~mr.thinker~
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta.
~sekadar perkongsian ilham saudara~
*terimalah hakikat bahawa kita hanya bergantung sepenuhnya kepada DIA YANG MAHA ESA, hanya DIA~
bagai menikam di hati setelah dihiris secara halus dengan sembilu yang tiada kesannya. terasa dalam dan ngilu yang membuat aku terus berada dalam kesakita yang semakin nyata. aku berjalan melintasi sebuah kehidupan di mana sejuta nilai kehidupan yang pelajari, renungi dan membuat aku mula berfikir dengan tenang dan bijak. yakni, segala ketentuan ILLAHI adalah yang terbaik dan terhebat. manusia akan juga selalu diuji dengan kata-kata mereka sendiri.
jika hari ini kita berkata kita adalah manusia yang paling tabah dalam dunia ini, ketahuilah bahawa diri akan diuji dengan kata-kata itu. jika hari ini ada sekelumit rasa tenang dalam hati ini, ketahuilah bahawa ketenangan itu datangnya dari ALLAH dan jika kita leka, ketenangan itu pasti akan ditarik semula. kita akan mampu untuk hebat berbicara tentang cinta, agama dan pemikiran. tapi kita akan gagal dalam memikirkan tentang diri kita sendiri. melihat ke dalam hati seolah-olah kita sedang mengenali insan yang baru lahir ke dunia tanpa sedar bahawa sagalanya adalah paling hampir dengan kita yakni diri kita sendiri.
setiap masa dan ketika kita belajar dan belajar. tanpa kita sedari kita sebenarnya tidak pernah mengerti tentang satu pelajaran yang paling penting untuk kita iaitu kehidupan kita. aku melangkah dengan langkah yang perlahan dengan harapan agar aku menjadi orang yang lebih berhati-hati. tetapi syaitan itu sangat licik dalam menyesatkan manusia. hidup ini adalah segalanya tentang satu perjalanan yang penghujungnya boleh sampai pada bila-bila masa sahaja. saat-saat terakhir itu akan tiba tanpa kita sendiri pasti bila. aku meratap akan diri ini yang sangat kasihan akan inisan lain tanpa sedar bahawa dirinya sendiri dalam kekalutan yang memerlukan bantuan.
namun, dalam kita mentarbiahkan diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik, satu sifat yang mesti ada dalam diri kita ialah istiqamah yakni secara berterusan. hanya ini sahajalah yang menjadi kunci kejayaan kepada mereka yang benar-benar ingin berubah ke arah kebaikan. bukannya untuk menjadi orang yang baik pada hari ini, maka hari ini terbaik untuk kita. ingatlah bahawa dunia ini pentas lakonan yang hebat untuk setiap dari kita emmpelajari dan membuat penilaian yang terbaik untuk kita. jalan yang kita pilih haruslah bijak dan membawa kita semakin dekat dengan DIA yang mencipta kita.
aku juga insan biasa yang pada luarannya, aku bersyukur kerana ALLAH masih meminjamkan aku segala yang ada pada diri aku pada ketika ini. aku sedar aku tidak punya apa-apa dan aku masih lagi ingin mengenali dunia. padahal, bukankah melihat dunia dari kaca aspek akhirat itu lebih baik. segalanya terpulang kepada tahap pandangan masing-masing yang kelak akan membawa mereka kepada penilaian terbaik untuk diri mereka. ingatlah bahwa setiap penilaian ini memerlukan pertaruahan yang besar, silap langkah, maka fikir-fikirkanlah.
~maaf kepada semua dengan harapan dosa aku juga diampunkan~
1- Semasa Lailatul-Qadar.
2- Ketika hujan turun.
3- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5- Di tengah malam.
6- Di antara azan dan iqamah.
7- Ketika sujud dalam solat.
8- Ketika iktidal akhir dalam solat.
9- Ketika khatam Al-Quran(tamat) .
10- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
*perkongsian blog mereka*
salam.
~mr.thinker~
bismillahhirrahmannirrahim...
Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia. [Sila Kongsi] FW:-
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
Gambaran Hari Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. (",)
gambar sekadar ilusi semat-mata.
salam.~mr.thinker~
bismillahhirrahmannirrahim...
~petikan dari blog khalifah105.blogspot.com.~
syukran..
12 barisan manusia di Padang Mahsyar
PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap
Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah,
tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah:
Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian
datang berbaris-baris.”(Surah an-Naba', ayat 1.
Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis
hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan
kepada aku perkara yang amat besar, bahawa
umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi
12 barisan, masing-masing dengan pembawaan
mereka sendiri."
Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.
Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak
bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini
balasannya.”
Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi
hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah
balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”
Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai,
perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.
Barisan keempat, diiring dari kubur dengan
keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka.
Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.
Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau
busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin
sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman
di Padang Mahsyar.
Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi
tidak pula takut kepada Allah, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka."
Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala
mereka terputus dari badan.
Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu.
Inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.
Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa
mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka
mengalir keluar nanah dan darah.
Mereka ialah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.
Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan
terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan
wajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim
dengan cara haram, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam
keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang
tuanya, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan
berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan
lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta
keluar beraneka kotoran.
Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.
Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan
wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih memaklumkan:
“Mereka ialah orang yang beramal salih dan
banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan
derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat.
Maka, inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha
salam.
bismillahhirrahmannirrahim.
~entry ini entry hati, harap fahamlah.~
hina kan aku di mata semua orang. hina jer aku rase di mata kawan2 samada yg dah lama kenal aku mahupun baru jer kenal aku.
ade jer salah2 kecil yg aku buat, itu baru salah kecil. kalu salah besar ntah cemane kan??
hina sangat aku rasa diri aku ini di pandangan manusia, pada pandangan yg mengenali amer afizal azmee, maaf, ini yg aku rasa tentang diri aku. sebab itu aku banyak mendiamkan diri.

ini baru di mata manusia dan mereka2 yg mengenali aku, bagaimana pula di mata DIA yg MENCIPTA aku?? sesungguhnya aku rasa sgt2 kerdil. mungkin juga ini balasan dari dosa2 silam aku. aku hanya mampu memohon keampunan dan aku berjanji akan mengubah diri aku ke arah yg lebih baik.
tapi, pada pandangan dan kaca mata manusia. hahah, aku tersangat kolot, pelik dan jelek. mungkin ini juga untuk menguji aku, untuk lihat sejauh mana kesabaran dan redha aku terhadap ujian ALLAH. alhamdulillah.
aku akui, sekarang, aku sudah pun diamkan diri aku dari segala hal. aku hanya bersendirian. tapi, dalam masa ini juga masih ada sisa2 dosa aku yg lampau terungkit kembali. benarlah kata2 bahawa setiap perkara itu akan dihisab dari sebesar2 zarah.
aku xsempurna, aku xhebat, dan aku xpandai. aku cuma aku, budak lelaki hingusan yg biasa dan ingin mengenali kehidupan duniawi supaya aku dapat menyelamatkan diri aku, keluarga aku dan saudara2 seagamaku dari tipu daya dunia.
entry ini sekadar untuk renungan diri sendiri dan hati ini bahawa dosa aku dgn PENCIPTAKU, terlalu banyak. jadi, aku mohon kepada semua makhluk yg hidup di dunia ini, yg mempunyai hak zahir dan batin, aku memohon supaya maafkanlah aku kerana aku xnak terbeban dgn dosa sesama makhluk. aku betul2 merayu.
jika kamu semua fikir aku hina dan memandang diri ini dgn penuh rsa serong, maaf. aku xmampu jadi yg terbaik untuk kamu.mungkin juga aku harus berundur, mendiamkan diri pasti yg terbaik.
sekian.
salam.
bismillahhirrahmannirrahim....
benar kata pujangga, kehidupan ini satu ujian dan penjara bagi mereka yg memegang kepada agama yg benar. setiap dugaan dan ujian yg mendatang itu akan menggugat segala keteguhan iman dan keyakinan dalam hati.
syaitan itu pernah membuat janji bahawa takkan pernah biarkan kaum adam itu berada dlm keadaan yg selesa, akan diganggu segala yg ada dalam hati adam supaya ingkar dan lupa kepada ALLAH.

namun, aku bukan berada dalam golongan mereka yg hebat dan kuat iman serta takwa, walaupun setiap masa aku mencuba untuk meningkatkan tahap keimanan ini.
aku bukan sempurna dan hebat untuk berkata-kata kerana kadang2 kata aku ini bisa untuk membuat hati mereka terluka, aku xmampu memahami dan membuat mereka sentiasa bahagia.
ada masanya fikiran ini berfikiran sebegini dan ada masanya fikiran ini akan berubah samada ke arah yg lebih baik mahupun lebih teruk. sekilas pandang akan kelihatan bahawa budak hingusan ini tersangat mentah dalam kehidupan. aku xhebat seperti orang lain yg mampu untuk memilika segala2nya di dunia ini.
jadi, di sini, apa yg mampu aku ucapkan, maaf. maaf dan maaf. sesungguhnya dosa aku dgn penciptaku tersangat banyak. jangan dibebani lagi aku dengan dosa aku sesama makhluk. selagi adfa kudrat dan upaya aku, aku akan ucapkan kata maaf itu.
aku tahu mungkin silap aku kerana kadangkala kata2 itu terbit tanpa aku berfikir sejenak akan segala perkara. tapi, ketahui jugalah bahawa, aku cuma insan. aku dah xnak ego dan sombong dgn sesiapa lagi, selagi aku mampu untuk ucapkan kata maaf, aku akan ucapkan walaupun bukan salahnya dari aku. kerana aku xnak menanggung dosa sesama makhluk lagi. cukuplah dosa aku dgn DIA membuat aku tersangat kerdil di hadapanNYA..
aku xkisah jika nama dan imej aku buruk di depan mata manusia kerana aku tahu aku ni insan yg lalai, insan yg leka dan insan yg bodoh, aku xmapu untuk kelihatan hebat di mata manusia keran aku juga xnak kan perkara itu..
setulus hati, semanis kata, sebaik bicara, segunung kata maaf aku ucapkan kepada sesiapa sahaja yg ada terasa hati dgn aku, marah dgn aku, benci dgn perangai aku. terima kasih kerana korang mampu untuk benci aku dan kerana itu juga aku makin sedar akan diri aku.

aku juga maafkan semua org yg pernah membuat aku sakit hati or terasa hati or ape2 jer, coz aku xnak menyekat peluang saudara2 aku untuk masuk syurga.
jika ini penyudah dan pengakhiran cerita ini, sekalung redha dan ikhlas aku terima dgn hati yg terbuka. terima kasih untuk segalanya. segala doa2 yg baik itu hanya untuk kamu..
saya amer afizal azmee memegang profile picture 'i am op' sy menyusun sepuluh jari dgn penuh rasa rendah diri dan hina di hadapan pencipta saya, saya mohon maaf. moga hubungan ini, terjalin di akhirat kelak..
sekian, salam.
~mr.thinker~
bismillahhirrahmannirrahim...
salam kepada semua, maaf. maaf, sibuk duk design kan blog y
g xberapa lawa ni, bagi nampak macam satu standard sikit smpai terlupa nak update ape2 yg patut...
kehidupan seorang lelaki buat masa ini merujuk kepada diri ini, yg sedang menyusun jadul seharian dgn bijak agar dapat melakukan banyak perkara dalam sehari..
dulu, tima belajar, xkesahlah samada kat MTD or MATRIK, jadul seharian agak pack gler smpai kadang2 xsempat nak khusyuk dlm beberapa perkara yg sepatutnya.. org ckp ape, asalkan buat saja kan...
tapi, sekarang, aku diberi peluang untuk merenung dan berfikir terlebih dahulu sebelum aku buat ape2 sekalipun coz aku ada masa yg secukupnya untuk buat semua ini.. tapi, semuanya berbaloi dan berfaedah...
kadang2 kalu duk pk duniawi jer, smpai kita rasa pegang tasbih sekejap je pun dah cukup dah, tapi, sekarang, aku diberi peluang untuk duduk lama2 atas sejadah, buat aku banyak berfikir dan membersihkan hati aku..maklumlah sekarangkan banyak waktu dan ruang yg mendampingi.
kalu dulu sibuk sgt2 smpai solat pun kdg2 xsempat nak tadah tangan berdoa. tp, alhamdulillah sekarang, doa pun boleh panjang2 n yg penting, aku faham dgn doa aku, ape yg aku minta...
dulu, mane sempat nak makan perlahan-lahan dan menikmati makanan itu sebaiknya. tue yg xtau erti menilai nikmat makan tue.. tp, skg, makan dgn penuh kenikmatan, dan penuh kesyukuran..dulu pk nak lauk sedap jer, tp xpenah2 nak kenyang dan bersyukur... tp, skg, dapat makan nasi pun rase mcm bersyukur sgt2... inilah kelebihan jika kita guna minda kurniaan ALLAH ini...
dulu, sombong gler bila org nak kenal.maklumlah tgh 'hot' semua asyik nak kenal jer smpai kawan sendiri pun xkenal dah... tp, skg, kawan2 semua dah xde dah, tp xpela, at least, aku makin bijak menghargai mereka2 yg ada dgn aku.. cukuplah, wlaupun xde pun yg ada dgn aku..
dulu, aku mane sempat nak tgk gelagat perangai adik2ku yg membesar, maklumlah sekolah jauh kan, balik pulak jarang2 jer.. tp, skg, dah duk umah xbuat ape2.. mcm2 perangai adik2 aku yg aku blh tgk, mase ni, baru ade masa nak jadi seorng abg yg membetulkan kesalahan2 adik2nya...
kalu dulu, boleh jer bace quran sampai khatam 4kali, tp, bila tnye faham ke x, samapi sudah jawapan aku x faham ape pun,tp, skg, ade mase dan ruang ni, boleh lah aku bace tafsir jer pulak... biar ayat2 yg kuar dr bibir aku ni membawa kalam2 ALLAH..
kalu dulu, mane tau erti pengorbanan sebenar, maklumlah sibuk sgt, mane sempat nak mendalami benda2 kecik mcm nie kan.. tp skg, aku dah mulai faham ape itu erti cinta sebenar, pengorbanan sebenar, kasih sayang sebenar dan hubungan yg hakiki...
dulu dan skg bnyk berbeza dan bnyk mngajar aku tntang pelbagai perkara. baik untuk kebaikan aku mahupun untuk diri org lain...
alhamdulillah.. kalu nak bace entry ni, bace dan komen skali.. btw, blog ngah renovate, so kalu pelik dgn ape2 jer yg ade dlm blog nie, maaf la yer...
doakan saya berjaya di dunia dan berbahagia di akhirat juga...
salam.
~mr.thinker~
a
bismillahhirrahmannirrahim...
setelah sekian lama mendiam tanpa sebarang kata bicara, hari ini, diri masih diberi peluang untuk berbicara...
melihat kehidupan yg tiada pengertian sebenar duniawi, mencari sesuatu yg begitu hebat, mencari satu kata yg mampu menjelaskan segala, segala jawapan ini ada, tersedia kpd kita..
melihat, mempelajari, memahami, merenung dan kemudian berfikir..
membuat diri semakin mengerti segala yg tersimpul..
membuat diri mencari sekeping pengertian hakiki yg sebenar..
namun, kadang2 hati keliru dgn apa yg terbentang pada pandangan..
walhal, keyakinan hati yg disaluti iman itu penting dalam menjaga keputusan..
di mana harus kita mulakan sesuatu,
di sini?
berjalan merentasi waktu, meniti liku2 kehidupan..
19tahun kehidupan, mengajar diri ini pelbagai perkara..
tapi masih belum cukup untuk diri ini berdiri tegak..
ilmu ALLAH yg begitu menebal, membuat diri terpaksa bersungguh2 untuk menerokai hutan ilmu ini..
berjalan dan terus berjalan, walau merangkak..
perjalanan harus di teruskan..
biar duri dan onak menanti di hadapan..
teruskan melangkah, melangkah dan melangkah...
yakin kpd DIA, maka, lihatlah jalan kehidupan kita..
meniti titian kehidupan, merenung sedtik dlm perjalanan tinta hati, membuat hati terasa kelu, diam tanpa sepatah bicara...
Ya Rabb, aku berlindung.
salam.
~mr.thinker~
Apakah yang kita rasa jika rumah kita dijenguk oleh seseorang yang tidak dikenali setiap 20minit sekali? Risau? Gelisah?
Bagaimana pula jika orang menjual barangan atau meminta sedekah datang ke rumah, mengetuk pintu rumah dan cuba mendapat perhatian kita setiap 20minit? Rimas?
Bagaimana pula jika bos kita datang ke tempat kita, cubicle office, setiap 20minit? Kita tentu mengesyaki dia perlukan apa-apa atau hendak memastikan kita menjalankan tugasan.
Bagaimana jika anak kita datang menjenguk kita di bilik atau di ruang tamu setiap 20minit sekali? Tentu kita menyangka dia perlu bercakap dengan kita atau sesuatu tidak kena.
Tanggapan kita seharusnya bertepatan berdasarkan kerja atau kebiasan tugas mereka yang menjenguk itu. Jika anak, kita rasakan dia perlu bantuan kerana itu kebiasaan dia perlukan bantuan kita. Begitu juga dengan bos, dia selalu memberi kita tugasan maka jika dia kerap menjenguk maka kita terfikir dia mahu berikan kita tugasan. Jika orang asing, tentu kita menyangka dia memerhati untuk melakukan jenayah.
Bagaimana jika tugas suatu makhluk itu menjenguk kita 20minit sekali dan tugasnya adalah mengambil nyawa kita?
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Seandainya kita tahu akan hal ini, nescaya kita tidak lagi lalai dalam mengingati mati.
Rasulullah SAW pernah ditanya:
“Siapakah orang orang beriman yg lebih bijak? Jawab baginda: Mereka yangg lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak”
Hadis riwayat ibn Majah drpd Ibn Umar Radiallahu anhuma
Sepertimana kita risau akan orang asing yang menjenguk rumah kita, kemungkinan menelefon pihak polis atau bersiap dengan senjata, begitulah seharusnya persediaan kita menghadapi mati.
Ini kerana, mati itu pasti datang. Atas kepastian ini yang hidup itu pasti akan mati, kenapa kita tidak bersiap-sedia. Oleh kerana ini, mereka bersiapan lengkap adalah mereka yang paling bijak.
Pandangan sisi, jika kita melihat ada orang akan membaling batu kepada kita. Kita tunggu dan biar batu ketuk kepala. Kawan kita akan bertanya “asal aku tak elak”. Kita menjawap, “saja”. Dia tentu berkata “bodohlah kau ni, elak la dah tau dia nak lempar batu tu kat kau!”
Sedangkan manusia biasa faham hakikat bila tahu tetapi tidak sedia itu bodoh, maka bila tahu dan sedia itu bijak!.
Oleh kerana itu, sebenarnya, manusia itu sedar akan kita akan menempuh kematian. Lihatlah sekeliling, begitu mudah mereka mati; penyakit, kemalangan, tiba-tiba mati dan bencana.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak. Bayangkanlah ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “
( Surah Al-A’raf ayat 34 )
“Macam mana? Dah ready? Eh…sedar ke tak..? Sejak aku mula baca artikel ini tadi dia dah jenguk sekali, bila habis ni pun dia jenguk lagi sekali. Datang jenguk saja atau datang nak bawa aku balik?”
*petikan blog notafikir*
salam..
~mr.thinker~
Ada masa? sebentar cuma. Berhenti dari kesibukan dunia. Berhenti sekejap dari keseronokan. Tiba-tiba malaikat maut sedang berjalan ke arah mu, meminta nyawamu, kerana due date kehidupan sudah sampai....
![]() |
| Mungkin sebentar lagi kita akan dibawa keluar dari realiti |
demikian talkin untuk renungan kita bersama. keseorangan tanpa sesiapa di sisi kita kelak.. jangan risau kita semua sama sahaja.yg terjadi merupakan yg terbaik.
renung2kan...
*petikan blog dirikudrcinta.blogspot.com
salam.
~mr.thinker~
bismillahhirrahmannirrahim...
hari ini, setelah beberapa post yg saya dah buat, akhirnya sy punya keyakinan untuk betul2 berdiri..
setelah baru seharian berjalan melihat tentang kehidupan insan lain, hati ini rasa mula sedar apa itu kehidupan sebenar..kehidupan yg sepatutnya menjadi dambaan kepada semua insan.. kehidupan yg dirasakan bahawa selama ini, hati ini memegang kepada prinsip itu tetapi entah bagaiman bisa terjatuh dlm duniawi yg sedemikian rupa... kecewa? merajuk?? dgn siapa???? dgn ALLAH??? terlalu banyak yg DIA kurniakan kpd aku, masih mampukah aku merajuk dgnNYA??? MASYA ALLAH....
beginikah aku?? macam ini kah aku?? setelah ALLAH memberi aku kehidupan??? aku merajuk sebegini dgn ALLAH?? kenapa?? kerana hal sekecil itu??? hahhaha, bergelak tawa para syaitan tatkala aku berada dlm keadaan ini, kerana mereka berjaya menjatuhkan aku... hermmm, YA ALLAH, aku memohon keampunan dari MU, aku sedar diri ini sgt hina apatah lagi untuk berlaku sebegini dgn MU.. aku MOHON...
itu aku??? kamu??? hermmm.fikirkan..
setelah beberapa hari aku diamkan diri, merenung dimana silap aku dlm perjalanan sesaat ini, membuat hati aku sedar bahawa aku sudah terlalu leka, lalai dgn dunia... tapi, aku harus masih bersyukur kerana walau ujian yg ALLAH uji untuk melihat sejauh mana keimanan aku ada, ALLAH tetap masih menjaga aku, maruah aku dan diri aku.. malah ALLAH xpernah tinggalkan aku, sentiasa lindungi aku, menjaga aku...
betapa ALLAH masih melindungi aku, betapa ALLAH masih sgt2 menyayangi aku, betapa ALLAH sgt2 menjaga aku.. alhamdulillah, YA ALLAH, aku kelu.. tatkala ujian duniawi itu datang kepada aku, aku leka kerana nikmat.. walhal aku lupa bahawa nikmat dunia itu sgt2 sementara, kerana dunia ini segalanya bersifat sementara...
di mana diri aku yg dulu?? aku bermohon YA ALLAH, segalanya dtg drMU, dan kepada MU jua segalaNYA kembali...
dalam solatku, dalam perbuatanku, dalam hatiku, dalam pertuturan aku, aku mohon, biarlah hanya NAMA MU YA ALLAH yg tercatat dan terpatri dari dulu, hari ini dan sehingga akhir nafas ini di dunia sementara ini...
aku berlindung kepadaMU, aku berdoa kepadaMU, aku bersujud kepadaMU....
entry kali ini adalah sebagai pemula kehidupan saya.. insyaALLAH.. sedaya upaya mencuba untuk sentiasa memperbaiki diri ini, bukan untuk menjadi terbaik, tetapi cukuplah sentiasa menyedari kebesaran ALLAH dlm kehidupan, dosa yg setinggi gunung itu akan ku cuba kurangkan..
salam.
~mr.thinker~
*entry ini sememangnya terbaik.. cukuplah aku mengetahui semua ini datangnya dari DIA PEMILIK SEGALA...
“....Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”(an-Najm:43)
"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (az-Zariyat:56)
(Tulisan sebegini sebenarnya ingin memberi motivasi kepada penulis sendiri, yang mana ada baiknya, ambillah. I'm trying very hard to survive with HIS love and i know HE is always be there.)
terima kasih, syukran...
salam.
~mr.thinker~
matang kah aku??? ko??? kita???
Anda rasa anda sudah cukup matang? herm, nanti dulu, cuba nilai dahulu, tahap kematangan kita. Bukan semua lulus untuk dikatakan matang. =)
salam.
~mr.thinker~



























