termenung sendirian ke luar jendela kadangkala membawa aku jauh menerokai alam termenung yang seakan indah pada pandangan mereka yang suka akan segalanya menjadi kenyataan. walhal, hakikat sebenar harus ditelan dengan penuh kesabaran walaupun pahitnya mungkin kekal selama-lamanya.. menyedari hakikat itu, aku segera mengalihkan pandangan mutiara mata ke arah satu tempat yang lain supaya aku tahu yang minda aku tidak dikuasai dengan sesuatu yang lebih mengasyikkan..ketika ini pula, suatu memori menerpa indah lembut ke dalam kotak fikiran, aku tersenyum...

sedar atau tidak, samada dalam maya atau realiti, masa selau bergerak tanpa memepedulikan manusia yang sibuk mengejar masa demi sesuatu yang belum pasti menjadi milik mereka. berbekalkan alasan, kerana tidak pastilah, mereka semua mengejar agar dapat jadikan ia sesuatu yang pasti..ya, kadangkala aku akui dengan kenyataan yang sedemikian selaku aku antara remaja yang masih lagi dalam proses membesar dan mengenali. tetapi, aku selau terbaca dan mendapat sesuatu yang bercanggah dengan fikiran dan kata minda aku yang aku ingin seiringkan dengan minda yang lain yakni, tidak semua perkara kita fikir adalah sama dengan orang lain fikir...aku tertarik dengan satu cerita...

cerita...

seorang bekas profesor yang telah banyak mencurahkan ilmu dan jasa bakti kepada anak watan kelihatan termenung sendirian di hadapan pintu rumah menanti kehadiran insan-insan yang masih lagi meninggalkan sedikit ruang dalam waktu mereka untuk seorang guru yang tersayang, iaitu, pelajar-pelajar yang sekarang ini sudah berjaya dengan kehidupan terkini...

tanpa menanti detik kelihatan beberapa buah kereta mewah menerpa masuk ke laman utama rumah milik si profesor.. kelihatan beberapa lelaki yang begitu segak dan kemas penampilan memberi lambang kedudukan dan pangkat yang dimiliki. tidak mudah mengalah dengan slogan wanita juga mampu berjaya, kelihatan juga beberapa orang wanita yang elegan, kekal dengan imej kewanitaan yang memberi motivasi bahawa tiada siapa gagal dalam hidup ini..lalu mereka melangkah ke rumah bekas profesor yang telah banyak mengajar mereka tentang kehidupan dan ilmu yang pada tanggapan mereka, membawa mereka untuk berjaya dalam hidup masing-masing..

setiap detik waktu digunakan untuk seakan mengimbas semula kenangan yang pernah menggamit memori mereka suatu ketika dahulu ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar. diselingkan juga dengan kejayaan demi kejayaan yang telah mereka kecapi selepas bergelar insan berdikari.. bagi yang masih lupa apa itu kehidupan, mereka terus juga bercerita tentang kejayaan yang bakal mereka kecapi, seolah puas dengan kehidupan terbaik yang mereka miliki.. tetapi, mereka lupa tentang kehidupan ini bukan mendambakan semua perkara itu, yakni mereka juga bukan mentafsir semua itu...

si profesor keluar dari satu sudut dengan membawa sedulang minuman.. di atas dulang tersebut, ada beberapa jenis cawan dan gelas, namun, hanya satu jag besi yang berisi dengan air kopi menjadi sajian...bukan itu percaturan mereka,sebaik sahaja dulang diletakkan, si profesor mengisi air ke dalam cawan-cawan yang berbeza dan juga gelas-gelas yang berlainan rupa agar semua dapat menghilangkan dahaga sesudah perjalan jauh mereka..

kelihatan mata yang memandang seoalh tidak sabar menanti, dan tang yang sudah mula mencapai cawan dan gelas yang sudah terisi...

selesai semua minum minuma itu, seorang dari mereka bersuara dengan meminta pandangan guru mereka tentang kehidupan agar dapat mereka jadikan panduan kelak apabila pulang...si profesor hanya tersenyum dengan mengatakan bahawa mereka semua sudah berjaya.. namun, gagal difahami... lantas, penjelasan dipinta...

si profesor bercerita...

"aku telah letakkan di hadapan kamu semua sebentar tadi beberapa jenis cawan dan gelas, namun, aku cuma membawa satu jag air kopi. lalu aku tuangkan air kopi dari jag itu ke dalam gelas dan cawan yang ada di hadapan kamu. kamu memilih untuk gelas dan cawan yang terbaik untuk kamu minum air kopi itu.. tetapi, hakikatnya, kamu cuma minum air kopi yang datangnya dari satu jag yang sama.. bezanya antara kamu semua adalah gelas atau cawan yang kamu gunakan untuk minum air kopi itu... air kopi itu pahit dan semua merasa yang air kopi itu pahit.."

semua terdiam dan mengakui kebenaran kata-kata itu...lantas si profesor menyambung....

"sememangnya fitrah manusia inginkan yang terbaik dalam hidup mereka sehingga kadangkala ada yang melampaui batas dan aa juga yang sanggup menikam saudara sendiri.. sedangkan hakikatnya, kehiduapan dunia ini akan tetap berakhir dan tidak semestinya jika kita mempunyai kehidupan yang baik di sini, kita dianggap berjaya.. kegagalan dan kejayaan hanya bergantung kepada tafsiran kita terhadap dua perkataan ini.. namun, biarlah ia sekadar tafsiran..."

~cerita ini juga sekadar tafsiran~

~mr.thinker~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.