thanx for this song. it fits when it comes to fit it.
kadang-kadang aku punkurang jelas dengan mood aku yang semakin lama semakin sukar difahami oleh tuan punya badan. terlalau banyak aku simpan seorang diri kot, tapi xmengapalah, asalkan aku sakit pun sorang2 jer.. ada seorang pernah cakap dgn aku, yang lebih rela sakit seorang diri dari sakit dengan orang, jadi, aku pun rasa benda yang sama, yakni, biar ar aku sakit sorang2..
setiap benda yang aku buat, pasti ada sebab aku sendiri, yang pasti, setiap benda yang aku buat, bukan untuk kepentingan diri aku sbb aku xpenah pk untuk diri sendiri melainkan hanya untuk kebahagiaan dan kesenangan orang. aku sedar. segal yang aku simpan bakal menjadi rahsia hidup aku. aku rasa mungkin lebih baik orang ingat aku kejam dan jahat bila aku buat something daripada bila akhirnya, aku yang tersiksa.
~saya tahu mungkin saya dah banyak melukakan hati semua, tapi, biarlah rasa benci dia itu kat aku. mungkin ini yang terbaik mampu aku buat. aku pun harap kebahgiaan itu datang untuk dia.~
~sekadar petikan kata hati tanpa menujukan kepada sesiapa pun~
Never feared for anything.
Never shamed but never free.
A laugh that healed the broken heart with all that it could.
Lived the life so endlessly.
Saw beyond what others see.
I tried to heal your broken heart with all that I could.
Will you stay?
Will you stay away forever?
How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.
Plans of what our features hold
Foolish lies of growin' old
It seems we're so invincible, the truth is so cold.
A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find a place in my mind.
Where you can say,
You can stay awake forever.
How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you're so far away.
Sleep tight, I'm not afraid.
The ones that we love are here with me.
Lay away a place for me
'Cause as soon as I'm done, I'll be on my way
To live eternally.
How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
I have so much to say but you're so far away.
I love you
You were ready
The pain is strong enough to despise
But I'll see you
When He lets me
Your pain is gone, your hands are tied.
So far away.
And I need you to know
So far away
And I need you to,
Need you to know...
berdetak-detak degupan jantung melalui saat-saat waktu yang dipinjamkan oleh yang MAHA KUASA.setiap saat itu mampu untuk jadi saat-saat terakhir untuk aku, setiap masa itu mampu menjadi kenangan terakhir untuk aku. bukan untuk bermadah kata mahupun bijak berkata-kata. tetapi inilah hakikat yang harus setiap dari makhluk terima.
siapa kita untuk menentukan hari esok sedangkan perkara sesudah jari ini menaip pun belum pasti akan apa yang terjadi. merenung kepada nasib diri, hati hanya mampu menuturkan kata alhamdulillah dengan rasa rendah diri yang teramat hina. lidah mapu mengeluarkan kata-kata yang meberi semangat kepada sesiapa sahaja tetapi janji itu hanya ALLAH yang mampu tunaikan tanpa rasa ragu-ragu lagi.
saat demi saat yang berlalu membuat aku lebih mengenali siapa diri aku, membantu aku mengawal apa yang ada dalam diri aku, memberi aku lebih peluang untuk menghargai diri aku, hati aku dan jiwa aku. aku sedar aku bukan sesiapa yang mampu untuk merubah apa yang ada tetapi aku percaya bahawa ALLAH sentiasa ada bersama hamba-hambaNYA dan aku adalah hambaNYA. segalanya itu datang dari ALLAH dan kepada ALLAH segalanya akan kembali.
berada di sini sehari lagi seakan memberi aku satu peluang baru untuk aku meneruskan kehidupan aku di atas muak bumi ini. walaupun aku tahu aku pasti akan di uji dengan segal yang ada di sekeliling aku, tapi aku juga yakin bahawa semua itu datangnya dari ALLAH yang pasti mempunyai hikmah yang terselindung. bagaikan merangkak dalam kegelapan aku mencari satu nur kasih yang mampu membantu aku menyinari kehidupan aku yang sangat serba kekurangan ini. segala cahaya, hidayah dan petunjuk yang datang dalam hidup aku kadangkala tanpa aku sendiri sedari. aku berdoa agar jika hadayah itu sampai, jangan pula aku dipesongkan kembali.
bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH, bersyukur keran aku msih diberi segala nikmat yang membantu aku mengenali diri aku dan alam yang indah terbentang ini. bersyukur di atas segala nikmat kurniaan ALLAH yang tiada tolok bandingan. bersyukur di atas kesempatan yang masih diberi di atas segala kesempitan dan kesulitan. moga ALLAH menjaga apa yang ada dengan aku dan bersama aku.
aku pernah berkata dalam entry aku yang lepas, bagi sesiapa yang hadir dalam hidup aku, akan aku hargai sepenuhnya dan sebaiknya. hubungan yang terjalin itu hanyalah semata-mata kerana ALLAH, kesucian hubungan itu janganlah dicemari dengan segala fitnah dunia. tapi, sekiranya aku sudah mula di salah anggap dan di salah ertikan, maka, pergilah dari hidup aku keran fitmah itu mampu membunuh dan menggangu hidup aku. YA ALLAH, jauhkanlah aku dari segala fitnah dunia. dan sekali kamu pergi dari hidup aku, maka cukuplah hubungan kita sebagai saudara sesama islam.
mungkin aku ini teralu baik dan baik ini di salah ertikan. aku minta maaf. salam
setiap lankah aku ambil dalam hidup ini membawa aku kepada pelbagai memori yang tercipta. setiap perkara itu membawa aku kepada setiap kenangan yang terpahat kemas dalam fikiran aku. melintasi setiap ruangan waktu membawa aku kepada ingin memintas apa yang ada di hadapan aku. aku juga bukan kuat untuk hadapi semua ini, tatkala mereka mula bermain dengan kata-kata hati aku. aku tahu aku juga punya hati tapi pasti sahaja hati aku diam dalam mengatakan sesuatu. mungkin kerana kau sudah terbiasa untuk diam dan pendam, jadi aku dapat rasa ini yang terbaik untuk diri aku.
seorang teman aku pernah berkata, ' bercintalah kerana ALLAH, yakni melakukan sesuatu dan bersama sesiapa sahaja hanya dengan niat kerana ALLAH'. aku cuma tersenyum endengar kata-kata itu lahir dari bibir seorang teman kerana dulu aku juga mampu berkata sedemikian. tapi aku di uji dengan kata-kata aku sendiri. aku mungkin tidak akan pernah mampu untuk memenangi perlumbaan ini, tapi aku masih berlari dan berlari ke garisan penamat. kenapa aku rasa diri ini seolah tidak dihargai? di atas segala usaha yang telah aku lakukan tetapi aku masih merasakan bahawa aku tidak dihargai. adakah kerana hanya niat di hati aku yang ingin meraih perhatin dan cinta manusia. kerana itu aku gagal? bagaiman untuk menjadi seseorang yang hebat? hebat dalam mendiamkan diri tatkala cinta manusia mendampingi diri?
aku tertarik dengan nukilan hati sebuah kumpulan yang mencipta lagu ini. kata-kata yang lahir dari hati mereka sangat bagus. mungkin kata-kata ini dalam bahasa inggeris tapi aku yakin, kamu mampu faham dengan jelas.
"Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I'm not around
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired"
"Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade..."
kadang-kadang dalam hidup ini kebahagian yang kita rasai bukan kerana kita tetapi sebaliknya. kadang-kadang kebahagian kita ini harus dikorbankan untuk seseorang yang benar-benar mengharapkan cinta dan kasih kita. namun, sekiranya ini pilihan kita, apa jua risiko yang kita bakal tempuhi, kita harus ikhlaskan hati sepenuhnya dan sebaiknya. tatkala semua mengharapkan kita tetapi kita pula yang seakan masih mengharapkan sesuatu yang belum pasti, adakah adil untuk mereka yang berfikir? sedangkan keajaiban itu berlaku setiap masa. kita harus yakin dan percaya. apa sahaja yang terlintas dalam hati kita bukan nya segala berkaitan tentang kita. ini tentang cinta seseorang sedangkan hati sendiri? masih kelu untuk segalanya. masih kelu atau hati ini masih menanti seseorang untuk hadir? tidak mungkin, hati juga harus di ubati dengan cara yang terbaik.
seorang teman aku pernah berpesan kepada aku. " tolonglah jangan buat lagi apa yang kau dah buat pada aku dekat orang lain. cukuplah aku menjadi orang yang pertama dan terakhir yang kau buat macam ini." maafkan aku, aku masih buta dalam menilai antara kaca dan permata, aku masih ikutkan hati nafsu yang hanya pentingkan diri aku sendiri sahaja. aku tidak mampu memahami semua orang.
teman aku juga pernah berkata,"keep moving amer.memang agak susah tapi you have too. kalau aku boleh, kau mesti lagi boleh." aku tidak akan pernah lupakan kata-kata itu. dalam hidup aku ini, aku pernah membuat seseorang itu menagis kerana aku. kenangan itu, xkan pernah aku lupa.
sampai suatu masa nanti, aku akan diamkan diri aku lebih dari aku diam dari segala-galanya. mengenali hidup yang lebih baru dan mungkin segalanya akan lebih baru untuk aku. termasuk blog ini.
~segala-gala kata ini sekadar kata-kata yang lahir dari hati subuh. jangan pernah dianggap ada maksud tersirat walaupun sememangnya, sejuta maksud terkandung dalam entry kali ini. aku ingin bersendirian. ALLAH, bantulah aku.~
op amerafizal.
semalam,
aku menjengah seketika ke arah masa silam aku, mengintai seketika ke arah kenangan masa dulu. aku tersenyum sendiri.sekarang ini, aku banyak kehilangan idea untuk mengeluarkan kata-kata kerana aku sendiri kurang pasti dengan penyebab perkara ini berlaku. aku cuma tersenyum melihat kenagan yang sudah tercipta dalam hidup aku. dan sekarang, aku rasa sudah tiba masanya untuk aku memulakan perjalanan baru tanpa perlu aku fikir lagi. kenapa aku masih takut untuk bergerak? aku seolah masih terperangkap dengan diri aku sedangkan aku seharusnya sudah bergerak jauh ke depan.
hari ini,
aku masih lagi di berikan peluang untuk membuka kelopak mata ini dengan segala sistem badan yang masih di beri peluang untuk bersama aku, alhamdulillah. perkara utama yang aku fikir sebaik sahaja aku memulakan nukilan aku adalah untuk menulis dengan mencurah segala yang aku simpan selama ini. hari ini mungkin hari terakhir dalam hidup aku, tapi, aku harap ALLAH masih memberi ruang dalam hidup aku supaya aku masih mempunyai peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. aku bersyukur di atas segala nikmat yang di berikan namun, aku juga harus berusaha untuk menjadi lebih baik.
nama aku muhammad amer afizal bin noor azmee, aku masih tercari- cari apa yang aku nak dalam hidup aku dan aku rasa aku tahu kenapa ALLAH masih menyimpan semua ini dari aku. aku cuma seorang remaja yang lahir di atas dunia ini dengan teriakan yang mengganggu orang lain ketika itu. kata-kata ini di tulis dan di fikirkan dengan sebaiknya, namun, aku sendiri masih samar dengan apa yang aku ingin. sudah lama tidak bernukilan, rasa kekok itu masih menebal dalam diri ini. namun, aku harus juga tulis kerana ini langkah kedua aku untuk menghilangkan beban di hati.
meniti perjalanan di ruang yang sempit ini memberi aku rasa ragu-ragu untuk terus bergerak tapi pada masa yang sama, aku masih lagi punya ruang untuk meneruskan perjalanan aku. alhamdulillah. walaupun aku tidak sehebat mereka tapi, aku masih aku yang mempunyai kehidupan aku, aku harus faham dengan ketentuan ini.
aku mungkin akan kehilangan segala-segalanya dalam usaha aku mendapatkan sesuatu tapi, aku rasa aku masih kuat untuk tenangkan diri aku dan tidak melatah dengan semua ini.
semoga kenangan aku masih kuat dalam ingatan aku ini.
segalanya yang terbaik untuk semua.
aku masih di sini.
jadi, biarkan aku.
aku akan okay.
~op amerafizal~
liku-liku hidup di tempat baru seakan mencabar tahap kemampuan aku untuk terus berdiri sendiri, menguji apakah aku mampu untuk terus berdikari sendiri tanpa bantuan sesiapa melainkan hanya DIA. namun, segalanya pasti ada sahaja cubaan hidup yang membuatkan hati dan iman ini semakin goyah dalam diam. merangkak perlahan dalam mencari rentak baru hidup untuk Azzam sememangnya membuat hati Azzam sentiasa bertaubat.
meniti sehari demi sedetik yang berlalu membuat aku lebih belajar tentang ilmu ALLAH, kini aku lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan yang hanya sebentar sedetik ini. selangkah demi selangkah langkah berjalan mengenali semakin ramai mereka dalam kehidupan mengajar aku tentang pelbagai perkara.gelak aku dalam diam kerana dalam kekautan kudrat diri mencari secebis kasihNYA, kadangkala tersungkur jua di hadapan pentas dunia.
hari ini, cuti hujung minggu, jadi masa ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran aku yang kian nya makin jauh meninggalkan aku. namun, segalanya tidak mustahil, pasti mudah dengan bantuanNYA. dalam asyik leka aku melihat segala ilmu yang terkandung dalam senaskhah bukuan itu, jari ku laju menaip satu lagu yang mungkin belum pernah aku dengar selama ini. Azmeer yang kebetulan berada di sebelah aku, melihat sahaja kelakuan budak kampung ini. agak pantas jarinya dalam menaip semua itu. sesudah itu, satu lagu yang agak menenangkan jiwa kedengaran dari laptop milik Azmeer.
lagu ini membuat aku teringat tentang erti cinta sebenar, maksud inginkan teman sebenar dan erti penghargaan sebenar. Azmeer hanya melihat keletah aku dalam melayani lagu yang mungkin agak mustahil untuk aku dengar, yakni lagu yang berkaitan dengan cinta. aku cuma tersenyum kepada Azmeer. Tuhan berikan aku cinta, aku juga berhak bahagia. apakah segala maksud yang terkandung dalam secebis lirik itu? berlatarkan sebuah filem yang sangat membangunkan jiwa nurani, mengajar erti ketabahan hidup, apakah segalanya memberi secebis makna? lelaki dalam watak itu juga bernama Azzam, sama dengan nama aku, jadi apakah aku berhak untuk tabah sepertinya,atau adakah itu hanya watak dalam sebuah permainan lakonan?
aku jadikan secebis itu sebagai kekuatan aku buat seketika. aku terdiam di tepi Azmeer. Azmeer melihat perubahan emosi itu, lantas menutup lagu tadi dengan menukarkan ia kepada muzik video yang lebih ceria. aku cuma tersenyum hambar. aku serahkan segalanya hanya kepada takdir.
sesudah mula mengemas barang-barang di ruangan yang tersedia, Azzam mula duduk dan memandang ke arah teman baru yang juga merupakan teman sebiliknya. ditemani keluarga tercinta bersama ibu dan ayah, pasti semangat mereka begitu membara. sedangkan Azzam hanya sendirian di sana, datang secara sendiri. 'xapelah, harap ALLAH memberkati peluang aku di sini.' bisik Azzam sambil tangannya ligat menggantung jubah yakni pakaian solatnya.
minggu ini merupakan minggu pertama Azzam di sini. berada dalam lingkungan mereka yang hebat tentang ilmu di dadanya. terasa kerdil dan hina dirinya berada dalam kalangan mereka yang hebat, apatah lagi pada pandanganNYA. namun, dicekalkan juga hati yang kecil ini. Azzam memulakan hijrah itu dengan menghadirkan diri ke masjid untuk solat zuhur sesudah semua barang di simpan rapi dalam almari. berbekalkan langkah kaki hanya kerana ALLAH, Azzam melangkah perlahan, mencari jalan terdekat ke rumah ALLAH, agar menjadi laluannya selepas ini.
langkah kaki ke masjid yang harusnya dekat menjadi satu perjalanan pandangan yang agak lama bagi Azzam. matanya memandang ke seluruh kawasan sekeliling. melihat keletah dan ragam insan yang berada di sekeliling Azzam, membuat Azzam tersenyum sendiri dengan suasana baru di sekelilingnya. satu doa dipanjatkan agar dikuatkan hatinya menghadapai segala ini, dan diteguhkan iman dari segala godaan yang bakal menggoncang jiwa seorang musafir ini.
akhirnya, langkah Azzam mula melangkah ke dalam masjid.terasa damai dan sejuk, segala keberkatan mula mendampingi, hati mula berdoa terhadap segala kebaikan, minta dijauhkan segala perkara yang memudaratkan. niat iktikaf mula bertakhta di hati, tampak sederhana akan rumah ALLAH ini, tapi begitu mendamaikan. Azzam mula memandang sekeliling dan bibirnya hanya mampu senyum melihat mereka yang begitu tinggi ilmu dari air wajahnya.
azan berkumandang,bilal begitu tepat dalam menjalankan tugasnya. Azzam menunaikan solat rawatib dan sejurus sesudah itu, imam mula mengambil alih diikuti makmun membentuk saf yang begitu hebat menggambarkan kesatupaduan hati ummah. dengan satu takbir, semua makmun menurut hukum dan tertibnya, bagitu hebat bagaimana hati manusia itu bersatu dalam satu kalimah.
sesudah solat, Azzam mula melangkah keluar masjid. fikirannya kini tertumpu kembali kepada jadual minggu pertama di kolej ini. mungkinkah akan sibuk atau mungkin akan membentuk keperibadian pelajar kolej. sejuta persoalan bermain di fikiran Azzam. tidak kurang juga tentang keadaan mama di kampung, bagaimana dengan keadaan mama hari ini. tidak mengapalah, Azzam menganggap dirinya sedang bermujahid di jalan Allah.
sebaik sahaja sampai di kamarnya, Azzam memerhati dan memberi senyuman kepada ahli keluarga teman sebilik yang masih ada di sini. Azzam duduk dan melihat jadual minggu ini sambil fikirannya mulai ligat menyusun waktu dengan sebaiknya. apakah mampu untuk diri Azzam menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
satu minggu ini akan memperkenalkan Azzam tentang dunia sebenar.
sambungan...
nukilan~
ilmu di dada,
semakin menggunung,
seiring dengan riak,
tidak lupa juga takbur.
sederhana dalam segala,
berusaha menjadi yang terbaik,
selangkah jua ke arah kejahilan,
diam itu pasti terbaik.
hati ini cuma sekeping,
namun, mampu merosakkan segala.
hanya kepadaNYA,
ku serahkan.
~salam~
~mr.thinker~
~salam~
perkenalan sesingkat itu memberi suatu impak yang mendalam kepada diri mr.A. dalam deru angin ilmu mentarbiahkan diri kepada kejayaan, sesuatu takdir menerpa datang tanpa di duga. mengenali dan mula mengenali namun hati samar-samar dengan sesuatu itu. keegoan diri masih menggunung dalam hati dan sanubari yang membuat hati seolah-olah menguji dengan takdir yang ditakdirkan. alangkah hebatnya hidup ketika itu namun, leka dan lupa.
pendaftaran pelajar baru pengambilan baru untuk kolej itu bermula. Azzam antara beribu yang mula mengerumuni kaunter pendaftaran. melihat ribuan yang datang bersama hati yang tekad untuk berjaya membuat hati Azzam terusik. bukan terusik dengan keletah pelajar-pelajar lain, tapi, melihat pengorbanan ibu dan bapa yang sanggup berpanas semata-mata melihat anak mereka mendaftar di salah satu tapak pengajian yang bakal menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. hati tersentak seketika.
"Azzam!' aku disapa dari belakang membuat aku berpaling dan melihat gerangan siapa yang menegurku. tidak sangka pula dunia sesempit ini, takdir menemukan aku dengan seseorang yang aku kenali sejak sekolah rendah. tapi, sayang sekali, memori aku tidak menyimpan secara kukuhnya akan memori itu. dengan kadar bersahaja, aku bertanya, ' siapa ya?'. kelihatan air muka lelaki itu berubah tapi masih dengan senyuman yang melebar lantas memperkenalkan dirinya sebagai Aiman. satu pagutan menggamit memori seketika kerana aku mengenali nama itu. satu gelak tawa yang membuat semua memandang Azzam dan Aiman seketika.
satu permulaan yang baik bagi aku kerana menemui kawan lama yang sudah lama terpisah. tapi, perjuangan yang hakiki sebenar harus diteruskan dan tidak boleh dilupakan sama sekali. Azzam berjalan menuju ke arah satu kaunter yang terletak di suatu tempat sesudah mendaftar tadi. mungkin untuk melihat dokumen yang dibawa oleh Azzam.
masih lemah kaki itu berjalan di bumi yang belum lagi dikenalinya membuat Azzam agak terpinga-pinga tapi penuh keyakinan. sesudah memperkenalkan diri, Azzam mengeluarkan segala dokumen yang berkaitan dan serahkan pada seseorang yang menanti dengan senyuman.
"Alhamdulillah." segalanya sudah selesai dan kini Azzam melangkah ke bilik yang kini akan menjadi biliknya memulakan langkah musafir ini. sesudah sampai di bilik yang jauhnya beberapa langkah dari masjid, Azzam bersyukur kerana segala kelengkapan yang disediakan sangat memuaskan hati.
"tumpuan sekarang adalah menumpukan sepenuhnya pada pembelajaran dan mencapai sesuatu dalam hidup bersama bekalan akhirat yang mencukupi. semoga rahmatNYA mendampingiku." bisik Azzam pada diri sendiri.
sambungan....
*sedikit nukilan*
berjalan meniti laluan itu,
terdapat sejuta halangan,
dengan tenang segalanya dilalui,
moga diberkati Illahi.
mengintai suatu kisah,
sering membuat hati terkedu,
betapa hebat kuasa Ilahi,
lantas diri ini rebah sujud.
membaca dan menilai,
memahami dan mentafsir,
tapi, masih terus sesat dan sesat,
itulah manusia.
perjalanan seringkas ini,
masih punya baki perjalanan,
moga mendapat petunjuk,
dariNYA YANG MAHA KUASA.
~salam~
~mr.thinker~
Copyright 2009 - myteamsoccastar-amer.blogspot.com
Blogspot Theme designed by: Ray Creations, Ray Hosting.