takdir selalunya adalah sesuatu yang sering membuat aku tersenyum dan mula berfikir tentang takdir dan segala ketentuan yang berlaku. kadang-kadang aku berfikir tentang apakah yang sebenarnya direncanakan oleh ALLAH kepada aku tentang hidup aku tapi siapalah aku untuk mula bertanya tentang hal itu melainkan untuk sentiasa cuba redha dan tenang hadapi kehidupan ini dengan sebaik mungkin.kadangkala aku berfikir tentang beberapa petunjuk yang mula memberi beberapa tanda-tanda kepada aku tentang apa yang akan terjadi kepada aku dan bakal terjadi.tetapi, aku biasanya mula untuk belajar menerima sahaja segala perkara yang berlaku cuma bagi aku aku sentiasa berharap agar aku sentiasa diberi kekuatan untuk menempuhi segala perkara yang berlaku.aku juga manusia yang selalunya salah dan gagal dalam hidup aku menandakan bahawa hidup aku ini milik DIA semata-mata.aku juga terfikir tentang kenapa aku selalu berfikir tentang beberapa perkara ini walaupun aku tidak harus memikirkannya.tetapi aku sedar bahawa segala ini berlaku untuk aku menyedari hakikat kehidupan yang hidup di dunia ini segala bergantung kepadaNYA dan janganlah pernah aku berlagak untuk hidup tanpaNYA. aku juga sedar kadang kala ujian yang datang dalam hidup aku ini adalah untuk mengajar aku tentang beberapa takdir yang bagi aku adalah mustahil dan supaya aku sentiasa ingat bahawa tiada yang mustahil bagiNYA.aku berada di universiti walaupun sudah sebulan cuti sem ini berlalu dan walaupun masih sendiri di sini dengan kerja-kerja yang mula tersusun membuat aku sendiri tercabar untuk meluangkan masa bersama keluarga. tapi apakan daya, aku sekadar insan yang sedang dan sentiasa belajar,maka pengorbanan dalm jihad ini masih kuat dan harus kuat.beberapa program tersusun untuk aku membuat aku dilabel sebagai insan yang sentiasa sibuk tetapi aku tidak merasakan sedemikian rupa kerana aku cuma menjalani hidup dengan perlahan dan sentiasa di bawah lindunganNYA. ada manusia dalam dunia ini yang hidupnya sentiasa akan mengejar pangkat, kekayaan, dan harta tetapi bagi aku semua itu bagai tiada makan dan erti. dan selalunya apabila aku berkata sedemikian, hati aku akan teruji dengan segala perkara yang diperkatakan.aku harap aku kuat dalam kehidupan ini, insyaALLAH.

~sekarang ini aku berada di hotel seri malaysia mersing bagi program bengkel kolej kediaman dan akan tamat serta pulang ke kolej kediaman pada ahad,15/7/2012. tetapi aku pula akan bersambung dengan kem debat yang sudah pun berlangsung pada tarikh ini.aku harus lebih mula serius dalam debat ini demi masuk team debat pada sem depan. dan selepas itu, aku akan mula berfikir untuk pulang ke rumah dan jumpa mama. doakan tiada lagi keja menghalang supaya aku boleh bersama keluarga dan beribadah dengan tenang.

~diucapkan selamat datang wahai ramadhan bulan yang mulia dan bulan rahmat, semoga bulan ini menjadi bulan yang mengajar aku menjadi insan yang lebih bersedia dan tenang menghadapi kehidupan aku di dunia ini, selamat di akhirat~

~berbekal dengan keputusan sem dua yang sangat membuat aku besyukur, aku bakal memulakan sem tiga aku nanti dengan aktiviti yang bakal melambangkan kesibukan aku di sini. pengalaman sem dua aku yang sangat sibuk dengan aktiviti sehinggakan setiap hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sangat sibuk dicampuri dengan assignment yang sentiasa bertali arus dan selalunya aku mengambil masa seharian untuk siapkan, berakhir dengan keputusan yang ALHAMDULILLAH. ~

~tentang dia? siapa? hahah, herm, entahla, ada lagi ke tentang dia dalam hidup aku ini walhal aku dapat rasakan setiap masa aku terfikir tentang seseorang yang aku sendiri tidak pasti siapa walaupun aku selalunya mengharapakan aku tahu siapa dia. jadi, abaikan perenggan ini~

~kawan-kawan? aku sendir sudah lama tidak menjumpai kawan-kawan yang benar-benar aku panggil kawan. selalunya aku sentiasa bersama kawan yang ada bersama aku tetapi selalunya manusia ini cepat berubah kan, jadi tidak mengapa. dengaan aggapan bahawa pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu kejadian, aku menjadi semakin berdikari.~

*rasanya macam dah cukup kot post setakat ini, dengan kadar pemerhati dalam diam yang semakin laju meningkat dari sehari ke sehari walaupun blog aku ini tidak diketahui ramai, jadi cukuplah post aku dalam blog yang rahsia ini*

2 comments:

semoga selalu tersenyum yer ^____^
haha..

happy debate-ing!

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.