku, mata aku terarah memandang ke pintu, niat di hati ingin melihat siapa gerangan yang datang melangkah masuk ke dalam kelas aku. 

tepat jangkaan aku, ini bukan pelajar kebiasaan yang ada dalam kelas aku. aku sekadar tengok dengan wajah yang berkerut menandakan aku tak mengenali dia. tapi, apa gunanya, tak penting pun aku kenal atau tidak, bukan kelas itu hak aku yang tentukan siapa dibenarkan masuk atau tidak. tapi kali ini, muka aku betul-betul seolah ingin menyatakan bahawa kelas itu kelas aku. ego betul. aku terdiam memandang dia yang seakan kekok sebaik sahaja menolak pintu tadi, mungkin juga dia sedar tindakan dia telah menyedarkan mata-mata yang berada dalam kelas itu untuk memandang dia. 

dengan wajah bersahaja mahu menahan getar di hati dia, dia tersenyum dan dengan senang hati, ' HAI', ucap dia kepada aku yang sedang memandang dia. mungkin aku satu-satunya lelaki yang berada dalam kelas itu, jadi wajarlah aku yang mendapat sapaan dari dia. aku tergamam dan kelu. kenapa? aku sendiri pun tak mengerti. cuma seingat aku, aku hanya diam dan senyum. berserta dengan reaksi yang masih mengatakan 'siapa kau?'. kelakar rasanya reaksi aku ketika itu.

~sambungan~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.