~salam~
dalam ramadhan ini sejuta perkara yang mendatang dalam mentarbiahkan diri kita menjadi seseorang insan yang baru sesudah bulan mulia ini. segalanya memerlukan satu kata iaitu sabar. sabar dalm ramadhan ini terbahagi kepada banyak perkara. dalam bulan mulia ini juga lah hadirnya pelbagai ujian dan dugaan kepada mereka yang beriman. dalam sejuta dugaan itu yang datang, hanya satu yang menjadi taruhan iaitu harus sabar dan sabar.
setiap dari kita boleh dengan senang berkata, 'aku berpuasa' tapi yang puasanya hanya perut. yang lain? hanya sekadar macam biasa. sabar dalam menahan lapar, sabar dalam melayan kerenah insan di sekeliling, sabar dengan masalah bicara kawan, sabar dengan sesiapa jua yang hadir bersama kita. segalanya memerlukan secebis kesabaran. sehingga akhirnya, sesudah ramadhan, tahap kesabaran itu menjadi tinggi. itu yang kita perlukan.
sabar itu harus tapi, untuk mendapatkan erti kesabaran itu bukan senang bagi sesiapa pun. jadi, xperlu merasa hairan jika kenapa sejak akhir-akhir ini, kalian kerap merasa marah, mood kurang baik. kerana segalanya itu adalah untuk menambahkan tahap kesabaran kita.
keikhlasan dalam mentarbiahkan diri itu sangat penting. renung-renungkan dan selamat berpuasa.
sekadar pesanan untuk diri sendiri juga.
~salam~
~mr.thinker~
Posted by
amer afizal azmee
1 comments:
~alhamdulillah~(0_o)
Post a Comment