andai aku terkena lagi sesudah aku menyatakan sesuatu yang aku rasa aku telah menyatakannya kepada yang aku percaya, aku harap aku masih teguh dan mempunyai kekuatan untuk terus tegar berdiri dan senyum seperti sediakala. aku mempunyai tahap dan standard yang aku pegang di dalam apa jua jenis kerja yang aku buat dan aku mudah untuk percaya orang tetapi andai aku terkena lagi dan kepercayaan aku terhadap orang itu diragut lagi, ingatlah bahwa aku mempunyai kekuatan untuk masih terus senyum sehingga hari ini tetapi jika benar itu berlaku, lihatlah apa yang aku akan lakukan. sememangnya aku tidak berhak apatah lagi mempunyai kuasa dalam apa jua tindakan aku tetapi aku juga merupakan orang yang belajar dari kesilapan dan orang yang sentiasa ingin memperbetulkan kesilapan diri.jika benar tindakan yang aku ambil pada malam ini akan menguji aku kelak, aku berlindung hanya kepadaNYA. aku sudah banyak kali terkena namun tidaklah sampai untuk tahap yang aku akan mengatakan bahawa aku sudah punya ilmu untuk di banggakan apatah lagi dengan pengalaman hidup. tetapi mudah untuk aku bahawa jangan pernah mudah untuk menganggap aku mentah kerana kamu semua juga pernah melalui saat-saat yang aku lalui sekarang dan jangan pernah mengaku beriman kalau diri sendiri pun tidak pernah diuji sedemikian rupa. baik, aku sedar tahap diri aku sekarang dan aku akan menjalankan tugas dan tanggungjawab aku selari dengan apa yang telah diberikan kepada aku. jangan pernah meminta lebih dari itu apatah lagi mengharap sesuatu yang lebih baik. aku cuma aku dan aku akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada tapi pada masa yang sama aku akan cuba mencari peluang untuk terus selamat hidup aku di dunia dan akhirat ini. aku minta maaf kepada mereka yang aku pernah buat salah dan bakal buat salah kerana sebagaimana mereka mengatakan kita manusia, jangan pernah lupa yang aku juga manusia. bermula esok aku hanya akan membuat apa yang selari dengan tanggungjawab dan keperluan diri aku berserta posisi aku, jangan lebih. sekali buang aku, aku takkan berpatah balik lagi dah, cukup sekali, aku  punya maruah..

~sekadar luahan cerita yang direka semata-mata~

0 comments:

About this blog

Sportsman's Prayer

"Oh God, please help me to win for I always want to win. But if in thy inscrutable wisdom Thou willest me not to win, then make me a good loser. For when the one great scorer comes to write against your name, he writes not that you won or lost, but how you played the game."

about mr.thinker

My photo
Malaysia
berjalan dan melihat, actually it is nothing. it is life.


viewers

Popular Posts

friends

Labels

Powered by Blogger.