~aku terjumpa satu video ini dalam laptop kawan aku, dan ketika aku tgk video ini, aku pulak macam ngah ntah pape, jadi aku share lar dgn sape2 yang sudi untuk bukak blog aku. lawa kartun ni, congrates kpd yang lukis. n kredit kpd semua nama yang tercatat, pandai buat. lagi satu, bagi aku, kalu kita sayang seseorang dan mencintai dia dengan penuh rasa hati kerana ALLAH, bagi aku, kebahagiaan dia lebih penting, hati dia akan aku utamakan, dan bila kita sayang seseorang, lepaskan lah dia. semoga ALLAH mengembalikan dia kepada kita di akhirat kelak. tapi, jika kamu boleh dapat dia duniawi dan ukhrawi, jaga lah dia elok2.. sekadar butiran hati. xde makana apa2.~
~aku mmg budak jiwang coz aku hargai apa yang ada dengan aku,sebelum aku hilang apa yang aku mulai sayang~
memulakan langkah dengan keadaan lemah membuatkan aku mula mengenali siapa aku jua apa yang aku inginkan dalam hidup aku. menjadi seseorang yang mempunyai latar belakang berani semat-mata demi hak kita dan hak diri, aku tegar dalam mencari sebuah jawapan.
bermula langkah yang sederhana, aku mula mencari siapa amer afizal yang aku ingin mereka kenali. adakah seorang lelaki yang hebat dalam berkata-kata atau seorang lelaki yang merendah diri tapi mampu dapatkan apa yang hajat di hati? aku mula berfikir dan terus berfikir tentang apa matlamat aku sebenarnya.
akhirnya aku ketemui sesuatu yakni seseorang yang mengajar aku tentang cara menjadi seseorang yang aku inginkan dalam hidup aku.kata-kata yang dilontarkan menggambarkan ketenangan dan kematangan yang sangat mendalam. aku bukan ingin menjadi seperti lalang yang hanya menurut kehendak tiupan angin. tapi, aku belajar dari mreka yang lebih mengetahui. bukankah itu pasti sesuatu yang lebih baik?
bukan untuk menjadi seorang yang ego tapi aku pasti jika aku berusaha dengan sebaiknya pasti akan ada jalan untuk aku keluar dari jalan ini, dari sesuatu masalah ini. aku pasti mampu.
apa yang aku harus fikirkan sekarang adalah apa yang aku mesti capai suatu hari kelak, yakni sudah tidak punya masa yang lama, hanaya beberapa bulan dari sekarang. dan dari sekarang aku harus mulai belajar untuk merubah diri aku, perangai aku, sifat aku dan siapa aku, agar aku menjadi seseorang yang aku ingin jadi kelak.
tidak mustahil jika tekad ada dalam hati. aku harus mulakan sesuatu bukan esok tapi sekarang yakni saat ini juga. mungkin sudah tiba masanya untuk aku benar-benar fokus dengan diri aku pula yakni mula 'pentingkan diri'... hahahhaha
nama saya amer afizal azmee, saya dari smk tg ibrahim dan smk badak. the rest, just keep it as my story.
~thanx to all my brothers oaths~
